
Sempena dengan ulang tahun Petronas yang ke-49, rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Ogos boleh menebus satu tiket masuk secara percuma untuk melawat ke Menara Berkembar Petronas, sepanjang bulan Merdeka ini.
Untuk penebusan tiket, anda hanya perlu membawa MyKad atau MyKid dan tunjukkan sahaja kepada pekerja di kaunter tiket sebagai bukti anda lahir pada bulan Ogos.
ARTIKEL BERKAITAN: Berita Baik! Anda Boleh Mula Gunakan Kad Debit & Kredit Di Plaza Tol MEX Mulai Sekarang

Selain itu, anda juga perlu mengesahkan tarikh dan masa lawatan dengan kakitangan di bahagian kaunter kerana tempahan slot perlu dirujuk mengikut kekosongan.
Terma Dan Syarat
- Tawaran ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia yang lahir pada bulan Ogos sahaja.
- Tiket tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai atau mana-mana servis dan produk.
- Tiket kemasukan ini hanya sah pada bulan Ogos sahaja berdasarkan ‘First Come, First Serve’.
- Tiket kemasukan hanya boleh ditebus secara ‘walk-in’ sahaja.
- Tidak boleh menukar tarikh slot dan waktu jika sudah membuat tempahan.

Jadi kepada ‘August babies’ sekalian, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tingkat atas Menara Berkembar Petronas secara percuma ya!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram PETRONAS Twin Tower
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelitup Muka WAJIB – Niqab & ‘Face Shield’ Saja Tidak Cukup

Sejak Malaysia dilanda pandemik wabak COVOD-19 pada tahun lalu, pemakaian pelitup muka telah diwajibkan ke atas kesemua rakyat Malaysia di tempat awam demi melindungi masyarakat umum daripada risiko jangkitan.
Terbaru, pemakaian dua lapis pelitup muka pula disyorkan kerana ia dikatakan lebih berkesan menapis lebih daripada 95 peratus virus terutamanya di tempat awam yang berisiko seperti hospital.
ARTIKEL BERKAITAN : Minimumkan Risiko Dijangkiti Covid-19, Dr. Noor Hisham Saran Pakai ‘Double Mask’ – REMAJA

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Negara iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham, petugas kesihatan di hospital digalakkan untuk memakai 2 pelitup muka jenis Three Ply atau N95 bersama-sama face shield.
Ini kerana virus Covid-19 merebak bukan saja dari segi droplet tetapi juga menerusi airborne. Oleh itu, pemakaian face shield ini digalakkan bersama dua lapis pelitup muka. Namun ia bukanlah diwajibkan. Yang WAJIB adalah pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Tambah Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri sebagai peringatan, di bawah akta 342, pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan. Tiada siapa seharusnya yang terlepas daripada kewajiban ini.
Contohnya, pemakaian niqab dan face shield saja tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memakai pelitup muka. Niqab dan face shield ini dibolehkan sebagai tambahan.
BACA LAGI : “Ni Pelitup Muka Bukan Pelitup Dagu”, Dr. Noor Hisham Tegur Tabiat Sangkut Facemask Didagu – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasut Michael Jordan Pecah Rekod Bidaan Paling Termahal! Anggaran Lelongan Cecah RM 17.6 Juta

Kasut sukan milik bekas pemain bola keranjang profesional Amerika Syarikat (AS), Michael Jordan dijangka memecah rekod sebagai kasut paling mahal yang pernah dilelong setakat ini.
Menerusi laporan BBC News, firma lelongan Sotheby’s memaklumkan bidaan untuk kasut Air Jordan XIII itu mencecah AS$1.8 juta iaitu RM7.9 juta hanya beberapa jam selepas lelongan dibuka.
ARTIKEL BERKAITAN: “Teruskan, Jangan Putus Asa” -Usia Bukan Penghalang, Graduan 90 Tahun Berjaya Genggam Segulung Ijazah

Bidaan itu melepasi rekod semasa bernilai AS$1.47 juta (RM6.5 juta) untuk sepasang kasut Nike Air Ships, yang juga milik Jordan yang dilelong pada tahun 2021.
Beberapa anggaran meramalkan kasut itu mungkin akan dijual pada harga mencecah AS$4 juta iaitu sebanyak RM17.6 juta menjelang akhir sesi bidaan pada 11 April depan.
Pemain berkenaan memakai kasut Air Jordan XIII semasa musim kejuaraan terakhirnya bersama pasukan Chicago Bulls pada 1997 hingga 1998.

Ketika itu, legenda bola keranjang tersebut berjaya menjaringkan 37 mata dalam Permainan 2 siri Akhir NBA 1998 yang membawa kepada kemenangan Chicago Bulls dengan mata 93-88 ke atas Utah Jazz.
Chicago Bulls kemudian menjuarai kejuaraan itu seperti mana yang diceritakan dalam siri dokumentari pada 2020 bertajuk ‘Last Dance‘ mengenai musim terakhir Jordan bersama pasukan berkenaan.

Kata Sotheby’s, sejurus selepas kemenangan, Jordan memberikan kasut itu kepada seorang pekerja di bilik persalinan sebagai ucapan terima kasih kerana menemui jaketnya yang hilang.
+++Update terkini tdalam gaun tamat pengajian hitam dan topi hitam padan dihiasi dengan bintang emas dan “entang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: BBC News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkesankah Perbuatan Boikot Produk Israel Demi Memprotes Kekejaman Rejim?

