
Menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi, pelakon dan usahawan popular, Syatilla Melvin kini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama keluarga kecilnya.
Lebih bermakna buat pasangan itu, Syatilla dan suami tercinta yang juga pelakon hebat, Shaheizy Sam memilih tanah suci untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh.
ARTIKEL BERKAITAN: “#BabynumberTWO” Pelakon Elvina Mohamad umum Hamil Cahaya Mata Kedua

“Allahuakbar. Alhamdulillah, syukur untuk rezeki luar biasa ini Ya Allah.
“Bersaksikan Kaabah, berhadapan pintu Kaabah dan Multazam, Engkau rezekikan kami untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami ketuiuh Ya Allah,” coretnya.

Pada masa sama, bekas peserta Dewi Remaja tahun 2009/2010 itu turut memanjatkan doa agar segala hajatnya bersama suami dikabulkan Allah.
“Semoga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mati. Selamat ulang tahun sayang @shaheizy_sam #8Feb2016,” tulisnya lagi dalam ruangan kapsyen.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syatilla Melvin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selamat Bertunang, Begini Cara Tom Holland Melamar Zendaya. Romantiknya!

Zendaya dan Tom Holland secara rasminya telah bertunang!
Peminat mula membuat spekulasi berkaitan status pasangan sama cantik sama padan itu setelah aktres berkenaan dilihat menyarungkan sebentuk cincin berlian jenis east-to-west cut semalam bersama persalinan gaun Louis Vuitton sewaktu berjalan di karpet merah Golden Globes Awards 2025.


Sehari selepas acara anugerah itu, TMZ melaporkan bahawa Tom secara rasminya telah melamar Zendaya sewaktu musim percutian di antara Hari Natal dan sambutan Tahun Baru 2025.
Menurut sumber terdekat pasangan berkenaan, Tom difahamkan telah melamar bintang filem Challengers itu di Amerika Syarikat tanpa kehadiran orang lain termasuklah ahli keluarga mahupun rakan terdekat mereka.
Hanya mereka berdua sahaja yang mempunyai memori romantik tersebut untuk dikenang sehingga bila-bila.

Sebagai rekod,Tom dan Zendaya mula berpacaran sejak tahun 2022 selepas bertemu di set penggambaran filem adiwira, Spider-Man: Homecoming di mana Tom memegang watak sebagai Peter Parker a.k.a Spider-Man manakala Zendaya sebagai rakan-bertukar-kekasih, MJ.
Normally, art does imitate reality but things can turn around.
Biarpun tidak menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan khalayak, Tom dan Zendaya memilih untuk membiarkan rahsia hubungan mereka tertutup rapat; terutamanya di platform media sosial kecuali pada tarikh istimewa seperti hari lahir dan kejayaan bidang kerjaya masing-masing.
Tahniah buat Tom Holland dan Zendaya! Masih terlalu awal untuk membayangkan gaun perkahwinan hasil sentuhan idea penata gayanya, Law Roach? We don’t think so!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Judge Awal Sangat.. 5 Sebab Mengapa Hubungan Cinta Yang Disorokkan Boleh ‘Menjadi’

Berita hubungan cinta terputus di tengah jalan di antara naib juara Hero Remaja 2011/2012, Syafiq Kyle dan pelakon Mimi Lana kelmarin bukan saja mengejutkan.
Malah ramai peminat mereka berdua yang bingung bagaimana hubungan tersebut boleh terlerai memandangkan Syafiq dan Mimi telah menjalinkan hubungan selama 5 tahun.
Yes you did not read the wrongly.
Mereka berdua telah bercinta sejak tahun 2015, tetapi hanya mendedahkan mengenai hubungan tersebut pada pertengahan tahun 2019.

Bukan senang tau hendak menyorokkan hubungan daripada mata masyarakat, terutamanya apabila korang sepopular Syafiq dan Mimi. Dan tak semua pasangan yang bertindak ‘menyorokkan’ hubungan cinta mereka akan berakhir dengan perpisahan.
Surprisingly, kebanyakan boleh bertahan selama Syafiq dan Mimi, malah ada yang sehingga berakhir ke jinjang pelamin.
Nah, REMAJA senaraikan 5 sebab mengapa hubungan cinta yang disorakkan boleh ‘menjadi’.
01
Tiada Pressure
Orang sekarang memang mudah untuk berkongsi segala perihal perhubungan di media sosial. Ia sekaligus meningkat tekanan kepada pasangan untuk menceritakan betapa ‘happy’-nya mereka sentiasa kerana itulah yang diinginkan oleh followers masing-masing.
Ingat, hubungan itu sendiri memerlukan kerja keras untuk ia berkesan dan bertahan lama. Inikan lagi bila segalanya perlu kelihatan sempurna di mata orang lain, lagi banyaklah kerja yang perlu korang lakukan.
02
Kurang Ancaman Si Cemburu
Apabila pasangan itu sama cantik, sama padan – mulalah ada golongan yang tak puas hati melihat korang berdua gembira.
Betul, ada orang yang tidak bahagia dengan kehidupan sendiri sehingga dia sendiri tak senang duduk melihat orang lain bahagia. Orang seperti ini selalu mendedahkan aib salah seorang, akan selalu membawa berita buruk ke pendengaran orang di sekeliling dan macam-macam perangai negatif lain.

