
Single atau couple apa bezanya?
Pernah tak korang terfikir macam mana nak bezakan antara orang single dengan orang yang dah berpunya?
Kadang-kadang memang lah nampak macam dah berpunya tapi sebenarnya belum. Mix feeling juga kan?
Susulan itu, ada yang berpendapat bahawa 5 tanda-tanda ini menunjukkan bahawa orang itu adalah single. Betul ke tidak?
Suka tidur lewat

Telefon jarang berbunyi

Banyak main game

Netflix/ movie!

Acah-acah tahu pasal relationship!

So… pendapat korang pulak macam mana? betul ke tidak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau Beli Durian Bukan Tengok KG Saja! Tapi Tengok TIMBANG Penjual Ada Sign Inspektor Tak?

Rupanya alat timbang perlu ada sign dari Inspektor dulu ya. Inilah yang dikongsi oleh seorang peguam Nor Zabetha Muhamad Nor dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co mengenai alat timbang yang perlu diperiksa oleh KPDNHEP bagi memastikan alat timbang betul dan tidak menipu pengguna.
Baca perkongsiannya.
Sekarang musim durian, sejak PKPB selalu saya tengok orang upload pasal durian ni. Balik dari Mahkamah, saya lalu disekitar Prima Gombak. Ada pula brother yang jual durian tu.
Teringin punya pasal, saya berhenti. Makan tak boleh sorang-sorang, kena ajak team NZC sekali. Sekali timbang dekat 6 kg Durian Merah, dapatlah RM145.00. Terperanjat badak mula-mula. Itulah pakai letak je. Pujuk hati, tak apalah nak makan ramai-ramai.
Saya memerhatilah mesin timbang brother tu. Masa inilah terlupa pula hendak keluarkan duit dari bank. Nasib baik dalam purse saya ada RM5 dengan RM1, yang berbaki banyak. Kira punya kira, cukuplah RM145.00 tu. Dah macam korek tabung. Kalau tidak terpaksa menebalkan muka tinggal saja durian. Haha!
Saya tengok mesin timbang brother tu ada guna cap kelulusan bagi mesin timbang. Saya kongsikan sikit ya, bagaimana kita, hendak tahu sama ada peniaga melakukan kesalahan timbang?
Kalau peniaga melakukan kesalahan berkaitan timbang maka mereka boleh disabitkan kesalahan dibawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 (Akta 71).
Bawah Seksyen 14, Akta 71 tiap-tiap alat timbang bagi kegunaan untuk perdagangan hendaklah ditentusahkan dan ditandakan dengan cap oleh Inspektor.
Siapa Inspektor ni? Bukanlah Inspektor polis tetapi Inspektor Timbang dan Sukat yang dilantik di bawah seksyen 26. Jadi janganlah kita pergi mengadu kes tentang hal timbang-menimbang ni pada Inspektor polis.
Berdasarkan Seksyen 26, Akta ini Menteri ada kuasa untuk lantik Ketua Inspektor Timbang dan Sukat dan beberapa orang Timbalan Ketua Inspektor Timbang dan Sukat dan Inspektor Timbang dan Sukat. Jadi bermakna, ada satu badan yang dilantik Menteri untuk menguruskan tentang hal berkaitan timbang-menimbang.
Seksyen 14 juga memperuntukkan mana-mana orang yang menghendaki alat timbang supaya ditentusahkan dan ditandakan dengan cap mengemukakan alat timbang kepada seorang Inspektor yang hendaklah menguji alat timbang dengan kelengkapan penguji sebagaimana yang difikirkannya sesuai.
Alat timbang punya isu ini sampai wujudnya Akta 71 ini, bukan mudah-mudah. Ada lebih kurang 35 Seksyen dalam Akta ini tidak termasuk subseksyen. Bayangkan betapa terperincinya undang-undang timbang ini. Kita juga ada Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007. Macam-macam kan sebenarnya, undang-undang yang kita kurang peka.

Jadi sekiranya ada peniaga yang tidak ada cap pengesahan, apabila disabitkan dibawah Seksyen 14 ini, didenda tidak melebihi RM40,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,
Pada alat timbang bagi tujuan dagangan,patut ada pelekat yang dikeluarkan oleh Metrology Corporation Malaysian Sdn Bhd (MCM), sekiranya gagal boleh didenda maksimum RM40,000 seperti di atas.
Pelekat ini turut menyatakan tarikh luput iaitu dibahagian “SAH SEHINGGA”, penentusahan,kapasiti timbang dan nombor siri. Bermakna jika luput adalah merupakan kesalahan yang boleh didenda dengan jumlah yang sama.
Kalau peniaga mengikuti semua prosedur dan penetapan pada Akta 71 ini, pastinya tidak berlaku kes tipu timbang. Sebab undang-undang timbang itu sendiri sudah ketat.
Sekiranya seorang peniaga mengguna atau memiliki alat timbang untuk tujuan menipu bermakna dia ada modify mesin timbang yang tidak disahkan, ini adalah kesalahan dibawah Seksyen 17 iaitu apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Kalau kita baca laporan berita, ramai juga pengguna yang bijak buat laporan. Sekiranya berlaku kejadian penipuan seumpama ini, anda boleh buat laporan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Saya letak gambar, lepas ni boleh ceklah sendiri dari pandangan mata kasar, mesin timbang itu ikut atau tidak spesifikasi bawah Akta 71.
Oleh Nor Zabetha
https://www.facebook.com/zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Tokwan Kami’ Kongsi Resipi Sambil Bersedekah, Warganet Samakan Youtuber ‘Grandpa Kitchen’

