
Masih ada lagi segelintir pihak di dalam masyarakat pada hari ini yang didapati tidak menghormati dan gemar mempersenda golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
ARTIKEL BERKAITAN : Balasan Setimpal, Geng Basikal Yang Persenda OKU Dicari Polis
Viral baru-baru ini, isu salah faham antara seorang pengurus disebuah premis makanan segera di Seremban dengan salah seorang keluarga pekerja di restoran tersebut telah mendapat perhatian daripada masyarakat termasuklah daripada pihak McDonalds sendiri.
Malah, melalui perkongsian Muhammad Hanis di laman Facebooknya, kejadian melibatkan adiknya yang merupakan seorang yang mempunyai masalah disleksia.

Terbaru, menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak McDonald hari ini mengatakan bahawa pengurus restoran tersebut telah melanggar prinsip syarikat.
Sehubungan itu, pihak McDonald juga memohon maaf kepada keluarga pekerja berkenaan atas insiden yang berlaku dan akan menyelesaikan isu ini.
Difahamkan, pekerja tersebut merupakan telah berkhidmat selama empat tahun.
Bagaimanapun, pengurus di restoran McDonald’s Forest Heights, Senawang tersebut akan dikenakan tindakan sewajarnya atas kesalahan yang dilakukan.
Moga kita semua mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan. Buktinya ramai je orang-orang yang terkenal dan berjaya juga mempunyai disleksia. Antaranya Albert Einstein, Tom Cruise dan Steve Jobs.
BACA LAGI : Gagal Diploma Dan Degree, Tak Halang Pemuda Disleksia Tamatkan PhD Hingga Bergelar Jurutera
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: McDonald’s
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hasil Amukan Cikgu Hensem! Make Over Library Setara Café Hipster, Rasa Nak Lepak Lama

Kalau di KL, bila sebut café hipster ramai yang suka melepak di dalamnya. Susun atur ruang yang kreatif, port begini selalu menjadi tempat anak muda melepak (sebelum PKP la ya. Sekarang lepak pun bahaya, prosedur pun ketat).
Bila sebut part hipster ni, kemudian kalau dibandingkan dengan perpustakaan di sekolah jauh benar bezanya. Korang dapat bayangkan tak situasi library kita masa sekolah dulu. Ada meja, kerusi, rak buku dan lain-lain dan paling utama langsirnya mesti beropol-ropol, hikz.
Tapi library juga jadi tempat paling best untuk dikenang sebab dekat situlah tempat dating (sesetengahnya, bukan semua pelajar). Cikgu yang jaga pun so so, nak kata tua tak juga, nak kata muda tak sangat.

Tapi perkongsian seorang guru perpustakaan dari SK Pak Ba, Setiu, Nordin Ismail yang juga bertanggungjawab menjaga library di sekolah berkenaan benar-benar membuatkan ramai kagum. Mana taknya, hasil amukannya, library sekolah dah nampak macam café hipster. Kalau budak-budak masuk mesti nak lepak lama. Semua itu dilakukannya sebelum murid-murid masuk ke sekolah baru ini.
Bacalah perkongsian cikgu ni. Paling penting, untuk zaman millennium ini, guru juga perlu kreatif setara anak murid yang sudah terlalu terdedah kepada dunia teknologi maklumat. Tapi memang cun abis library hasil usaha cikgu hensem ni bersama-sama individu yang banyak membantunya.
Korang bacalah perkongsiannya. Memang berubah habis library sekolah SK Pak Ba yang juga sekolah di luar bandar ini bila di transform oleh gurunya yang kreatif.
Nilah hasil amukan aku selama 3 minggu sejak bermula PKPP dan time tu aku dah boleh gi sekolah. Library dah macam rumah kedua aku dah. Agak-agak anak murid aku akan terkejut tak bila tgk library diorang dah berubah.
Nak suprisekan diorang la kononnya bila naik sekolah nanti. Hehe Konsep hipster dan minimalis masih aku terapkan tuk deco library aku kali ni. Aku nak bebudak aku “feeling2” bandar dan ikut trend walaupun sekolah kat luar bandar.





Ini adalah makeover paling gila yg pernah aku buat. Kali ni aku berani tuk gunakan wallpaper dan bermain dengan warna pastel. No more langsir2, renda2 and skirting2 bagai.
Memerlukan kerahan idea yg sangat ekstrim sbb nak deco ruang library yg terhad tuk jadikan pelbagai guna, banyak galeri yg berjaya diwujudkan dan yang paling penting berubah 100% dalam masa yang singkat. Aku berterima kasih kat kesayangan aku termasuklah kak yah akak kerani, akak cleaner, Junaidah-Junaidah, pengawal keselamatan sekolah Ku Luqman and Saifol Mizan, tukang kebun sekolah aku Mohd Rizal Mohd Rizal, cikgu intrim yang baru lapor diri kat sekolah aku iaitu cikgu azira Zaidi Kassin and bekas2 anak2 didik aku yg byk tolong aku tuk buat make over library kali ni.
Aku bersyukur jugak sbb ada Guru Besar Ustaz Abdul Ghani Bin Mohd Ali dan rakan2 guru yang sangat supportive dan membiarkan aku bebas berkarya. Hehhee semoga dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat2 rakan diluar sana if terdetik nak deco libary or kelas masing2. Lain padang lain belalang.. lain orang lain citarasa. Hehehehe #COVID19 #kitajagakita #KitaJagaSemua
Bagi korang yang nak dapat idea kreatif, carilah fb Cikgu Nordin Ismail. Lebih banyak gambar di situ tau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diberi 10 Minit Tatap Jenazah Isteri, Banduan Sebak 6 Anak Kecil Rangkul Kaki

