
Anak kepada usahawan sensasi tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida, Qadejah El Zahra atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Cess, telah berjaya merealisasikan impiannya memiliki seutas jam tangan mewah jenama Cartier yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Cess menerusi satu hantaran video di platform TikTok, selepas ramai pengikutnya yang meminta kemas kini berkenaan pembelian tersebut. Dalam video berkenaan, remaja berusia 15 tahun itu dilihat melakukan sesi unboxing jam mewah terbabit sambil berkongsi perasaan teruja memiliki aksesori idamannya.
Ganjaran Atas Usaha dan Sokongan
Apa yang menarik perhatian ramai ialah pengakuan jujur Cess yang menyatakan bahawa dia berjaya ‘paw’ atau memujuk bapanya untuk membelikan jam tersebut. Meskipun dilahirkan dalam keluarga yang berada, Cess turut aktif membantu perniagaan keluarganya, khususnya menerusi sesi jualan secara langsung (live) di TikTok.

Dalam nada rendah diri, Cess tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada kedua ibu bapanya dan juga para pelanggan yang sentiasa menyokong setiap kali dia terlibat dalam sesi jualan.
“Terima kasih kepada mama, abah dan kepada semua yang selalu membeli barang yang kami jual,” tulisnya.
Dalam video yang sama, Cess turut menunjukkan beberapa barangan eksklusif yang diterima bersama pembelian jam tersebut seperti air mineral, buku katalog Cartier dan cenderahati lain sesuatu yang sinonim dengan pengalaman membeli di butik berjenama mewah.

Jam tangan Cartier yang sinonim dengan gaya hidup eksklusif dan sofistikated bukan sekadar simbol kemewahan, malah turut mencerminkan citarasa remaja masa kini yang semakin peka terhadap jenama dan gaya. Dalam kes Cess, pemilikan jam tersebut menjadi tanda penghargaan atas usaha dan komitmennya dalam bidang perniagaan walaupun masih muda.
Untungnya Cess dapat jam mahal kan.
BACA LAGI : Gagal Lunaskan Pinjaman RM5.28 Juta, Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Muflis
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!










