Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ bersama rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom masing-masing menunjukkan prestasi yang baik di Izu Velodrome, Shizuoka, sebentar tadi.
Foto Kredit : Utusan
Selepas tamatnya acara badminton yang menghadiahkan negara pingat gangsa menerusi beregu lelaki, kini tumpuan dituju kepada basikal trek negara.
Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom berjaya menempah tempat ke pusingan kedua acara pecut individu Sukan Olimpik Tokyo selepas masing-masing memenangi saingan repechages da,lam saingan di Velodrom Izu.
Ini fakta tentang team trek berbasikal yang menjadi harapan rakyat Malaysia untuk memenangi pingat seterusnya.
1. Dalam saingan Olimpik kali ini, mereka menggunakan basikal model WX-R Vorteq. Ia merupakan basikal yang dihasilkan menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta.
Ads
Trivia : Pecahan harga bagi setiap komponen basikal Dato Azizul
.
Rangka : RM147 000
Fork : RM29 000
Handle bar : RM58 000
Rim depan : RM35 000
Rim belakang : RM35 000
Chain ring : RM700
Power meter : RM11 000
Tayar depan & belakang : RM3000
Rantai : RM750
Sprocket : RM120 https://t.co/YHV7NEfueopic.twitter.com/QZD2ciw8xh
2. Kos sebuah basikal dianggarkan bernilai RM300,000 termasuk R&D menerusi pelaburan Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd.
Ads
3. Pakaian lumba berteknologi tinggi berjenama Vorteq adalah pakaian yang dihasilkan daripada bahan terpilih dari lebih 40,000 kombinasi bahan. Kelajuan dan ketegangan fabrik antara senjata rahsia skuad berbasikal trek negara dalam misi melakar sejarah gemilang pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Foto Kredit : Bernama
4. Pakaian direka khas mengikut saiz fizikal dan fisiologi atlet supaya dapat membantu atlet mengekalkan posisi ketika berlumba sekali gus dapat meminimumkan rintangan daya seret. Ia merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta antara ISN dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd.
5. Bahan yang dipilih dalam penghasilan pakaian lumba itu juga telah melalui ujian terowong angin.
Ads
6.Demi memfokuskan acara pecut, Azizulhasni mencukur kesemua bulu badannya bagi mengurangkan rintangan angin.
7. Azizulhasni menambah berat badannya sekitar 10 kilogram – bagi menyamai berat ketika beliau merangkul dua pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia Berlin tahun lalu terutama jisim otot di bahagian bawah sebagai usaha bagi meningkatkan kekuatan fizikal untuk acara pecut.
8. Ini juga menjadi penampilan pertama atlet berketinggian 181cm Muhammad Shah Firdaus di Sukan Olimpik. Sebelum ini, dia melangkah ke Sukan Komanwel pertamanya pada tahun 2018 di Gold Coast, Australia.
Tahniah dan Good Luck Shah Firdaus & Azizulhasni Awang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir separuh daripada jumlah itu adalah dari negeri Selangor!
Kesabaran rakyat Malaysia dalam berdepan dengan sekatan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada hari ini sekali lagi dicabar setelah Malaysia mencatatkan sejumlah 11,079 kes harian baharu COVID-19 pada hari ini. Ia sekaligus merupakan rekod terbaru untuk negara kita kerana buat sekian kalinya mencatatkan kes harian hingga lima angka.
Menurut ciapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mejoriti daripada jumlah tersebut hadir daripada – well, where else – negeri Selangor yang mencatatkan sebanyak 5,263 kes walaupun ia kini berada di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan masih belum berganjak daripada PPN Fasa Pertama.
Selepas Selangor, di antara negeri-negeri lain yang mencatatkan jumlah kes yang semakin tinggi dan membimbangkan ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033).
Malah beberapa negeri lain turut melihatkan peningkatan termasuk Sarawak (472), Kedah (497) dan Johor (406). Hanya rakyat di negeri Perlis yang kini boleh menghembuskan nafas lega apabila ia mencatatkan 0 kes harian baharu pada hari ini. Dengan ini, jumlah kes jangkitan keseluruhan buat masa ini adalah 855,949.
Perkembangan negatif ini sekaligus membuatkan ramai pihak melenting menerusi akaun media sosial masing-masing apabila kata kunci ‘WTF 11K’ mulai tular.
Menurut penjelasan terbaru KKM, salah satu punca peningkatan kes baharu ini adalah akibat penularan varian Delta yang mudah merebak di kawasan berisiko secara airbone.
Salah satu faktor peningkatan kes baharu ialah penularan varian Delta yang paling bahaya dan mudah merebak. Pemakaian pelitup muka berganda amat digalakkan terutama di kawasan berisiko tinggi kerana penularan jangkitan berlaku secara airbone.