Ini merupakan beberapa pendapat daripada pakar serta ahli politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan tindakan memprotes Israel dari sudut ekonomi.
Pergolakan yang sedang meruncing di Semenanjung Gaza di antara negara Palestin dan pihak penjajah, Israel telah memaksa ramai pihak mengajak masyarakat agar memboikot rejim yang bertindak melampau dengan menggunakan aset ketenteraan mereka terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Biarpun kita tidak mampu bertarung di medan peperangan bagi membantu saudara kita di Palestin, satu tindakan yang selalu diusul apabila menentang Israel adalah memutuskan cabang ekonomi mereka.
Tahun demi tahun, pasti ada saja usaha untuk memboikot jenama keluaran Israel atau jenama yang dikatakan berkait rapat menyumbang modal kepada Israel.
ARTIKEL BERKAITAN : Tular Isu Boikot 112 Syarikat Menyokong Zionis, 6 Daripadanya Memang Popular Di Malaysia – REMAJA
Do not get us wrong, namun, ia seakan tidak menunjukkan apa-apa kesan terhadap Israel. Malah usaha boikot tersebut hanya bertahan untuk beberapa minggu, beberapa bulan maksimum. Jadi, adakah usaha memboikot ini sememangnya berkesan ataupun impian yang tidak mudah dicapai?
REMAJA ingin memetik beberapa pandangan pakar mengenai usaha ini. Apakah perlaksaan memboikot sesebuah jenama benar-benar akan memberikan impak?
Penganalisi Ekonomi, Shan Saeed
“Boikot adalah tindakan yang hanya memberi kesan jangka masa pendek kerana pasaran akan menilai dan melihat sentimen dalam kalangan pelabur global.
“NAMUN, jika risiko geopolitik semakin tinggi, ia mungkin akan memberi kesan kepada harga komoditi dunia. Tetapi ini perlu berlaku (bagi) jangka masa panjang. Ia bergantung kepada kuasa pasaran yang menentukan semua harga komoditi.”
Sumber : Awani
Khairy Jamaluddin
“Boikot produk sangat susah. Kalau kita nak boikot produk Israel, kita tidak tahu produk itu datang dari Israel atau datang dari (tempat lain)
“Sebaliknya, tindakan memboikot akan memberi kesan kepada negara Malaysia sendiri ekoran ramai orang akan kehilangan pekerjaan. Contohnya kalau ada yang ingin memboikot produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia dibuat di kilang Nestle di Rembau.
“Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana (akan) kehilangan pekerjaan. Yang merasa kesannya bukan Israel tapi pekerja dan rakyat kita.”
Sumber : Sinar Harian
Tun Dr Mahathir Mohamad
“Tindakan memboikot barangan Israel hanya akan memberi kesan jika dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia. Jika hanya melibatkan kelompok kecil, (ia) tidak mendatangkan hasil.
“Saya menyokong usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia.”
Sumber : Awani
Tan Sri Dr Rais Yatim
“Kita perlu ada asas yang jelas untuk boikot. Kita perlu tahu apa yang perlu diboikot dan berfikir sama ada tindakan itu memberi kesan terhadap usaha menjatuhkan kerajaan Israel.
“Kita perlu selidik siapa tuan punya syarikat dan pastikan ia dimiliki atau mempunyai kaitan secara langsung dengan pihak Zionis.”
Sumber : Awani
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
PPIM menerusi Datuk Nazim Johan pada minggu ini dikhabarkan ingin memboikot dua atau tiga jenama yang berkaitan dengan Israel sebagai tanda protes ke atas kekejaman Zionis.
“Kita tidak mampu memboikot semua, kita akan pilih 2-3 produk. Kita nak ia membawa kesan dengan usaha bersungguh-sungguh. Kita akan kaji dahulu latar belakang produk berkenaan. Mungkin NGO juga boleh membantu solidariti ini.”
Sumber : TV Al-Hijrah
*
Untuk pengetahuan, terdahulu beberapa jenama produk dalam pasaran Malaysia pernah bersuara berkenaan desakan masyarakat untuk memboikot jenama mereka.
Pada tahun 2017, McDonald’s Malaysia pernah membuat laporan polis terhadap 20 individu dan organisasi yang menfitnah rangkaian restoran itu kononnya menyalurkan dana kepada Jewish United Dund (JUF) di Israel.
Siasatan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum tindakan lajut terasuk saman. Ini demi membela kepentingan 12,000 pekerja McDonald’s di 265 buah cawangannya di seluruh Malaysia.
“Di Malaysia, kita tidak terbabit dengan program berkenaan dan hanya membayar royalti kepada McDonald’s Corporation sebagaimana yang dilakukan syarikat,” kata Azmir Jaafar yang merupakan Pengarah Urusan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd. (1)
Selain McDonald’s, Coca-Cola Malaysia juga pernah menyelar khabar angin kononnya syarikat minuman itu menyokong Israel dalam konflik di Timur Tengah.
“Coca-Cola adalah jenama global tetapi operasi pengeluarannya dilaksanakan oleh pekerja tempatan.
“Orang pertama yang akan terkesan dengan tindakan boikot ini adalah rakyat kita (pekerja) diikuti ribuan peruncit, pengedar, pembekal dan mereka yang berkaitan dengan pengedaran kami.
“Coca-Cola Company beroperasi di lebih 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Masing-masing mengamalkan sistem politik dan agama berbeza.
“Di Malaysia, kita tidak menyokong, membangkang atau memihak kepada negara tertentu. Matlamat kami hanya untuk menghidangkan minuman yang menyegarkan sejak 81 tahun lalu,” kata Pengurus Negara Coca-Cola Malaysia, Ahmed Yehia pada tahun 2017. (2)
So guys tell us, adakah korang percaya bahawa tindakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel adalah usaha yang berbaloi kita lakukan? Ataupun ia sekadar impian yang sukar dicapai kerana tiadanya konsistensi daripada semua pihak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

