Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu
Begitulah apa yang dapat digambarkan oleh pemegang Diploma Sains Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang cukup bertuah sebagai penerima skrol ke sejuta institusi tersebut semalam.
Menerima pengijazahan tersebut selepas tiga tahun berhempas pulas menuntut ilmu merupakan penghargaan terbesar, menurut Nur Liyana Athirah Izani Sulaiman, pelajar berusia 22 tahun di kampus UiTM Arau Perlis.
“Saya tidak tahu langsung akan diumumkan sebagai penerima skrol ke sejuta pada majlis hari ini. Saya cuma rasa gugup sejak mula datang ke sini pagi tadi.
Ads
“Memang ada pengacara bagi tahu tentang penerima sejuta sepanjang istiadat konvokesyen tetapi tidak sangka saya yang akan dapat,” jelasnya.
Graduan tersebut berkata demikian kepada pemberita selepas menerima skrol ke sejuta pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM.
Turut berkesempatan, wakil Malaysia Book Of Records (MBOR), Siti Nurhanim Mohd. Noh menyampaikan sijil pengiktirafan Satu Juta Skrol kepada Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor.
Lebih menerujakan apabila pihak Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) memberi gadis muda yang berasal dari Bachok, Kelantan itu sebuah motosikal bernilai RM5,397.
Ads
Beliau turut menerima tajaan belajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di UiTM, hadiah cermin mata daripada La Calisto Sdn. Bhd., penginapan di Grand Swiss-Belhotel Melaka, dan tiket percuma dari pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Tambah Roziah, majlis itu menjadi lambang Institut Teknologi Mara (ITM) atau UiTM mencapai objektif penubuhannya, iaitu untuk menggalakkan pembangunan profesional bumiputera melalui pendidikan termaju dan penyelidikan penting.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak boleh di sangkal lagi kalau Lisa BLACKPINK adalah bintang K-Pop yang paling popular ketika ini. Bahkan idol berusia 23 tahun ini menjadi artis K-Pop dengan followers paling banyak di Instagram. Cayalah Lisa!
Selain menjadi idola K-Pop, Lisa juga merupakan model pelbagai produk, dari brand fashion sampai la ke kereta. Bukan cuma di Korea saja, Lisa juga menjadi bintang iklan di negara asalnya, Thailand.
Berapa pula bayaran untuk Lisa ni?
Baru-baru ini, media Thailand, Thairath mendedahkan jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban bagi menghadiri acara atau ingin menjadikannya sebagai bintang iklan.
Bagaimanapun, sumber maklumat tersebut tidak didedahkan portal tersebut.
Berikut merupakan bayaran yang diterima oleh Lisa:
5 juta baht (RM671,000) untuk penampilan dua jam bagi satu acara
10 juta baht (RM1.34 juta) untuk penampilan dalam drama
15 juta baht (RM2 juta) untuk penampilan dalam filem
20 juta baht (RM2.7 juta) untuk pengiklanan produk
Terkejut tak tengok bayaran yang dikenakan oleh Lisa ni? Emm tapi tak hairan la kan bayaran dia sebanyak itu, orang popular didunia katakan. Hiks!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, angka kes positif pandemik COVID-19 di negara semakin hari semakin meningkat hingga kadang-kala mencecah ratusan kes dalam sehari.
Walaupun sebelum ini, banyak kes yang dikesan di Sabah memandangkan banyak kluster yang wujud di sana tapi korang yang berada di luar Sabah jangan terlalu yakin tidak dijangkiti.
Terbaru, satu posting dilaman facebook pusat membeli belah popular Sunway Piramid mengejutkan semua apabila dalam satu kenyataannya berkata, satu kedai peralatan sukan telah ditutup pada minggu lepas selepas seorang kakitangannya yang mempunyai rekod perjalanan ke tempat lain disahkan positif COVID-19.
The management of Sunway Pyramid Mall has been made aware of one Covid-19 case on 26/9/2020, involving one staff of Nike…
Untuk info, individu yang terbabit sudah dikuarantin selari dengan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menerusi komen di laman sosial tersebut pihak pengurusan komplek membeli belah ini menyatakan kedai peralatan sukan yang dimaksudkan ialah kedai jenama NIke.
.
“KKM juga telah mengenal pasti beberapa individu lain yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan dan sudah menjalankan proses saringan serta kuarantin.
“Pihak pengurusan pusat beli belah juga telah mengambil langkah proaktif termasuk menjalankan proses nyah kuman dan pembersihan di premis yang terlibat,”
Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan takut kes Covid-19 ini akan meningkat.
Apapun, penulis harap korang diluar sana mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa perjalanan pulang ke kampung untuk Hari Raya adalah tidak dibenarkan. Namun rakyat Malaysia masih diberikan diberikan kelonggaran untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam had maksimum 20 orang dalam tempoh PKPB.
Berbeza pula yang berlaku di Arab Saudi apabila mereka akan dikenakan perintah berkurung (lockdown) selama 24 jam selama lima hari semasa cuti Aidilfitri bagi membendung penyebaran wabak COVID-19. Menurut Kementerian Dalam Negeri, perintah berkurung itu berkuat kuasa mulai 23 hingga 27 Mei 2020.
Walau bagaimanapun, setakat ini perniagaan dan komersial dibenarkan untuk dibuka dan orang ramai masih bebas bergerak antara jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali Makkah yang berada dalam kawalan perintah berkurung sepenuhnya.
Sebelum ini, Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung selama 24 jam di kebanyakan bandar tetapi melonggarkannya sejak awal Ramadan. Namun, kelonggaran sepenuhnya tidak diberikan kepada kawasan yang masih lagi merekodkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.
Untuk rekod, Arab Saudi mencatat sebanyak 42,925 kes COVID-19 dan 264 kematian. Ini adalah jumlah tertinggi dalam enam anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang secara keseluruhannya mencatatkan lebih dari 107,000 kes dan 582 kematian.
Jadi, jangan sedih-sedih tak dapat pulang ke kampung dan bersyukur la kita masih dapat beraya . Kalau dekat Arab Saudi lagi sedih. Mungkin ini adalah yang terbaik buat kita pada masa kini.
Sumber : Arab News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!