
Pasti ini adalah berita baik untuk mereka yang membuat pinjaman dengan AmBank. Maksudnya ada lanjutan moratorium sehingga 30 Jun 2021 akan datang. Tapi pada masa yang sama, peminjam harus merancang kewangan dengan baik bagi memastikan pinjaman pada tahun hadapan dapat dibayar tepat pada masanya dan tiada tunggukan.
Memetik laporan Harian Metro, AmBank akan melanjutkan Program Bantuan Pembayaran Semula bersasar sehingga 30 Jun tahun depan sebagai usaha menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakyat Malaysia yang terjejas akibat Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pihaknya komited membantu pelanggan mengharungi tempoh yang sukar ini.
"Justeru, kami menyediakan pelan penjadualan serta penstrukturan semula yang bersesuaian bagi memenuhi komitmen kewangan setiap pelanggan.
"Kami sudah menjangkau lebih dari 500,000 pelanggan yang ditawarkan bantuan pembayaran semula.
"Pada pertengahan Oktober lalu, sebanyak 60,000 permohonan dari pelanggan individu dan PKS diproses dan hampir 100 peratus permohonan ini diluluskan.
"Kami berbesar hati dapat memberikan bantuan pembayaran semula pinjaman yang berjumlah lebih dari RM11 bilion," katanya dalam kenyataan, semalam.
AmBank akan terus berinteraksi dengan pelanggannya yang belum mengemukakan permohonan mereka, khususnya yang terbabit dalam industri yang terjejas akibat pandemik terbabit.
Permohonan Bantuan Pembayaran Semula boleh didapati di laman web AmBank untuk kemudahan pelanggan yang tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Artis Wanita Ditahan Memiliki Dadah Erimin 5, Adakah Korang Tahu Tentang Dadah Ini?

Ketika dunia laman media sosial tengah hangat membicarakan tentang ketibaan PRU14, kita dikejutkan dengan berita seorang pelakon berusia 26 tahun yang ditahan oleh pihak polis kerana memiliki sejumlah dadah sintetik dipercayai jenis Erimin 5.
Pelakon popular tersebut dilapotkan telah terlibat dalam sebuah kemalangan bersama kenderaan yang dipandunya dengan kereta seorang lelaki awam berbangsa Cina di Taman Tun Dr Ismail. Lelaki tersebut kemudian membuat laporan menghubungi pihak polis.
Dan menurut setibanya polis di lokasi mereka mendapati pelakon tersebut dipercayai berada dalam keadaan khayal dan menyebabkan salah seorang anggota polis terpaksa memandu kenderaannya ke balai.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akda Dahah Merbahaya 1852 kerana memiliki dadah. Pelakon tersebut telah dibebaskan oleh pihak polis dengan jaminan polis.
Tularnya kisah ini menyebabkan ramai yang tidak tahu dan tertanya-tanya apakah itu dadah jenis Erimin 5?
APA ITU ERIMIN 5?
Menurut laman sesawang Solace Sabah, sebuah pusat klinikal dan saintifik pemulihan dadah Erimin 5 meurpakan sejenis dadah jalanan yang dikenali sebagai Nimetazepam. Ia merupakan sejenis dadah Benzodiazepine yang dihasilkan di Sumitomo, Jepun. Dadah jenis ini berfungsi sebagai intermediate-acting hypnotic drug dan ia pertama kali dihasilkjan pada tahun 1962 oleh sebuah pasukan dari Hoffman La Roche.

Sejak November 2015, pengeluarannya di Jepun telah dihentikan. Erimin 5 digunakan sebagai ubat jangka masa pendek bagi merawat pesakit yang berdepan dengan masalah insomnia kronik. Namun sejak kebelakangan ini ramai sudah menukar jenis ubat yang lain seperti Etizolam dan Flunitrazepam kerana faktor ketagihan dan kesan sampingan Nimetazepam atau Erimin 5.
Dadah jenis Erimin 5 dikatakan sangat popular di kalangan penagih dadah di beberapa buah negara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia. Ia juga dikenali di kalangan penggunanya sebagai ‘Happy 5’.
KENAPA IA DISALAH GUNA?

