Dua penyakit ini bagaikan kebiasaan dewasa ini. Kini selalu dengar ramai diserang penyakit jantung dan juga strok secara tiba-tiba. Ada yang terus menghembuskan nafas terakhir dan ada yang menghabiskan waktu di hospital dan pusat pemulihan fizikal untuk kembali sihat seperti sediakala.
Jangan sangka bahawa dua penyakit ini hanya menyerang orang tua sahaja, orang muda juga tidak terlepas jika tidak menjaga kesihatan dengan betul. Amalkan penjagaan diri yang baik terutamanya dengan bersenam dan mengawal pemakanan bagi mengekalkan berat badan ideal.
Ini adalah simptom yang anda perlu tahu perbezaan di antara kedua-dua penyakit ini.
SERANGAN JANTUNG
STROK
Lemah di sebelah badan secara tiba-tiba
Sakit di tengah dada seperti ditekan
Pertuturan Tidak Jelas
Tidak selesa di bahu kiri, rahang, belakang dan dada
Mata kabur
Sesak nafas
Ads
Tidak seimbang
Muntah
Keliru
Pitam, pucat
Ads
Menurut maklumat yang dimuat naik laman Facebook Public Health Malaysia, “Strok dan Serangan jantung adalah punca kematian utama di Malaysia. Jika seseorang individu mengalami serangan jantung atau strok, setiap minit adalah sangat berharga. Semakin lambat, semakin banyak sel otak dan jantung yang mati akibat tiada bekalan oksigen.”
Jangan ambil mudah jika anda menghidap simptom seperti yang dinyatakan di atas. Dapatkan rawatan segera untuk memastikan tahap kesihatan berada di tahap yang baik.
Ingat, muda tidak semestinya anda tidak akan terkena penyakit-penyakit ini.
Ads
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pempengaruh terkenal dari Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan peminat di Indonesia, Aisar Khaled mengecapi satu lagi kejayaan manis bersempena bulan Ramadan tahun ini.
Aisar Khaled.
Di sebalik kesibukan menghasilkan pelbagai projek dan kandungan baharu di platform media sosial miliknya, anak muda berusia 25 tahun ini tidak pernah melupakan impian peribadinya untuk memiliki sebuah kediaman sendiri di kota Jakarta.
Impian tersebut akhirnya menjadi kenyataan apabila Aisar Khaled berjaya membeli sebuah kediaman mewah Jakarta yang kini menjadi tempat untuk dinikmati bersama ahli keluarga tercinta.
Moden Tropikal Jadi Pilihan
Menerusi perkongsiannya, sebuah rumah dua tingkat dengan berkonsepkan moden tropikal berjaya dimiliki hasil titik-peluhnya selama ini. Sekali imbas, ia kelihatan persis sebuah vila mewah di pulau peranginan Bali!
Kediaman ini didominasi oleh warna-warna bumi yang menenangkan seperti putih, hitam dan kelabu. Padanan warna tersebut bersama kemasan dalaman yang elegan memberikan nuansa mewah serta moden kepada keseluruhan rumah.
Gabungan warna yang dipilih juga menjadikan kediaman tersebut kelihatan ‘timeless’ dan sesuai untuk didiami dalam jangka masa panjang tanpa kelihatan lapuk ditelan trend.
Meninjau ke ruangan di dalam rumah pula, Aisar dilihat lebih menggemari konsep open living. Susun atur ini membolehkan ruang kediaman kelihatan lebih luas dan tidak terlalu ‘sesak’ dengan perabot berlebihan.
Hanya beberapa bahagian rumah dijadikan ruang berkumpul, manakala bahagian tengah kediaman dibiarkan kosong bagi memudahkan pergerakan penghuni.
Pendekatan ini bukan sahaja memberikan keselesaan, malah menjadikan rumah tersebut sesuai untuk menerima kunjungan tetamu dalam jumlah yang ramai.
Halaman Rumah Luas
Selain reka bentuk dalaman yang moden, kediaman mewah Aisar Khaled ini turut dilengkapi dengan kolam renang luas serta halaman rumah di bahagian belakang yang cukup selesa.
Kawasan ini membolehkan Aisar dan ahli keluarganya meluangkan masa bersama sambil melakukan pelbagai aktiviti harian.
Baru-baru ini sempena bulan Ramadan, Aisar rajin memuat naik kandungan memasak bersama ibunya di halaman rumah tersebut.
Dengan berlatar belakangkan kolam renang, mereka menyediakan juadah berbuka puasa yang kemudiannya diagihkan kepada orang ramai. Kehadiran halaman rumah yang luas menjadikan aktiviti tersebut lebih mudah dilakukan.
Suasana santai dan penuh kekeluargaan itu juga menarik perhatian ramai pengikutnya di media sosial.
