Sekali lagi, dunia hiburan kecoh setelah imej Justin Bieber yang memakai selendang atau skaf persis wanita beragama Islam semasa konsertnya di Utah, Amerika Syarikat pada 6 November lalu telah lantas mengundang kontroversi. Justin dikatakan tidak sensitif dan mempersendakan agama Islam.
Justin Bieber timbulkan kontroversi selepas tampil berhijab di konsertnya baru-baru ini. Foto Via Middle East
Menurut laporan Middle East, penyanyi tersebut teruk dikritik selepas tersebarnya gambar dan video ‘bertudung’ semasa menyanyi.
Tampil memakai pakaian serba putih iaitu seluar dengan t-shirt bersaiz besar dan dipadankan dengan tudung di kepalanya bersama-sama dengan cermin mata hitam, ia nyata kelihatan pelik, aneh dan sedikit provokatif terhadap penganut agama yang menjadikan imej bertudung atau berhijab sebagai satu kewajiban.
Ads
Gambar itu kemudiannya dikongsikan oleh peminat di laman media sosial dan mendapat pelbagai reaksi meluas. Ada mengecam dan masih ramai juga yang memuji kerana merasakan ia bergaya disamping memuji ‘tudung’ tersebut terletak cantik dan kemas.
Penrgorbanan seorang anak yang sanggup berulang alik sejauh 160 km sehari dari Kajang menuju ke tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah setiap hari kerana mahu menjaga ibunya yang sudah uzur berakhir dengan penuh kesyahduan dan kesedihan buat seluruh ahli keluarganya. Allahyarham Naim Zafri, 26 tahun yang maut dalam kemalangan dua buah kereta awal pagi tadi bermilih berkorban menjaga ibunya kerana dirinya selepas bapanya meninggal dunia
“Jasa arwah adik menjaga ibu akan kami kenang selamanya dan kami reda atas pemergiannya, ALLAH SWT lebih sayangkan adik,” kata Mohd Fahmi Che Yusoff, 33, ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, semalam.
Mohd Fahmi adalah anak keempat dari enam beradik, abang kepada mangsa, Naim Zafri, 26, terbabit dalam kemalangan maut pada jam 5.50 pagi di Kilometer 21 Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Ulu Bendul di sini.
Menurutnya, Naim Zafri adalah seorang doktor pelatih di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) kerap berulang-alik dari Kuala Pilah ke Kajang untuk menjaga ibunya yang kini tinggal sendirian.
“Sebelum ini arwah tinggal di rumah sewa di Kuala Pilah tapi selepas ayah meninggal Julai tahun lalu arwah terpaksa berulang alik sebab kesian dengan keadaan ibu tinggal seorang diri.
“Kami adik-beradik memang selalu nasihatkan dia, tidak terlalu kerap berulang alik bimbang akan keselamatannya, tambahan pula bebanan kerja yang perlu diharungi setiap hari,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah menyatakan kebimbangan atas keselamatan anak bongsu itu sebelum dijemput Ilahi dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Kami pun boleh jenguk ibu tetapi dia tetap bertegas untuk menemani ibu, memandangkan dirinya masih bujang serta tiada komitmen lain.
“Arwah seorang adik dan anak yang baik, selalu mengutamakan ibu dan ahli keluarga. Kehilangannya pasti amat dirasai tambahan pula tidak lama lagi hendak sambut Ramadan dan Aidilfitri” katanya.
Menurut Mohd Fahmi, meskipun berasa amat sedih atas kehilangan adiknya itu namun mereka sekeluarga reda.
“Insya-ALLAH, jenazah adik di bawa ke Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang untuk dikebumikan selepas solat Asar,” katanya.
Tersepit 20 minit
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, seramai sembilan anggota dan sebuah jentera serta EMRS bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan jam 5.57 pagi.
“Setibanya di lokasi, kami dapati mangsa tersepit di antara bahagian tempat duduk pemandu dan stereng kereta sehinggakan kami terpaksa memotong pintu pemandu dan ‘dashboard’ kereta menggunakan peralatan khas dan bomba mengambil masa 20 minit untuk keluarkan mangsa.
“Pegawai perubatan sahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya ,” katanya.
Eva Saifun berkata, mangsa lain turut terlibat yang menaiki kereta Exora dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke HTAN.
Dua kereta bertembung
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu Naim Zafri dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki Muhammad Azim Kamaru-zaman, 26.