Wah, pemurahnya Tokwan ni…
Dalam kehidupan zaman digital masa kini tidak ada yang mengejutkan jika seseorang itu menjadikan saluran YouTube sebagai salah satu medium untuk mereka membuat amal kebajikan. Salah seorang youtuber yang digelar ‘TokWan Kami’ ini.

‘Tokwan Kami’ ini terkenal dengan moto ‘Kongsi Rezeki’ ini ni bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Mana tidaknya, pelbagai masakan tempatan yang dikongsikan Tok Wan seperti menu lemang rebus, mi kari, gulai kawah kenduri, kurma ayam, dan bihun sup dalam kuantiti yang banyak berjaya mencuri tumpuan orang ramai.
Lelaki yang dipanggil ‘Tok Wan’ ini juga memasak dalam kuantiti banyak sebelum disedekahkan kepada orang ramai seperti rumah anak yatim itulah berjaya meraih tontonan mencecah 1.2 juta kali.
Rata-rata warganet menyamakan Tok Wan dengan youtuber India yang popular iaitu ‘Grandpa Kitchen’ kerana memaparkan video masakan di tempat terbuka. Bahkan konsep yang sama turut mengagihkan makanan yang dimasak kepada orang yang memerlukan.
Difahamkan, saluran Tokwan Kami sudah berada dalam YouTube sejak 2012 namun dilihat semakin aktif memuat naik video masakan dan resipi sejak penghujung tahun lalu.
Semoga TokWan diberikan kesihatan yang baik agar dapat berkongsi rezeki dengan ramai orang lagi. Tokwan Kami turut berkongsi maklumat seperti akaun bank dan nombor telefon untuk mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dicabul Sejak Kecil Sehingga Remaja. Pewaris Gucci Fail Saman Terhadap Bekas Bapa Tiri, Ibu dan Nenek.

Siapa tidak kenal dengan jenama mewah Gucci, setiap pencinta fesyen pasti mendambakan untuk memiliki barangan dari jenama mewah asal Itali ini.
Disebalik kegemilangan nama sebagai jenama fesyen berpengaruh, baru-baru ini dunia fesyen digemparkan apabila cucu kepada pengasas jenama ini Alexandra Zarini telah memfailkan saman terhadap bekas bapa tirinya, Joseph Ruffalo serta ibu dan neneknya, Patricia Gucci dan Bruno Palombo.
Dalam pertuduhan itu, Alexandra turut menyatakan bahawa kejadian yang berlaku lebih 15 tahun bermula dari dia berumur enam tahun cuba ditutup oleh kedua ibu dan neneknya, dalam satu hantaran video di saluran Youtube, Alexandra Gucci Children’s Foundation.
Dalam hantaran video tersebut juga Alexndra menegaskan, “Dia lantang dalam hal ini kerana ketika dia masih kecil tiada siapa yang melindungi dan juga menyelamatkannya, bahkan tiada sesiapa yang mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.
Sekali kanak-kanak dicabul mereka akan berasa malu untuk bersuara kerana takut dihakimi dan dipandang serong, sebenarnya bukan mereka yang patut dipandang jelik sebaliknya pemangsa dan orang sekeliling yang tidak berupaya melindungi mangsa sepatutnya dihakimi.”
Wanita berusia 35 tahun ini turut berkongsi yang dia terjebak dengan penyalahgunaan dadah ketika zaman remajanya bagi mengatasi trauma dan lari dari realiti bahawa dia dicabul berulang kali.
Menerusi yayasan yang ditubuhkan, waris kepada empayar Gucci ini memberikan mesej untuk membantu sesiapa sahaja yang melalui kejadian hitam sepertinya dan terus mahu berusaha untuk melindungi kanak-kanak yang dicabul dan didera secara seksual.
***P/S – Untuk pembaca Remaja jika anda mengalaami perkara seperti ini atau tahu orang di sekeliling anda didera secara seksual, berikut adalah beberapa pertubuhan dan talian yang boleh anda hubungi seperti TELEDERA 1 800 88 3040 dan BEFRIENDERS 03-7627 2929. Dapatkan pertolongan dan jangan menyalahkan diri sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