Semuanya Untuk Ibu Tercinta
Bagi Aisar, tiada yang lebih menggembirakan hati seorang anak selain dapat menyambut ibu tercinta di kediaman baharu, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
“Rumah sudah ada, tapi kamu masih belum ada.”
Catitan oleh Aisar ini di hantaran tersebut turut mencuit perhatian pengikutnya yang mengikuti perkembangan kehidupan Aisar di Indonesia. Adakah ini indikasi Aisar untuk bersedia melangkah ke fasa ‘berdua’ pula? Hehe…
Tak sabar pula untuk melihat bagaimana Aisar akan transformasikan kediaman tersebut menjelang lebaran yang akan tiba tidak lama lagi. Pastinya lebih ramai ahli keluarga Aisar yang bakal berkunjung dan suasana akan berubah menjadi lebih meriah lagi.
Tahniah Aisar Khaled di atas satu lagi jilid sukses dalam kehidupannya di Indonesia!
Pencapaian ini sekali lagi membuktikan kerja keras serta usaha berterusan mampu membawa seseorang mencapai kejayaan pada usia muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mencetuskan keceriaan Raya sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, jenama terkenal Lazada memeriahkan Segitiga Emas pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang dengan menjelmakan peragaan Koleksi Raya LazLook yang penuh glamor di landasan fesyen sepanjang 500 meter.
Ia menampilkan lebih daripada 10 jenama fesyen terkemuka tempatan dan dipersembahkan sebagai lookbook langsung, justeru memberi peluang kepada peminat fesyen dan orang ramai untuk mendapatkan inspirasi gaya anggun bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.
Lebih daripada 50 model tampil bergaya di sepanjang Bukit Bintang menuju ke arah pentas finale di CommonsKL @ BBPark sambil memperagakan koleksi istimewa oleh pereka fesyen terkemuka dan jenama ekslusif seperti Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.
Keseluruhan acara tersebut turut disiarkan menerusi strim langsung LazLive dan juga bersiaran secara serentak di saluran media sosial Lazada Malaysia. Ia turut dipaparkan di beberapa skrin digital LED out-of-home di sekitar Bukit Bintang, termasuk di papan tanda CuBIG dan The Cube @ Bukit Bintang.
Peragaan Fesyen Raya LazLook yang lain daripada yang lain ini merupakan cara unik untuk menawan hati peminat kategori fesyen dan pelanggan tempatan, khususnya kerana ia adalah antara kategori paling hangat yang menyemarakkan jam pertama Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang bermula pada 3 Mac 2023 di seluruh Asia Tenggara.
Selain itu, Lazada berusaha untuk menawarkan beraneka produk untuk sambutan Aidilfitri kepada para pelanggan, khususnya bagi kategori fesyen dan kecantikan. Fesyen Raya LazLook telah ditatagayakan khas untuk fashionista dan hijabista yang ingin tampil menawan, menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik, pada harga yang berpatutan.
Fesyen Raya LazLook itu telah ditaja oleh Kevin Murphy, Maybelline, dan CommonsKL@BBPark. Strim langsung acara tersebut turut menampilkan persembahan muzik istimewa oleh penyanyi Naim Daniel semasa peragaan fesyen finale.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minuman tenusu merupakan pilihan masyarakat, khususnya buat hidangan sarapan pagi dan bagi mereka yang sedang berdiet. Namun, korang perlu memilih susu yang sesuai kerana bukan semua susu di pasaran mempunyai kandungan yang sesuai untuk diet seimbang.
Oatside merupakan susu berasaskan gandum (oat) yang sebelum ini dipasarkan di Singapura namun kini sudah boleh didapati di negara kita. Apa yang menariknya, susu ini menggunakan bijirin berkualiti dari Australia yang dipanggang dan diproses sepenuhnya di Bandung, Indonesia.
Oatside juga dicipta dengan mengambil kira tentang alam sekitar, iaitu pengeluaran susu oat memerlukan 90% kurang tanah dan air serta menghasilkan 70% kurang pelepasan berbanding kepada susu lembu.
Kenapa kami katakan susu ini pilihan terbaik untuk mereka yang sedang berdiet, kerana tiada kandungan gula mahu pun bahan pengawet yang digunakan. Tapi yang bestnya, walaupun tidak mengandungi gula korang masih boleh merasa kemanisan susu ini hasil daripada bahan oat tersebut. Pendek kata, kalau nak produk tenusu yang sihat tapi sedap, Oatside adalah pilihan yang tepat.
Terdapat tiga jenis susu oatside yang ditawarkan dan antaranya adalah Barista Blend, Chocolate dan Chocolate Hazelnut. Oatside telahpun digunakan oleh salah beberapa jenama restoran terkenal seperti The Coffee Bean & Tea Leaf and Pulp coffee.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!