Siapa tak kenal dengan Bill Gates, pemilik Microsoft dan tersenarai sebagai salah seorang orang terkaya di dunia. Memulakan usaha bisnes pada usianya 17 tahun, Bill Gates terus unggul dalam pencapaiannya.
Bagi yang tidak mengetahui , Bill Gates mempunyai mempunyai tiga orang anak iaitu Jennifer, Rory dan Phoebe hasil perkahwinannya bersama Melinda French selama 27 tahun. Baru-baru ini puteri sulungnya yang bernama Jennifer Katharine Gates secara rasmi menamatkan zaman bujangnya.
Foto – Daily Voice
Menariknya, wanita berusia 25 tahun itu berkahwin memilih lelaki muslim beragama Islam sebagai teman hidup iaitu Nayel Nassar, seorang lelaki Muslim keturunan Mesir.
Manis dengan persalinan gaun dari pereka fesyen Vera Wang dan pasangannya dilihat memakai sut gelap, upacara perkahwinan Nayel dan Jennifer dilakukan secara Islamik. Acara perkahwinan itu diadakan pada hari Jumaat (15/10) malam dan majlis resepsi diadakan sehari kemudian dengan hanya menjemput 300 orang.
Tapi bukan calang-calang juga menantu Bill Gates ni, jom lihat fakta Nayel Nassar dan disebalik perkahwinan mereka menurut laman Fox Business.
1. Nayel Nassar dilahirkan di Amerika, dibesarkan di Kuwait
Ads
Nayel adalah anak pasangan Fouad Nassar dan Iman Harby. Pemuda ini dilahirkan pada 21 Januari 1991 di Chicago, Amerika Syarikat. Dia kemudian membesar di Kuwait dan berpindah kembali ke Amerika Serikat pada 2009 ketika berusia 18 tahun. Dia berasal dari keluarga jutawan yang mempunyai perniagaan dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.
2. Ranking ke-44 dunia dalam sukan menunggang kuda
Nassar mula menunggang kuda pada usia lima tahun. Dia mula mewakili negaranya, Mesir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi emas, Persekutuan Berkuda Antarabangsa telah meletakkannya di ranking ke-44 di dunia.
3. Menguasai tiga bahasa
Graduan lulusan Ekonomi Universiti Stanford itu menguasai tiga bahasa iaitu Arab, Perancis dan Inggeris.
Ads
4. Mencari cinta melalui kuda
Jennifer dan Nayel pada mulanya bertemu di Stanford University, Amerika Syarikat, ketika mereka berdua sedang belajar. Kedua-duanya mempunyai hobi yang sama, iaitu menunggang kuda.
5.Memiliki perniagaan ladang kuda
Nassar juga memiliki dan mengoperasikan ladang kudanya sendiri di California yang dinamakan Nassar Stables. Perniagaan itu berpusat di bandar Encinitas di San Diego County di mana pasangan itu dilaporkan banyak menghabiskan masa di sana.
Dilaporkan dari Daily Voice, perkahwinan Jennifer Gates dan Nayel Nassar sangat mahal walaupun diadakan di kawasan sederhana di sebuah ladang. Pasangan ini membelanjakan US$ 2 juta atau setara dengan RM8.2 Juta. Kawasan ladang kuda yang dijadikan tempat perkahwinan juga diramalkan bernilai sangat tinggi iaitu US$ 16 juta atau sekitar RM 80 Juta.
Ladang itu adalah hadiah dari Bill Gates kepada puteri sulungnya setelah menamatkan pengajian di Universiti Stanford.
Wah, sama cantik sama padan betul pasangan ni…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah kami ucapkan kepada 15 universiti tempatan kerana telah meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education (THE) 2021bagi universiti terunggul Asia.
Setiap tahun, Times Higher Education (THE) akan mengeluarkan senarai-senarai universiti terbaik di seluruh Asia. Dan kedudukan yang telah dikeluarkan semalam menyaksikan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merekodkan lonjakan besar pada edisi tahun ini dengan menduduki tangga 200 teratas dari Malaysia di dalam carta ini.
Berbanding tahun lalu, 15 buah universiti tempatan tersenarai dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2021 berbanding hanya lapan pada tahun lalu. Ini menunjukkan penngkatan sebanyak 13 anak tangga dan ia bolehlah dikatakan sebagai penanda aras untuk intitusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan kedudukan dan status semasanya.
Lima daripada enam universiti berprestasi di Malaysia juga memperbaiki serta mengekalkan kedudukan.
