Seperti yang ramai sedia maklum, perubahan imej Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura tampak lebih manis sekarang selepas imejnya berhijab. Fasa kehidupan terbaru Fazura itu membiakkan aura positif di media sosial, malah isteri kepada Fatah Amin ini giat memulakan perniagaan tudung.
Tudung jenama Fazura itu laris terjual dalam beberapa jam sahaja dan mendapat respon yang baik daripada warganet kerana harganya yang murah serta mampu milik.
Yang menariknya, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @seposenYS telah memuat naik kembali sedikit potongan video jawapan Fazura ketika IG live bersama seorang influencer media sosial, Viviana Abdullah. Mengapa dia menjual tudung dengan harga yang murah.
Menurutnya, tindakan menjual dengan harga murah adalah untuk memastikan ramai yang mampu membeli tudung tersebut dan ramai wanita muslim dapat memakainya.
Dia sendiri mengakui jika membeli tudung lebih dari harga RM50 pasti akan terfikir-fikir dan menganggap harga RM27 sangat sesuai dan pasti ramai yang mampu untuk membelinya.
Ads
Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet dan menerima pujian diatas Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet dan menerima pujian diatas mtlamat utama Fazura
Sementara itu jom kita lihat OOTD Fazura yang kini manis berhijab.
Tak heran lah kalau selebriti terkenal dan kaya raya seperti Lisa BLACKPINK ni tambah lagi satu rumah dalam koleksi dia. Tapi yang jadi topik panas, rumah baru Lisa kali ni bukan kat Seoul, Korea Selatan tapi dia pilih kawasan elit Beverly Hills, California, kat Amerika Syarikat pulak tu!
Memang pandai menyimpan aset wanita yang pernah dinobat tercantik di dunia ni!
Rumah baru Lisa yang terletak di atas tanah seluas 1.3 ekar di Coldwater Canyon ini telah dibeli dengan harga RM19 juta. Ejen hartanah yang menguruskan urusan pembelian ini menggambarkan tempat tinggal Lisa sebagai sangat tenang dan ‘tersorok’ dari kesibukan.
Rumah tersebut dilengkapi dengan empat bilik tidur, kawasan yang dipenuhi dengan pokok hijau yang luas, dan juga sebuah kolam renang. Para netizen turut terpukau dengan dekorasi dalam dan luar yang kelihatan begitu mewah.
Sebelum ini, Lisa juga telah mencuri perhatian peminat dengan mendedahkan rumahnya yang terletak di Seongbuk-dong, Seoul, yang dibeli dengan harga RM25 juta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Foto Via : Gavin Cater (@caterphotography)
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Siti Saleha menjadi bualan hangat di kalangan peminat selepas dikatakan bakal berkahwin dengan tunangnya, Joshua Fitton tidak lama lagi.
Khabar angin ini tersebar di media sosial selepas pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia memakai veil dengan tulisan ‘bride’.
Dalam video tersebut, Siti Saleha dilihat ceria menerima kejutan daripada rakan-rakannya di sebuah penginapan.
Kapsyen yang disertakan bersama emoji pengantin turut menambah spekulasi mengenai persiapan perkahwinannya.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan hari bahagia aktres tersebut.
Sekadar info, Siti Saleha telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Joshua Fitton, yang juga seorang pereka fesyen, selepas hampir dua tahun menjalin hubungan cinta.
Pengumuman tersebut dibuat secara rasmi oleh Siti Saleha ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada 8 November lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita terkenal, Anzalna Nasir baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan anak-anak di sekolah menerusi perkongsian di aplikasi Threads. Menurutnya, peningkatan kes yang berlaku sejak kebelakangan ini membuatkan hatinya sebagai seorang ibu merasa tidak tenang.
“Bila kes di sekolah makin meningkat, kita mula risau tentang keselamatan anak-anak. Soal keselamatan sekolah pun mula dipersoalkan salah siapa sebenarnya?”
“Sebagai seorang ibu, bermacam nasihat dan doa diamalkan setiap hari. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, tapi hati tetap tak tenang bila teringat macam-macam kes kebelakangan ini,” tulisnya.
Kredit foto: IG Anzalna Nasir
Kebimbangan Anzalna Nasir Tentang Keselamatan Di Sekolah
Pada masa yang sama, Anzalna atau pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir (37) turut berkongsi pandangannya bahawa isu keselamatan anak-anak di sekolah ini seharusnya menjadi peringatan kepada ibu bapa untuk memberi lebih perhatian terhadap didikan dan bimbingan anak-anak. Katanya, tanggungjawab seorang ibu bapa bukan sekadar mencari rezeki semata-mata tetapi turut membentuk nilai dan akhlak anak-anak.
“Bila makin banyak kes di sekolah yang tak terjangkau akal fikiran, itu sebenarnya jadi peringatan untuk kita sebagai ibu bapa.”
“Walaupun kita kerja keras untuk masa depan anak-anak, tanggungjawab kita bukan setakat cari rezeki. Kita juga kena bimbing, ajar dan bentuk mereka jadi insan yang baik,” ujarnya lagi.
Kredit foto: IG Anzalna NasirKredit foto: IG Anzalna Nasir
Reaksi Warga Maya Terhadap Pandangan Anzalna Nasir
Luahan Anzalna Nasir tentang keselamatan anak-anak di sekolah telah mendapat perhatian ramai warga maya. Rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya. Malah, seorang guru turut berkongsi bahawa para pendidik sentiasa berusaha mendidik anak murid seperti anak sendiri. Dengan adanya sokongan dan kerjasama ibu bapa, hasilnya pasti akan melahirkan generasi yang terbaik.
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa perkongsian selebriti seperti Anzalna memberi kesedaran besar kepada ibu bapa, berbanding sikap suka menyalahkan guru atau pihak kementerian semata-mata. Dalam masa yang sama, beberapa pihak tampil mengingatkan bahawa mendidik anak-anak perlu bermula dari rumah kerana ada ibu bapa yang sukar menerima teguran mengenai sikap anak mereka.
Cabaran Era Digital & Peranan Ibu Bapa
Walaupun begitu, ada juga pandangan yang menyalahkan internet sebagai faktor utama yang menyumbang kepada masalah sosial pelajar. Mereka berpendapat bahawa berbeza dengan zaman dahulu yang lebih terbatas aksesnya, kini penggunaan internet terlalu mudah dan sukar untuk dikawal. Justeru, ibu bapa perlu lebih peka dalam memantau aktiviti anak-anak di dunia maya bagi memastikan keselamatan mereka.
Homeschool Sebagai Alternatif
Selain kebimbangan tersebut, wujud juga beberapa pihak yang mengambil langkah lebih drastik dengan memilih alternatif pembelajaran di rumah atau homeschool.
“Saya & isteri memang sepakat anak-anak homeschool saja, bayar cikgu mengajar anak di rumah. Tapi tetap ada kelas berenang dan lain-lain. Banyak kena guna duit tapi puas hati anak depan mata,” komen pengguna bernama @night.thaze.
Intihanya, perkongsian Anzalna Nasir bukan sekadar luahan hati seorang ibu, tetapi membuka ruang perbincangan yang lebih luas mengenai keselamatan dan pendidikan anak-anak di sekolah. Rata-rata bersetuju bahawa selain guru dan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan besar dalam membimbing anak-anak agar membesar menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia.
Isu keselamatan anak-anak di sekolah wajar dijadikan refleksi bersama agar masyarakat dapat mencari solusi terbaik demi kesejahteraan generasi masa depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!