Tanggal 22.02.2022 menjadi tarikh istimewa buat Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila negara itu menyambut kehadiran mercu tanda baharunya, iaitu sebuah muzium.
Bangunan yang dikenali sebagai Museum of the Future ini telahpun dicanang UAE sebagai ‘The Most Beautiful Building in the World’ dan tagline tersebut digunakan dalam setiap video serta poster promosi yang dimuat naik di platform digital.
Apa agaknya yang membuatkan muzium rekaan Killa Design ini bertaraf sebegitu rupa? Apakah keistimewaan yang dimiliki bangunan setinggi tujuh tingkat ini?
01
Terletak berdekatan dengan bangunan Burj Khalifa, rekaan muzium berona perak dengan bentuk ‘ellipse’ ini mempamerkan kaligrafi huruf dan perkataan Arab yang dipetik daripada puisi yang dikarang oleh pemimpin Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum.
Di bahagian tengahnya pula tidak disokong oleh sebarang tiang demi merealisasikan bentuk lubang bujur.
Lampu LEED sepanjang ribuan meter pula menghiasi lebuh raya utama Sheikh Zayed bagi mewarnai pengalaman pengunjung yang ingin ke sini.
02
Inti pati pamerannya dikhabarkan berkonsep ‘Perjalanan Ke Tahun 2071’. Pengunjung boleh menjangkakan adanya pelbagai jenis pameran idea teknologi dan inovasi baharu yang belum pernah dipertontonkan di mana-mana muzium lain di seluruh dunia.
Ads
Dubai kan, expect the unexpected!
Menariknya, muzium ini mengaitkan masa depan teknologi dunia pada tahun 2071 itu dengan penemuan astronomi oleh cendekiawan Muslim sewaktu zaman kegemilangan Islam, satu ketika dahulu.
Terdapat ‘tour guide’ bernama Aya yang diperbuat dengan teknologi artificial intelligence.
Aya akan mengajak pengunjung mencuba pengalaman berada dalam teksi terbang, merasai perasaan dikelilingi kincir angin dan berada dalam ‘dunia’ yang membuatkan mereka merasa seolah-olah sedang mengelilingi bumi.
Ads
Ia menunjukkan bagaimana sekiranya permukaan bulan diliputi panel solar sekaligus boleh memberikan tenaga mampan kepada penduduk bumi tatkala waktu malam.
Senang cerita, banyak persoalan saintifik yang akan terjawab daripada pameran di sini.
04
Walaupun serba moden, Museum of the Future ingin mempromosikan idea mesra alam. Ia ingin mengajak kita membayangkan sekiranya dunia akan datang hanya dikuasakan oleh tenaga solar sahaja.
Dalam tempoh 50 tahun dari sekarang, inilah gambaran yang ingin dikecapi Dubai tanpa terlalu mengharapkan sumber minyak dan gas asli di samping mengurangkan pelepasan karbon serta gas rumah hijau.
Sukar untuk REMAJA percayai misi ini boleh berhasil.
Hehe, khabarnya Museum of the Future inginkan pengunjung berpisah sebentar dengan telefon pintar masing-masing. Pengunjung digalakkan untuk berinteraksi dengan skrin digital dan pengalaman dalam ruang pameran. Selain itu, pengunjung juga diajak untuk turut sama berfikir mengenai keadaan dunia yang semakin kritikal akibat perbuatan manusia itu sendiri.
*
Sekiranya korang berpeluang untuk melawat Dubai selepas ini, jangan lupa untuk ke Museum of the Future ini ya! Dengarnya seperti menarik, sesuailah dengan tiket berharga USD40 yang dicaj kepada pengunjung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa je tak kenal Elon Musk, Bilionair Amerika Syarikat dan juga pemilik beberapa syarikat besar dan berjaya di dunia antaranya Tesla dan Space X . Selalu hadir dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’ bagi sesetengah orang, lantas berjaya membuatkan orang ramai kagum dengan keupayaan beliau.
Terbaru, Elon Musk, menyatakan hasratnya mahu bertemu dengan kembarnya, Yilong Ma, yang juga influencer di China.
Hmm..Elon Musk ada saudara keturunan Asia ke?
Menariknya, wajah ‘kembarnya’ yang dikenali sebagai Ma sangat mirip dengan Elon Musk. Hal ini membuatkan lelaki berasal dari wilayah Hebi di Utara China itu menjadi popular, selepas videonya berdiri di sebelah sebuah kereta viral di media sosial, hujung tahun lalu.
Video tersebut turut menarik perhatian Elon sendiri yang menyatakan hasrat mahu bertemu dengan Ma.
“Mungkin saya ada kacukan Cina,” seloroh Elon di Twitternya pada Disember 2021.
