Sebelum ini viral, kerajaan menyediakan tempat kuarantin mewah di hotel 5 bintang bagi mereka yang baru pulang dari luar negara. Ada yang bersyukur dengan inisiatif kerajaan, namun tidak kurang juga yang menghentam.
Apa yang penulis nak katakan ialah ‘bersyukurlah’. Kalau korang nak tahu, India yang merupakan sebuah negara miskin dan juga memiliki jumlah penduduk antara yang teramai di dunia.
Justeru apabila berdepan dengan pandemik COVID-19 ini, nampaknya India yang terkenal dengan perkhidmatan kereta api paling sesak di dunia juga terpaksa mengubah suai 20,000 buah gerabak untuk dijadikan tempat kuarantin.
Penyedia perkhidmatan kereta api utama di India, Indian Railways menyatakan bahawa syarikat itu telah menyiapkan prototaip 20,000 gerabak kuarantin yang mampu menyediakan 320,000 buah katil untuk pesakit.
Sejak penghujung bulan Mac, perkhidmatan kereta api kepada penumpang biasa telahpun dihentikan serta digantikan dengan kerja-kerja pengubahsuaian.
Ads
Ads
Setiap gerabak itu akan dilengkapi dengan kemudahan tertentu seperti yang digariskan oleh pengamal perubatan.
Indian Railways mensasarkan untuk menyediakan gerabak khas itu di 16 zon dengan Souh Central Railways, yang berpangkalan di Telangana memperuntukkan sebanyak 486 gerabak untuk diubah suai.
Sementara zon Mumbai pula mempunyai 482 buah gerabak.
Ads
Setakat hari ini (8 April), India telah merekodkan 4,314 kes jangkitan COVID-19 dengan 118 jumlah kematian.
Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengarahkan perintah berkurung selama tiga minggu sehingga 14 April ini ke atas 1.3 bilion rakyatnya.
Namun, usaha kuarantin di negara itu dilihat sangat sukar memandangkan di kawasan miskin penduduknya tinggal di kawasan perumahan yang sempit dan hampir mustahil untuk melakukan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.
Emmm…nasib kita duduk Malaysia.
SUMBER: INDEPENDENT | TRAVEL AND LEISURE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senario pelajar dihukum atas kesalahan yang dilakukan adalah perkara biasa dalam aspek mendidik. Kesalahan yang biasa pelajar lakukan antaranya, masalah disiplin diri, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, nakal dan bermacam-macam lagi.
Namun, tular di media sosial tindakan beberapa pelajar di negara jiran kita yang dipercayai melanggar peraturan sekolah agama mengundang padah apabila telefon bimbit mereka dibakar guru. Video kejadian tersebut telah dikongsi oleh Fakta Indo di laman Instagram. Garang betul cikgu!
Kejadian yang berlaku di Indonesia ini, memperlihatkan kelibat dua orang guru wanita dilihat mencampak beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong berapi disaksikan pelajar yang sedang berkumpul. Difahamkan guru tersebut berbuat demikian berikutan beberapa orang pelajar melanggar peraturan membawa telefon bimbit ke sekolah berasrama itu.
Pada mulanya guru ini telah menyita kesemua telefon pelajar yang berjaya dirampas. Selepas itu, para guru bertindak untuk membakar telefon bimbit yang dirampas agar dijadikan pengajaran buat para pelajar.
Hmm….sayangnya kalau bakar Iphone 13 Pro Max tu….Apa pendapat korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semalam Remaja membongkar isu basikal oBike yang menggalakkan perbuatan vandalisme di kalangan remaja. Tinjauan di beberapa lokasi lokasi antaranya Universiti Malaya, Amcorp Mall, Taman Dato Haron, Taman Medan, Jalan Klang Lama, Kampung Pasir Kiri, Kampung Pasir Kanan, PPR Cempaka, Kampung Dato Tatah, PPR Blok 100, Kampung Limau, PPR Kerinchi dan Kondo Rakyat dan Pantai Hill Park mendapati, basikal ini selamba dikayuh oleh sekumpulan remaja tanpa rasa takut. Siasatan mendapati sistem alat pengesan basikal ini, GPS sudah dirosakkan dengan hanya mengetuknya dengan batu. Semudah itu sahaja. Lihat artikel berkaitan.
Bersepah basikal oBike di kawasan PPR yang dicuri
Ternyata, kawasan perumahan seperti flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang didiami oleh golongan sederhana dan ke bawah terutama di Flat PPR Kerinchi, PPR Cempaka, Blok A, Blok D dan beberapa kawasan sekitar menjadi “spot port” basikal curi ini dicuri dan disorokkan.
Susulan bongkar oleh Remaja, YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai memberi respon terkini apabila mengetahui basikal oBike ditemui bersepah-sepah di kawasan Parlimennya.
Yb Nurul Izzah membangkitkan isu kesenjangan ekonomi. Jenayah domestik berlaku kerana isu sara diri dan perkara yang sering dibangkitkan di Parlimen berkenaan kemelut miskin bandar.
