Berjaya Buat Rayuan, Amelia Henderson Tidak Perlu Bayar Ganti Rugi RM200,000 Kepada A.Aida Production

Share

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan rayuan Amelia Henderson sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen supaya pelakon itu membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd membabitkan pelanggaran kontrak drama.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terima Kasih Untuk Semua Kenangan Terindah’ -Komen Manis Aedy Ashraf Buat Amelia Henderson

 

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong, mengarahkan Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, membayar ganti rugi RM10,000 kerana melanggar kontrak berkenaan. Huishhh banyak beza tu….alhamdulillah 🙂

Bayaran itu perlu dibuat dalam masa 14 hari dan faedah lima peratus setahun masing-masing bermula hari ini.

“Pihak Amelia dan syarikat produksi perlu menanggung kos sendiri (dalam rayuan) memandangkan pelakon itu menang dalam rayuan kerana fitnah, namun kalah rayuan pelanggaran kontrak.

“Semua perintah Mahkamah Sesyen diketepikan termasuk RM3,920 (pemulangan bayaran pendahuluan drama) yang digantikan dengan RM10,000 sebagai ganti rugi nominal,” katanya.

Sekadar info, Amelia dan syarikat produksi itu masing-masing diwakili peguam, Mansheel Kaur serta Ashmadi Othman.

Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar ganti rugi terbabit selepas membenarkan tuntutan saman syarikat terbabit kerana pelanggaran kontrak penggambaran drama berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’.

Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada A Aida atau Datuk Zaidah Awang sebagai plaintif.

Hakim itu turut membenarkan permohonan A Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya, selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagram @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah.

Buat makluman, A Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon itu menarik diri saat akhir daripada penggambaran drama berkenaan pada 28 Julai 2022.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Amelia menerima bayaran pertama sebanyak RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberi komitmen penuh bagi menjayakan drama itu.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan menarik diri walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak, sebelum notis penamatan kontrak diberikan kepada pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu.

BACA LAGI: Elak Gula & Konsistan Buat ‘Facial’, Cara Scha Al-Yahya Kekal Awet Muda

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Instagram Amelia Henderson

IKLAN