Seperti kebanyakan dadah yang disalah guna, ia biasanya memberi impak kepada keadaan minda dan fizikal. Erimin 5 diktakan memberikan kesan yang ‘menenangkan’ penggunanya. Jika diambil ia boleh menyebabkan ketagihan disebabkan mereka tidak mampu berdepan dengan coping mechanism kerana Erimin 5 membekalkan dopamine.
BAGAIMANA IA DI SALAH GUNA?
Kebiasaannya Erimin 5 yang dalam bentuk pil diambil dengan ditelan dan biasanya ia akan disertakan dengan penggunaan dadah yang lain. Ada juga penagih yang menggunakannya bersama minuman beralkohol. Erimin 5 turut digunakan oleh penagih Ecstasy dan Methaphetamine (pil kuda, syabu) bagi menenangkan diri.
SIMPTOM DAN KESAN PENYALAHGUNAAN ERIMIN 5
- Keletihan melampau
- Keresahan, kemurungan dan serangan panik
- Berdepan masalah untuk tidur
Buat korang pembaca Remaja, jauhilah apa jua penyalahgunaan dadah. Ia tidak memberikan apa-apa faedah dan boleh menghancurkan masa depan korang dan keluarga. Jika kamu, ahli keluarga atau rakan-raoan berdepan masalah ini silalah dapatkan bantuan secepat mungkin.
Sumber: Solace Sabah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Arab Saudi Memang Larang Transgender Kerjakan Haji & Umrah, Buktinya 2 Rakyat Pakistan Dihukum Mati

Di sebalik isu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruz Zaman yang mengenakan telekung ketika menunaikan umrah dan bersolat di ruang wanita sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai kerana beranggapan dirinya mempermainkan agama, tentu ramai ingin tahu apa hukuman yang menanti jika tertangkap di Arab Saudi jika mengenakan pakaian wanita di negara tersebut?
Untuk makluman, sejak dahulu, kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan larangan golongan transgender mengerjakan umrah mahupun haji. Undang-undang negara itu menetapkan, hanya lelaki dan perempuan sahaja dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu sejak dahulu lagi.
Carian REMAJA mendapati, larangan ini pernah dikeluarkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad bin Salman yang kini merupakan Raja Arab Saudi di akhbar The Ekspress Tribune pada February 2019 berikutan permintaan dari golongan komuniti transgender Pakistan yang mahu golongan transgender ini diberi peluang mengerjakan haji dan umrah. Dalam permintaan itu, golongan minoriti ini meminta agar mereka diberi peluang dan ditandakan X pada bab jantina namun permintaan itu tidak diendahkan sama sekali.


Namun apa yang lebih menakutkan, dua transgender Pakistan pernah diseksa dan menerima hukuman mati selepas tertangkap di Pakistan ketika mengerjakan umrah.
Keduanya dikurung dalam karung, dibelasah dengan tongkat dan diseksa dengan tongkat sehingga mati dan kes ini mendapat perhatian dari aktivis hak asasi manusia.
Dalam satu kejadian, selain dua orang mati diseksa 11 lagi transgender dikenakan hukuman denda sebanyak RM150,000 dan 22 orang lagi ditahan dalam penjara selepas ditangkap ketika berada di Arab Saudi.
Seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Independent beberapa tahun lalu, aktivis Qamar Naseem dari kumpulan Blue Veins meminta penjelasan dari kerajaan Arab Saudi berikutan insiden ini.
Menurutnya lagi, isu ini menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada golongan transgender yang mahu menunaikan haji dan umrah malah mereka yang berada di Arab Saudi sendiri.
Dalam suaranya, Qamar Naseem berkata, golongan transgender tidak dilayan dengan adil oleh undang-undang jenayah di Arab Saudi dan ia bukan hanya melibatkan orang dari Pakistan sahaja tetapi dari seluruh dunia.
Untuk pengetahuan semua, pengamal homoseksual boleh dihukum mati dan mana-mana pembedahan perubahan fizikal adalah diharamkan di Arab Saudi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5,000 Mahasiswa Dari 300 Universiti Protes Besar-Besaran Gara-Gara ‘Omnibus Law’, Ini Sebab Utama

Semua dah tahu tentang tunjuk perasaan mahasiswa di Indonesia baru-baru ni yang penuh dengan kontroversi dan hari ini masuk hari ke tiga demontrasi bagi membantah Undang-Undang Cipta Kerja atau lebih dikenali sebagai Omnibus Law yang didakwa sebagai ancaman kepada hak pekerja.

Ditengah dunia sibuk melawan pandemik muat Covid19, lebih 5,000 mahasiswa dari 300 universiti seluruh Indonesia telah melakukan protes membantah unduang-undang ini.
Undang-Undang Cipta Kerja tersebut yang diluluskan tiga hari lebih awal iaitu pada Isnin lalu berbanding tempoh yang ditetapkan pentadbiran Presiden Jokowi. Yang lebih memburukkan keadaan, Gabungan Kesatuan Pekerja Indonesia mendedahkan mereka akan mogok selama tiga hari selepas hampir sejuta pekerja meninggal kilang untuk menyertai tunjuk perasaan tersebut.