Terkejut namun bersikap rasional, jelas Yb Nurul Izzah, dalam menangani isu remaja yang terjebak dalam perbuatan vandalisme jelasnya, mahu tidak mahu kita harus mulakan dengan usaha menyantuni golongan yang mungkin terkesan, lebih lebih lagi dengan tersergam indahnya bangunan pencakar langit komersil yang hanya mampu diimpikan tapi tidak dimiliki oleh golongan ini.
Tambahnya lagi, agensi zakat, vokasional, kebajikan, semuanya harus berganding tangan dalam mencari penyelesaian kepada masalah pokok yang memaksa segelintir remaja sehingga mereka sampai sanggup mencuri demi untuk mendapatkan barang dihajati.
Menurut YB Nurul Izzah lagi, pembangunan infrastruktur atau kemudahan yang tidak disertakan dengan roh dan pendidikan yang secukupnya akan mengakibatkan masalah kecurian serta kerosakan berlaku yang memberi kesan kepada masyarakat.
“Sebab ini dasar kerajaan BN dan DBKL yang membenarkan oBike di Kuala Lumpur tanpa satu pendidikan dan penyeliaan yang tuntas kepada orang awam,” katanya yang bertanyakan soalan, siapa yang pertama memperkenalkan oBike dan luluskannya di Lembah Klang,”katanya yang mempersoalkan peranan Kementerian Belia yang melepaskan tangggungjawab ini dan tidak memantau sehingga akhir.
Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan isu tentang kesenjangan ekonomi yang dihadapi oleh golongan bawahan sehingga tercetus isu vandalisme di kalangan remaja.
“Jenayah domestik berlaku kerana isu sara diri dan perkara inilah yang sering saya bangkitkan di Parlimen berkenaan kemelut miskin bandar.
“Pembangunan tak terkawal, akses minimum terhadap pendidikan dan kesihatan yang juga terpaksa ditanggung oleh penduduk Kerinchi akhirnya menjurus segelintir antara mereka dalam keterlibatan jenayah.
“Kerana itu pihak berkuasa harus tegas. Tidak ada dwi-standard dalam jenayah kecurian dan rompakan. Siasatan dan dakwaan dari rakyat, sehinggalah kepada pemimpin teratas sekalipun harus dijalankan secara konsisten dan menyeluruh.
“Tindakan berprinsip ini penting dalam membudayakan penolakan terhadap rasuah. Namun harus juga diganding dengan dasar dan pelaksanaan program bantuan kebajikan yang melahirkan suasana kondusif untuk mengurangkan bebanan rakyat, termasuk peluang pekerjaan yang mencukupi.
“Hal ini tidak berlaku menerusi dasar sedia ada iaitu gaji kecil, peluang kerja dibolot kemasukan pekerja asing serta lain-lain masalah,’ katanya yang menasihati golongan remaja untuk tidak terus terjebak dengan perbuatan mencuri.
Malahan orang dewasa yang seharusnya bertindak menasihati jika melihat adanya kecurigaan di situ.
Menerusi bongkar semalam, ada beberapa penduduk di kawasan kediaman dinyatakan memaklumkan, basikal-basikal ini dibawa naik ke tingkat atas rumah dan dari situlah para remaja ini melakukan operasi “operate” basikal terutama memecahkan sistem pengesannya atau mengambil beberapa barangan yang diperlukan.
Basikal ini selamba dibawa kerana GPSnya sudah rosak selepas diketuk dengan batu sahaja
Jangan terperanjat kerana sebahagian ‘spare part’ basikal ini dipasangkan ke basikal lajak mereka tanpa perasaan bersalah atau merasa takut dengan perbuatan mencuri tersebut.Diharap ibu bapa lebih prihati dalam menasihati anak-anak jika tahu anak ada berbuat salah agar isu vandalisme ini dapat diselesaikan dengan baik!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah namanya trend, sudah tentu ia datang dan pergi. Begitu juga dengan trend dalam dekorasi dalaman rumah.
Baru-baru ini, perkongsian dari seorang lelaki, Muhd Shauqi di facebook menarik minat orang ramai apabila dia berkongsi suasana di dalam bilik tidurnya.
Memang ringkas dan tenang berada dalam bilik sebegini. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang, perkongsiannnya menarik minat untuk orang mengenalinya lebih lanjut kerana mahu mahu tahu tips bagaimana biliknya nampak kemas dan teratur.
Kalah bilik anak dara guys!
Tapi apa salahnya. Dengan berbuat demikian, rumah yang diduduki kita juga akan semakin cantik dan ia secara tidak langsung menambahkan lagi semangat kita untuk terus kekal positif apabila berada di dalam rumah.
Umpama berada dalam rimba yang penuh dengan elemen semulajadi
Menurut lelaki ini, beliau hanya mengunakan katil asrama sahaja dan transform kepada bunk bed. Jimat duit tapi ala ikea kan katil ni?
So korang, kalau nak bilik tampak kemas dan wow macam biliknya, apa paling penting ialah rajin dan kena ada kesungguhan. Bila kita ubah sikap, maka semuanya akan jadi.
Betul kan?
Sumber : Facebook Muhd Shauqi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!