Antaranya ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP) naik 13 tangga kepada kedudukan 111, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengekalkan kedudukan di tangga ke-119.
Manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) mendaki sembilan anak tangga ke-136 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) naik 10 tangga untuk berada di kedudukan ke-150.
Walaupun Universiti Malaya (UM) turun enam tangga, namun ia tetap berada dalam kumpulan 50 teratas.
Jelas Ketua Pegawai Ilmu Times Higher Education, Phil Baty, kedudukan ini penting untuk mengukur kekuatan institusi pendidikan tinggi serantau. Beliau juga menyatakan perkara ini sangat menakjubkan melihat kedudukan universiti di Malaysia semakin meningkat dan ada juga mengekalkan kedudukan walaupun persaingan semakin hebat.
Menurut Phil mencapai kedudukan 50 teratas iaitu Universiti Malaya adalah satu kejayaan besar terutama untuk empat tahun berturut-turut membuktikan kekuatannya di peringkat tempatan, serantau mahupun global.
Tahun ini, sebanyak 551 universiti dinilai berbanding 489 pada tahun 2020. Tsinghua University dan Peking University di China menduduki tangga pertama dan kedua kedudukan tahun ini. Manakala National University, Singapura berada di tempat ketiga.
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti yang tersenarai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini viral di media sosial tentang salah seorang juri di sebuah pertandingan dangdut di Indonesia yang memakai hijab wig.
Rupa-rupanya, Iyeth Bustami telah menggayakan fesyen hijab wig ini sejak tahun 2014 yang lalu. Kalau korang tengok dalam akaun instagram miliknya, pelbagai foto gaya hijab berwarna-warni yang unik diperagakan oleh wanita ini.
Jom kita lihat antara fesyen hijab wig yang diketengahkan oleh penghibur dari Indonesia ini.
Kata orang sikap berhati-hati perlu tetapi sekiranya cuai bahaya menanti. Inilah yang menimpa juara tinju dari Ukaraine, Amina Bulakh, 18 tahun yang maut selepas dilanggar keretapi kerana tidak menyedari kedatangan trem berkenaan kerana sedang leka bermain telefon bimbit dan mengenakan headphone saat melintas jalan.
Dia yang dalam perjalanan ke pusat tinju untuk latihan di Tarasivka, Region Kiev cuba mengelak sebaik menyedari bahaya di sisinya namun sudah lambat sehingga maut digilis keretapi.
Insiden menimpanya amat mengejutkan kerana juara tinju remaja ini dilihat begitu berpotensi besar memandangkan meraih lebih banyak gelaran juara memandangkan usianya sangat muda.
Amina baru saja meraih kejuaraan pingat gangsa di kejuaraan remaja di European Youth Boxing Champions di Bulgaria dan jurulatihnya meletakkan harapan tinggi remaja berpotensi besar ini mampu meraih lebih banyak kejuaraan dengan pendedahan demi pendedahan kepada dirinya.
Beberapa saksi kejadian memaklumkan, sebelum kejadian ngeri itu terjadi, Amina dilihat berjalan agak perlahan dari Kiev menuju ke Faztov kerana leka memegang dan menatap telefon bimbitnya. Masa yang sama, kemungkinan muzik yang begitu kuat dipasang di headphonenya membuatkan dia tidak mampu mendengar bahaya yang berada dekat dengannya.
Polis Ukraine dalam satu kenyataan mengatakan hasil penyiasatan teliti, kemalangan ini terjadi akibat kecuaian diri sendiri. Pemergiannya turut ditangisi oleh ahli keluarganya yang tidak menyangka insiden ini menimpa anak mereka. Dalam pada itu rakan kolejnya menyifatkan ia satu kehilangan besar malah guru sekolahnya berkata, Amina akan terus diingati kerana dirinya seorang yang bijak dan berusaha keras memajukan diri baik dalam pelajaran mahupun sukan diminatinya.
Dalam pada itu begitu banyak ucapan takziah yang menangisi pemergian juara tinju remaja ini malah satu panpage di FB dibuka khusus untuknya “Eternal Memory To You, Amin Bulakh..
So kepada korang yang suka sangat memakai headphone ketika keluar dan suka juga belek-belek phone ketika berjalan ke bandar tu, sila hati-hati ya. Hari ini mungkin kejadian menimpa Amina, tapi kemalangan sebegini akibat kecuaian diri sendiri boleh terjadi pada kita juga.
So be careful ya semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!