Beza Agama Bukan Halangan Cinta, Mahalini Kini Tunangan Rizky Febian

Share

Hampir dua tahun menyulam cinta bersama, pasangan penyanyi terkenal dari negara seberang, Mahalini dan Rizky Febian akhirnya mengikat tali pertunangan, pada 7 Mei.

Walau cinta berbeza agama, penyanyi lagu hit Sial, Mahalini seorang penganut Hindu dan Rizky pula merupakan seorang Muslim, perbezaan tersebut tidak menghalang mereka yang semakin hampir ke jenjang pelamin.

ARTIKEL BERKAITAN:

Nikah Dengan Rakan Baik, Mikha Tambayong Cantik Gayakan Gaun Perkahwinan Milik Ibunya

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi beberapa perkongsian daripada akaun Instagram seperti @panggungnyalini, @rfasmusic dan @thebridestory.

“Pasangan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja rasmi bertunangan. Setelah menjalin hubungan asmara selama satu tahun tiga bulan, pasangan Rizky Febian dan Mahalini Raharja akhirnya membawa jalinan asmara mereka selangkah lebih dekat dengan pernikahan.

“Sebuah proses lamaran yang penuh dengan harapan dan rona kebahagiaan pun berhasil dilangsungkan di The Langham Jakarta pada Minggu, 7 Mei 2023,” tulis akaun tersebut.

Berdasarkan informasi dikongsikan media Indonesia, pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu telah melamar Mahalini sebagai tunangannya di hadapan keluarga dan kenalan rapat pada sebuah majlis yang dihadiri sekitar 200 tetamu.

Turut dikongsikan foto anak pelawak dan penyanyi, Sule itu berlutut sambil menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis Mahalini sebagai tanda lamaran diterima.

“Acara kemudian diteruskan dengan penyerahan barang hantaran daripada pihak keluarga lelaki sebagai simbol bakal pengantin sanggup memberikan calon isteri hidup yang cukup serba-serbi di kemudian hari,” tulis di ruangan kapsyen.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Mantra Media Indonesia & Rizky Febian

IKLAN