“Biar Gambar Berbicara”, Tular Foto Ahli Bomba Kepenatan Padam Api Seharian

Share

Rezeki setiap pekerjaan sudah ditentukan Allah SWT. Ada individu yang mencari rezeki dengan berniaga, makan gaji di swasta mahu pun kerajaan. Tidak kurang juga yang masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai dengan minat masing-masing. Tak kira apa juga bidang pekerjaan yang kita cari atau perolehi, biarlah ianya berkat dan halal.

Dalam pada itu, jasa anggota keselamatan khususnya pihak polis, tentera, bomba antara yang sering disebut-sebut orang ramai kerana bakti yang mereka curahkan terhadap negara tercinta.

Semalam tular gambar wajah seorang anggota bomba yang kepenatan memadamkan kebakaran di Pasir Gudang. Dikatakan kebakaran bermula dari Subuh membawa ke petang dan sudah tentu kebakaran besar begini memerlukan kecekapan anggota bomba untuk mengawalnya dari merebak ke tempat lain.

Wajah kepenatan anggota bomba yang seharian bekerja memadamkan kebakaran

Kebakaran kilang di Pasir Gudang semalam

Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih di atas jasa anggota bomba berkenaan (tidak dinyatakan namanya)  yang bertugas di Balai Johor Bharu, Tebrau, Skudai kerana di wajahnya jelas kepenatan.

TQ Abam Bomba, moga Allah memberkati kehidupan kalian semua.

Kredit : Credit incas tebrau En Black

IKLAN