Berkat Solat Hajat, Bumi Australia Akhirnya Dibasahi Hujan Lebat Setelah Lima Bulan Melarat!

Share

Insiden kebakaran hutan yang melanda Australia akhirnya berakhir apabila sejak Khamis hujan lebat dilaporkan telah membasahi bumi Australia. Alhamdulillah syukur!

Awal tahun 2020 dimulai dengan berita yang agak sedih apabila kira-kira setengah billion haiwan dianggarkan terkorban akibat kebakaran di Australia sejak hujung Ogos tahun lalu.

Kebakaran hutan itu turut menyebabkan kira-kira 8,000 koala mati terbakar iaitu satu pertiga daripada seluruh populasi koala di New South Wales. Ia juga telah mengorbankan sekurangnya 28 orang dan 2,000 kediaman penduduk Australia.

Semua ini diperburukkan lagi oleh haba yang berterusan dan kemarau, membuatkan ramai menyalahkan perubahan iklim.

Disambut dengan penuh kesyukuran, hujan lebat ini juga membawa rahmat kepada golongan petani untuk memulakan projek penanaman.

Penantian penduduk Australia akhirnya terjawab dengan hujan lebat rahmat dilaporkan telah membasahi bumi Australia.

Ini momen-momen gembira yang dikongsikan oleh penduduk Australia.

Moga tiada lagi insiden kebakaran dan pemanasan dunia berlaku. Kesian haiwan-haiwan yang tidak berdosa turut terkorban.

IKLAN