Protes besar-besaran ini turut berjalan di medium media sosial selain daripada protes secara aman yang dilakukan di lebih enam buah bandar di seluruh Indonesia.
Omnibus Law
Istilah ini pertama kali muncul dalam pidato pertama Jokowi seleas dilantik sebagai Presiden Indonesia buat kali kedua. Dalam pidatonya, Jokowi menyebut mengenai konsep undang-undang yang disebut sebagai omnibus law.

Omnibus Law menggunakan konsep yang secara formalnya menggabungkan beberapa pindaan peraturan menjadi satu bentuk undang-undang baru yang lebih tepat pada sasaran
Omnibus Law Cipta Kerja
Konsep Omnibus Law yang diperkenalkan Jokowi di Indonesia lebih banyak berkait dengan bidang pekerjaan. Ada dua yang dicadangkan pemerintah iaitu Penciptaan Pekerjaan dan Perpajakan.
Beri Kesan Pada Buruh
Undang-undang tersebut didakwa boleh menarik pelabur asing sebagai kunci untuk meningkatkan daya saing ekonomi terbesar di Asia Tenggara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Namun, Undang-undang baharu yang diluluskan Parlimen Indonesia ini dikatakan hampir 70% daripada tidak melindungi hak pekerja dan melonggarkan peraturan alam sekitar yang akan menyebabkan beberapa masalah kepada pekerja buruh, antaranya:
1. Kontrak tanpa batas
Undang-undang Omnibus Law di Indonesia ini menghapus peraturan mengenai jangka waktu perjanjian kerja atau pekerja kontrak. Segala perkara mengenai jenis pekerjaan, tempoh waktu bekerja, kontrak pekerjaan semuanya akan diatur dibawah peraturan kerajaan.
Jika sebelum ini, Undang-Undang Tenaga Kerja menetakan bahawa kontrak perjanjian pekerjaan paling lama adalah dua tahun dan boleh dipanjangkan sekali maksimum setahun. Namun dengan adanya peruntukan baru ini, ianya memberi peluang kepada majikan untuk mengekalkan status pekerja kontrak untuk selama-lamanya yang mana ianya jelas memberikan kelebihan kepada pihak majikan dan menjejaskan pekerja.
2. Hari cuti dipendekkan
Pekerja yang sebelum ini menikmati hari cuti dua hari seminggu terpaksa menikmati hanya sehari waktu cuti dan enam hari waktu bekerja.
Malah dalam undang-undang baru ini juga menyebabkan syarikat ‘hilang kuasa’ untuk memberikan rehat panjang dua bulan kepada pekerja yang telah bekerja selama enam tahun berturut-turut dan berlaku setiap gandaan selama enam tahun masa kerja.
Dalam pada itu juga cuti tahunan paling sedikit diberi adalah 12 hari selepas pekerja terus bekerja selama 12 bulan selain daripada tempoh kerja lebih masa yang dibenarkan cuma empat jam sehari membawa kepada 18 jam seminggu.

3. Hak menamatkan kontrak pekerjaan
Dalam undang-undang ini, hak pekerja untuk menamatkan kontrak pekerjaan dihapuskan sekiranya pekerja merasakan mereka dianiaya majikan.
Secara ringkasnya, pekerja hanya boleh memohon untuk menamatkan kontrak mereka dengan mengadu kepada lembaga buruh jika majikan menganiaya, menghina secara kasar, memberikan ancaman dan lewat membayar gaji selama tiga bulan berturut.
Jika majikan terbukti bersalah, maka pekerja akan menerima wang pampasan dua kali ganda dan beberapa wang penghargan lain termasuklah wang penggantian hak yang teraniaya.
Jika majikan dibuktikan tidak bersalah, maka pekerja tadi tidak akan menerima apa-apa pun wang pampasan.
4. Gaji
Selain daripada tiga di atas, undang-undang ini telah menyebabkan berlakunya perubahan pada gaji minimum sektoral yang mana akan lebih memihak kepada gabenor wilayah – gaji pemberhentian adalah sehingga gaji maksimum 19 bulan, bergantung kepada berapa lama pekerja itu bekerja. Berbanding sebelum ini, tempoh maksimumnya ialah 32 bulan.
Protes-protes yang menyasarkan beberapa kawasan utama termasuklah Istana Presiden dan Kompleks Dewan Perwakolan Rakyat di Jakarta Pusat.
Namun, ini bukanlah kali pertama protes dan rusuhan yang dilakukan oleh mahasiswa disana, jadi marilah kita doakan yang terbaik untuk negara jiran kita ini.
Sumber: Sinar Harian, Insight Talenta, Kompas, BBC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