Al-Fatihah untuk arwah.
Namun perkongsian majikan ini Hamidah Sulaiman di fbnya yang berkongsi nasib pekerjanya yang maut dalam kemalangan semalam begitu menyentuh hati.
Kalau ada usaha kita untuk membantu, bantulah agar nasib anak-anak ini dipelihara apatah lagi dua hari lagi kita akan melalui bulan Ramadan.
Baca kisah dikongsi majikan arwah.
Ini kisah anak-anak arwah staff saya yang meninggal dunia semalam. Mereka 6 beradik.
Sulung darjah 6 yang bongsu satu tahun setengah. Hari ini mereka kehilangan mama tersayang. Kematian yang amat menginsafkan.
Ini kisah mereka sekelurga.
Saya dan suami sampai ke rumah abang ipar arwah selepas solat Jumaat tadi. Jenazah belum sampai. Masih di hospital.
Suaminya di dalam penjara. Sebelum ini telah beberapa kali ditahan dan arwah yang membayar wang denda sehingga lah yang kali terakhir ini arwah sudah tidak sanggup dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda. Arwah, mama hebat. Siapa sangka seawal jam 10 malam sudah mula membuat persiapan menyiapkan nasi lemak. Arwah menghantar nasi lemak setiap pagi ke Stesen Petronas. Pulang semula ke rumah menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Bayangkan bagaimana kalutnya setiap pagi.
Selesai menghantar anak ke sekolah, beliau terus ke tempat kerja. Bekerja sebagai cleaner di sebuah bank. Jarak perjalanan ke tempat kerja antara 30-45 minit.
Setiap sabtu dan ahad arwah akan part time pula di Sultan Salai. Juga jarak perjalanan antara 30-45 minit.
Baru saya tahu. Tiada sehari pun hari rehat buat beliau. Arwah bekerja siang dan malam untuk menampung hidup beliau 7 beranak.