“Mangsa (Naim Zafri) dipercayai memandu dari arah Seremban menghala Kuala Pilah sebelum bertembung kereta dipandu Muham-mad Azim beralamat Taman Jemapoh Murni Kuala Pilah.
“Pertembungan itu mengakibatkan Naim Zafri maut di lokasi kejadian dipercayai parah di kepala dan patah kedua-dua tangan serta kaki manakala Muhammad Azim yang luka di dahi dan anggota badan dibawa ke HTAN untuk menerima rawatan selanjutnya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke HTAN untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pertembungan kereta itu di tengah-tengah jalan hingga mengakibatkan kesesakan sepanjang tiga kilometer,” katanya.
Apa akan jadi bila dua musuh ketat terpaksa bekerjasama untuk sama-sama melawan musuh yang cuba menghapuskan mereka berdua?
Yang pasti, itulah plot untuk filem The Angry Bird Movie 2 yang bakal ditayangkan di pawagam pada hujung Ogos ini.
Of course lah filem kali ini masih mengisahkan tentang Red dan rakan-rakan serta mush ketatnya iaitu khinzir hijau dari Piggy Island. Mereka masih lagi bergaduh sesama mereka.
Namun, apabila muncul musuh baru iaitu burung-burung dari pulau ketiga iaitu Eagle Island yang diketuai oleh burung helang bernama Zeta. Semuanya bermula apabila Zeta mula muak dan menyampah dengan pergaduhan antara Red dan khinzir hijau.
Itu membuatkan dia mengugut untuk menghancurkan kedua-dua pulau tersebut. Susulan itu, Red dan khinzir hijau tahu bahawa mereka perlu bekerja sama untuk menewaskan musuh kali ini.
Dibintangi para pelakon seperti Jason Sudeikis, Josh Gad, Leslie Jones, Bill Hader, Rachel Bloom, Awkwafina, Sterling .Brown dan ramai lagi, Remaja nak berikan sepasang tiket percuma ke tayangan Perdana The Angry Bird Movie 2 dengan hanya menjawab soalan mudah!
Tarikh: 27 Ogos 2019 (Selasa)
Masa: 9.00PM
Tempat: GSC One Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum pun reda isu mengenai ‘Kak Long 7E’ atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura yang dijemput sebagai tetamu dalam program terbitan Al-Hijrah, terbaru wanita tersebut dikatakan sekali lagi telah mencetuskan kontroversi.
‘Kak Long 7E’ di Tv Al-Hijrah
Menerusi sebuah video yang tular di laman Facebook, dia sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna media sosial hari ini apabila rakaman siaran langsung atau live Facebook yang memaparkan tindakannya seolah-olah mengajuk cara berjalan seorang orang kelainan upaya (OKU).
Sumber : Facebook
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontarkan oleh orang ramai sambil berjalan senget berserta melakukan riak wajah yang pelik.
Sehubungan itu, ramai yang mula mengecam tindakannya dan menganggap sebagai biadab kerana terlalu taksub mengejar populariti sehingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.
Video yang berdurasi 30 saat itu bukan sahaja telah ditonton oleh ribuan penonton malah turut dihujani dengan pelbagai komen yang mengecam tindakannya. Malah, ada yang berpendapat bahawa Baizura masih belum insaf dengan kejadian sebelum ini berikutan memuatnaik video seperti itu.
Namun tinjuan di laman Facebooknya, Kak Long menafikan dakwaan tersebut dan memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauanya menerusi Facebook peribadinya.
Menurut wanita ini, dia tiada niat untuk menghina golongan OKU dan mengakui video yang dibuatnya itu hanyalah sekadar gurauan.
Tak cukup dengan itu, Kak Long turut meminta maaf atas ketelanjurannya itu dan berjanji tidak akan buat perkara seperti itu lagi.
Tak cukup dengan itu, Kak Long turut akui kecaman yang diterimanya ini sangat memberikan dia tekanan dan merasakan orang ramai gemar mencari kesalahannya.
Demi Allah saya takdak persendakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat. Saya tak hina OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Bakpe cari silap saya sokmo.”
Wanita ini juga turut meminta maaf secara terbuka kepada golongan OKU sekiranya pihak mereka terasa dengan video yang dibuatnya itu.
Hmm…kita doa yang baik-baik jela.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.