Bagaimanapun Elon berkata, sukar untuk mengatakan wajahnya mempunyai persamaan dengan Ma disebabkan deepfake yang boleh dibuat pada masa ini, dalam ciapannya yang terkini pada Isnin lalu.
Sehari selepas itu, Ma juga membalas ciapan Elon menerusi platform Weibo yang menyatakan dia juga mahu bertemu dengan bilionair popular itu.
“Saya di sini dan mahu bertemu kamu juga. Saya sayangkan kamu, kamu hero saya,” katanya.
Difahamkan, Yilong Ma bukan nama sebenar lelaki itu. Nama tersebut adalah sebutan Mandarin bagi nama Elon Musk.
Tuah wajah lelaki ini yang mirip dengan Elon Musk, Ma kini mempunyai 229,000 followers di TikTok dan selalu memuat naik video yang melakonkan watak seperti Elon Musk yang dianggap sebagai abangnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10, setiap pergerakan dan apa yang digayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menjadi perhatian. Telefon pintar, jam tangan, capal serta corak pemakaian Anwar yang dilihat lebih selesa untuk tidak mengenakan tali leher turut menjadi bualan warganet.
Paling ketara sekali, sewaktu Menteri Kewangan itu tampil dengan gaya santai berbaju Melayu bersama capalnya pada hari beliau melaporkan diri di Perdana Putra, pada 25 November lalu.
Pembaca REMAJA juga boleh saksikan semalam, barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinannya terus menampilkan kelainan apabila rata-rata daripada menterinya memilih untuk tidak mengenakan tali leher ketika menghadiri mesyuarat di Perdana Putra. Imej ditampilkan barisan menteri itu disifatkan seakan menterjemah penampilan ketua kerajaan yang dilihat lebih selesa menggenakan ‘suit’ tanpa memakai tali leher.
Menerusi lama Twitter, seorang pemuda dikenali sebagai Nik Amirul Faiz telah ‘mengupas’ satu kajian tentang individu tidak memakai tali leher walaupun mengenakan sut lengkap.
Menurut pengguna itu, pemakaian tali leher ini mempunyai banyak makna mengikut budaya masing-masing. Menariknya, tali leher dikatakan adalah simbol kepada ‘penyerahan dan penghambaan terhadap masyarakat elit yang korup’.
Oleh itu, berkemungkinan besar penampilan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang tidak memakai tali leher secara berterusan memberi makna yang beliau tidak akan menyerah atau menghambakan diri kepada golongan korup.
Bagaimanapun, pengguna itu turut menjelaskan beliau tidaklah secara terus-terusan tidak memakai tali leher. Jika kita dapat lihat, sewaktu mengadap YDPA Agong, beliau mengenakan tali leher dan ia mungkin menyatakan bahawa rasa taat dan patuh beliau terhadap titah baginda.
Oleh kerana itu, Nik Amirul juga merasakan mesej yang disampaikan oleh Anwar itu sangat bernilai kepada rakyat dan sangat wajar ia ditunjukkan oleh ketua organisasi yang dipimpin.
Namum begitu, pengguna tersebut menjelaskan yang ulasan tersebut hanyalah firasatnya sahaja dan mungkin Datuk Seri Anwar tidak bermaksud sedemikian. Dia juga mengatakan tidak salah rasanya sebagai rakyat menghargai gaya pemimpin sebagai salah satu peringatan untuk di masa akan datang.
Coretan akhirnya, dia sempat menitipkan harapan agar Perdana Menteri ke-10 ini dapat memulihkan negara kembali selain berharap kebenaran sentiasa ada bersamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas 16 tahun Kung Fu Hustle ditayangkan, kini berita baik buat peminat pelakon Stephen Chow kerana khabarnya filem aksi komedi ini bakal membuat sekuelnya tidak lama lagi.
Berita ini disahkan sendiri oleh Stephen Chow menurut sesi temubualnya bersama portal Footage. Chow memberitahu bahawa filem tersebut akan berlatar belakangkan pada zaman moden tetapi tetap membawa ‘semangat’ yang sama seperti filem Kung Fu Hustle yang terdahulu.
Ditanya sama ada beliau masih membintangi filem tersebut, pelakon ini menegaskan bahawa dia sudah terlalu tua untuk melakukan kerja tersebut, tetapi tidak menolak kemungkinan untuk menjadi cameo dalam filem sekuel itu nanti.
Walau bagaimanapun, Chow dikatakan banyak melakukan kerja dibelakang tabir dan menjadi pengarah dalam filem Kung Fu Hustle 2.
Hm, tak sabar kami nak tunggu kemunculan filem legend sekuel Kung Fu Hustle 2 nanti!