Sedihnya Ya Allah bila tahu anak sulung baru berusia 12 tahun perlu menjaga sendiri adik-adik bila pulang dari sekolah. Tiada mak yang menghidangkan makan dan minum apabila balik dari sekolah. Semuanya telah disediakan mamanya dari awal pagi.
Hari ini, rezeki Allah beri pada kami. Dapat menunggu jenazah sampai ke masjid. Sepanjang menunggu saya mendengar cerita-cerita baik tentang arwah.
Sehinggalah selesai solat jenazah, apabila imam berkata bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab ‘baik’. Imam bertanya lagi. Bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab baik. Kata Imam,
Ini adalah pengajaran untuk kita yang masih hidup. Sementara kita menunggu suami arwah tiba, boleh la melihat dan mencium arwah buat kali terakhir.
Hiba.
Anak-anak arwah dipimpin oleh saudara mara ke hadapan. Mereka, usianya tidak lebih 12 tahun apatah lagi si bongsu masih menyusu badan. Hampir pasti tidak faham langsung apa yang berlaku. Ajaibnya apabila melihat wajah mama mereka terkujur kaku dan tersenyum anak-anak ini menangis semahunya.
Selesai saudara mara dan sahabat melihat wajah untuk kali terakhir, kami semua diminta duduk. Menunggu sahaja ketibaan suami arwah.
Sebak
Tiba-tiba terdengar esakan dan jeritan anak arwah. Mereka meluru dan memeluk susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan masuk dari pintu masjid. Tangannya bergari sebelah. Ditemani 2 orang pegawai penjara.
Allah.. air mata ini tidak dapat aku tahan. Sungguh, cerita seperti ini hanya dalam drama. Tetapi ini benar-benar terjadi kepada orang yang aku kenali.
Suaminya terus dibawa ke hadapan jenazah. Menangis semahunya menatap wajah isteri, kemudian dibawa ke tepi dinding. Masa ini semua anak arwah memeluk ayah mereka. Barangkali rindu teramat kepada lelaki bergelar ayah ini. Si kecil juga sempat didukung ayahnya. Suasana di dalam masjid bertukar sangat hiba. Hampir semua yang ada sebak dan menangis menyaksikan momen ini.
Tidak sampai 10 minit, lelaki ini terpaksa pergi. Dia terpaksa pulang ke tempat sementaranya, penjara! Tidak dapat menghantar arwah isteri ke tempat rehatnya yang abadi.
Wahai pekerjaku yang baik budi dan berdedikasi, engkau meninggalkan senyuman di wajahmu. Sudah kerap kali kau mengadu penat pada kawan mu sekalipon tidak pernah engkau ceritakan masalah ini kepada majikanmu.
Semalam, Allah SWT merehatkan mu. Habis sudah penat mu di dunia ini bekerja siang malam, menguruskan anak-anak dan menjaga maruah suami mu sehinggakan aku majikan mu tidak tahu langsung kamu bekerja seorang diri menyara keluarga.
Wanita hebat,
Semoga Allah SWT lapangkan kuburmu menempatkan rohmu bersama orang-orang soleh.
Kuatkan lah hati anak-anak ini. Masih terniang perbualan terakhir saya bersama arwah minggu lepas di Sultan Salai, akak hantar semua anak-anak akak masuk sekolah cina. Sebab akak nak anak-anak akak pandai berdikari.
Sehingga cacatan ini ditulis, sebak masih ada. Siapalah yang akan menjaga 6 orang anak arwah sementara ayah mereka di dalam penjara. Arwah sudah tidak mempunyai bapa, ibu mertua dan ayah mertua.
.
.
Catatan saya ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, ambillah pengajaran daripada kisah benar ini.
Sebelum melakukan apa-apa yang boleh merosakkan diri sendiri, ingat juga kesan yang akan terjadi kepada anak-anak dan isteri akibat perbuatan diri sendiri.
Allah SWT susun jalan cerita seperti ini untuk memberikan pengajaran kepada kita semua yang masih bernyawa.
*SUMBANGAN DAN BANTUAN IKHLAS*
Assalamualaikum..
Terima kasih pad yg cakna & alert tentang
*6 BERADIK KEHILANGAN IBU DALAM KEMALANGAN MOTOR*
Pada 25 April 2019 (Khamis) ketika baru pulang dari tempat kerja sebagai cleaner di sebuah bank di rembau..
Anak yang sulung berumur 12 tahun (darjah 6) dan Yang bongsu berumur (setahun).
Buat sementara waktu mereka kini tinggal bersama pakcik saudara di Kampung Legong Ulu, Kota, Negeri Sembilan.
Sebarang pertanyaan lanjut atau mahu membuat sumbangan ikhlas pada anak-anak tersebut boleh berhubung dengan penjaga waris :
*NORAZILA BT SAHRAN*
(IBU SAUDARA)
No Tel: 0167534022
*SAJIRIN BIN KASSIM*
(DATUK SAUDARA)
No Tel: 0193508629
Akaun : CIMB
( 0504 000 5041205 )
Sebarang maklumat selain dari di atas adalah tidak benar sama sekali. Wallahualam..
Sekiranya tidak mampu bantu, bantulah share, semoga ada insan-insan yang dapat membantu anak-anak kecil ini dan keluarga terdekat. Allah kira semua itu walaupun kita hanya sekadar share.
C&P
Semoga semua urusan 6 beradik ni dipermudahkan oleh Allah.. Aamiin.
Al fatehah untuk arwah ibunya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ayah Tolong… Ada Orang Pukul Abang!” Aliff Aziz Di Gari & Di Tahan Polis Singapura

Siapa tak kenal penyanyi dan pelakon dari seberang negara kita , Aliff Aziz yang sering tercalit dengan kontroversi.

Terbaru viral di media sosial, sebuah video yang dikatakan penangkapan Aliff Aziz oleh beberapa anggota polis Singapura. Video dan kejadian tersebut, telah dipercayai berlaku di negara seberang, iaitu Singapura.

“Ayah tolong… ada orang pukul abang!”
Semasa pergelutan berlaku antara Aliff Aziz dan beberapa anggota polis, dia dilihat sedang bercakap melalui telefon bimbitnya. Aliff Aziz kelihatan menjerit-jerit memberitahu ayahnya menerusi telefon berkenaan dan memberitahu bahawa ada orang sedang memukulnya.
Bergaduh Dengan Seorang Lelaki
Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas Aliff didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi semalam di kawasan Orchard Road.
Netizen Curiga Video Ini Real Atau Lakonan
Video berkenaan telah menarik perhatian para netizen dan rata-ratanya tertanya-tanya apakan yang sedang berlaku pada aktor dan penyanyi berkenaan. Ada juga yang memberikan pendapat yang kejadian berkenaan hanyalah sekadar lakonan semata-mata.


Untuk info Alif Aziz pernah bernikah dan mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Bella Astillah pada 2016 dan bercerai pada 2019.

Apapun kita doakan yang terbaik jela untuk Alif Aziz ni.
Sumber : Twitter HzrqHalim, portal Berita Mediacorp
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