Sampai bila keadaan ini akan berpanjangan? Apakah sudah tiada solusi yang benar-benar boleh mengubah graf tersebut selain mengarahkan penduduk untuk kekal berada di rumah? Semua orang dambakan penjelasan yang jujur dan bukan setakat menyelamatkan diri sendiri.
Ekonomi semakin merundum, keadaan kesihatan sejagat juga semakin merundum. Jangan sehingga semangat kita untuk bertarung menentang wabak ini turut merundum sudahlah.
*
Semalam, REMAJA ada berkongsi mengenai luahan jujur daripada barisan hadapan perubatan di hospital sekitar Lembah Klang.
Jodoh, rezeki, ajal dan maut sememangnya terletak di tangan Allah SWT.
Lewat petang tadi, selesai sudah urusan pengebumian jenazah Allahyarhamah Puan Faziani Rohban Ahmad yang maut dalam sebuah tragedi kemalangan jalan raya yang membabitkan kereta jenis MPV Toyota Estima yang dipandu oleh suami beliau serta sebuah lori.
Hairannya, arwah dan suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang cedera selalunya ditemani oleh pemandu mereka yang membawa pasangan itu untuk urusan di sana-sini. Namun pagi hari ini, mereka memutuskan untuk memandu berdua.
Anak pasangan tersebut iaitu Ainul Atiya, 18, bercerita mengenai beberapa ‘petanda’ seperti itu ketika ditemui oleh rakan media Sinar Harian di Kampong Paloh, Kelantan.
”Kami sekeluarga sempat bersahur bersama Mama dan Papa sebelum mereka bertolak ke Pondok di Pattani. Ia sudah menjadi rutin bulanan untuk menyampaikan wang zakat di sana.
“Peliknya, hari ini Papa nak pandu sendiri kereta ke Thailand. Bukan pemandu peribadi yang bawa kalau ada urusan kerja luar.
“Mereka juga turun rumah seawal jam 7 pagi, sedangkan biasanya mereka akan gerak di antara jam 9 pagi hingga 10 pagi,” kongsinya yang masih bersedih akan pemergian pada bulan Ramadan ini.
Semalam, arwah dan suami dilaporkan baru pulang dari Jakarta. “Mama dan Papa penat sangat, baru semalam mereka pulang dan hari ini ke Thailand pula dengan memandu sendiri kereta.”
Insiden yang masih mengejutkan ramai rakyat Malaysia itu juga membuatkan hati personaliti popular negara tersentak kerana mereka cukup rapat dengan arwah. Antaranya ialah Dato’ Aliff Syukri, Fizo Omar Datuk Seri Vida, Hanez Suraya dan Fasha Sandha.
Terdahulu, jenazah tiba sekitar jam 4 petang di Tanah Perkuburan Islam Kedemit di Tumpat sebelum selesai dikebumikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kekayaan mereka terdiri daripada aset seperti hartanah, wang tunai, kepentingan dalam perniagaan, serta harta peribadi. Siapa yang menyangka, pada tahun 2024, Malaysia berjaya menempati kedudukan ke-25 di peringkat global sebagai negara dengan jumlah bilionair terbanyak.
Berdasarkan data terkini, terdapat 18 individu di Malaysia yang memiliki gelaran bilionair, meletakkan negara ini satu tangga di atas Filipina, yang memiliki 16 bilionair dan menduduki kedudukan ke-26 dalam senarai tersebut.
Sementara itu, negara jiran, Singapura, mendahului Malaysia di tempat ke-17 dengan jumlah 39 bilionair. Indonesia pula mengikuti rapat di belakang, berada di tangga ke-20 dengan 35 bilionair.
Di puncak senarai untuk benua Asia, China berjaya menduduki kedudukan kedua teratas secara global dengan memiliki 406 bilionair. Nilai kekayaan keseluruhan mereka mencapai sekitar 1.3 trilion dolar Amerika, menandakan kekayaan yang luar biasa di negara tersebut.
Amerika Syarikat mendahului di dunia dalam bilangan bilionair terbanyak dengan 813 orang yang secara kolektif memegang $5.7 trilion, sekaligus mencipta rekod baru.
Senarai bilionair terkaya di Malaysia
Selain itu, Forbes juga ada berkongsi senarai bilionair terkaya di Malaysia untuk tahun 2024.
Tan Sri Robert Kuok
Tan Sri Quek Leng Chan
Adik beradik Teh
Lee Yeow Chor & Yeow Seng
Koon Poh Keong & adik-beradik
Ananda Krishnan
Francis Yeoh & adik beradik
Jeffrey Cheah
Lim Kok Thay
Chia Song Kun & keluarga
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.