03
Masih Terlalu Awal
Apabila hubungan masih ‘semuda’ setahun dua, korang masih berada dalam fasa saling mengenali hati budi masing-masing. Fasa ini sebenarnya adalah asas kepada sebuah hubungan yang boleh bertahan lama.
Sekiranya di fasa ini pun sudah terlalu ramai yang menghakimi hubungan kalian sedangkan kedua-duanya masih belum mengenali pasangan dari A-Z, susahlah gaiss..
Tak bermakna korang perlu rahsiakan hubungan ini selama-lamanya. The right time will come.
04
Kawan Dulu
Biasa kan dengan konsep ‘lets be friends first before anything else’?
Hubungan yang disorokkan akan memberi peluang untuk pasangan menyelesakan diri sesama sendiri sebagai orang yang boleh berkongsi segalanya tanpa perlu rasa awkward.
Tambahan pula, tiada apa yang lebih sweet berbanding bercinta dengan rakan karib sendiri.
*Ini hanyalah pendapat am penulis. Ia tidak ada kena mengena dengan hubungan cinta Syafiq Kyle dan Mimi Lana, ataupun hubungan sesiapa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Daddy Terus Datang” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Detik Anak Rindu Di Asrama, Ramai Tersentuh

Dr Sheikh Muszaphar sekali lagi menyentuh hati ramai apabila berkongsi satu detik penuh emosi melibatkan anaknya yang kini tinggal di asrama. Perasaan rindu dan sedih apabila berjauhan dengan keluarga adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi anak yang baru menyesuaikan diri dengan kehidupan berdikari.
Situasi inilah yang turut dialami anak kepada angkasawan negara itu apabila salah seorang anaknya menghubungi dari asrama kerana terlalu merindui keluarga di rumah.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Dr Sheikh Muszaphar menceritakan detik apabila anaknya, Sophea Natasha, 13, menghubunginya dari asrama kerana tidak dapat menahan rasa rindu terhadap keluarga.
Menurutnya, panggilan itu benar-benar menyentuh hati seorang bapa. Tanpa berfikir panjang, beliau terus mengambil keputusan untuk datang melawat anaknya seketika bagi memberi semangat.
“Tasha call dari asrama. Rindu sangat dan sedih katanya. Daddy terus datang melawat sekejap untuk bagi semangat untuk teruskan perjuangan.”
Tindakan spontan itu menggambarkan betapa kuatnya kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya, walaupun anak tersebut sedang belajar untuk berdikari jauh dari rumah.
Pesanan Penuh Kasih Seorang Bapa

Dalam perkongsian yang sama, Dr Sheikh Muszaphar turut menenangkan anaknya dengan kata-kata penuh semangat dan kasih sayang.
Menurutnya, perasaan rindu apabila berjauhan dengan keluarga adalah perkara yang sangat normal, terutama bagi anak yang baru memulakan kehidupan di asrama.
“Janganlah bersedih anakku. Emosi rindu perkara biasa, ada kala naik dan turun. Daddy is always there for you, supporting you from afar. Harus tabah, harus kuat. Daddy loves you.”
Beliau turut meninggalkan pesanan ringkas yang cukup menyentuh hati ramai ibu bapa dan anak-anak yang membaca perkongsian tersebut.
“Anytime you need a hug, I will always be there.”
Rindu Keluarga Ketika Tinggal Di Asrama
Kisah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar ini sebenarnya menggambarkan realiti yang sering dilalui oleh ramai pelajar yang tinggal di asrama.
Bagi anak-anak yang baru pertama kali berjauhan daripada ibu bapa, rasa homesick adalah sesuatu yang sangat biasa. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan jadual baru, suasana baru serta kehidupan yang lebih berdikari.
Perasaan rindu ini juga biasanya menjadi lebih kuat pada waktu-waktu tertentu seperti malam, hujung minggu atau ketika melihat rakan-rakan lain menerima kunjungan keluarga.
Namun sokongan moral daripada ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu anak-anak melalui fasa penyesuaian ini.
Lebih Tersentuh Ketika Ramadan

Momen tersebut juga menjadi lebih menyentuh hati apabila ia berlaku dalam bulan Ramadan, waktu yang lazimnya dihabiskan bersama keluarga.
Bagi anak yang baru memasuki asrama, waktu berbuka puasa dan sahur tanpa keluarga boleh membuatkan rasa rindu menjadi lebih kuat.
Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar ini membuatkan ramai netizen turut berkongsi pengalaman sama apabila anak-anak mereka mula tinggal di asrama.
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas. Beliau mencipta sejarah negara apabila menyertai misi ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada tahun 2007.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata, iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia, serta putera bongsu Syed Muhammad.
Perkongsian ringkas ini bukan sahaja menunjukkan kasih sayang seorang bapa, malah mengingatkan bahawa sokongan keluarga adalah kekuatan terbesar buat anak-anak yang sedang belajar berdikari jauh dari rumah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

