Rasanya berapa tahun bagi graduan baru bekerja dapat mengumpulkan RM171,500 untuk membeli satu topeng muka emas jika gaji permulaan sekitar RM2000? Itu belum lagi menolak komitmen lain seperti hutang kereta, sewa rumah, makan dan lain lagi. Jawapannya tunggu lagi beberapa 10 tahun akan datang baru dapat kumpul jumlah tersebut.
Mungkin merasakan topeng muka diperbuat dari emas, seorang lelaki di India sanggup menghabiskan AS$40,000 (RM171,500) untuk topeng muka khas bagi melindunginya daripada koronavirus (Covid-19).
Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune, topeng bersalut 60 gram emas itu mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan.
Ads
“Ia ialah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas. Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkitan Covid-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain,” ujarnya.
Ads
Jelas Kurhada, dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya mencecah sehingga satu kilogram.
Ads
“Saya mendapat idea selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak. Orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka di pasar,” ujarnya.
Ketika ini, India telah mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam sebagai usaha untuk membendung penularan Covid-19 yang telah mencatatkan kira-kira 650,000 kes jangkitan dan lebih 18,600 kematian. – AFP / Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu masalah mental Skizofenia bukanlah benda asing yang kita dengar. Semalam satu Malaysia dikejutkan dengan kejadian yang cukup tragis apabila sanggup membunuh kedua ibu bapanya.
Gambar : Utusan
Hal ini berlaku selepas keluarga ini berbincang tentang hal keagamaan dan ketuhanan membawa kepada malapetaka. Secara tiba-tiba seorang penganggur berusia 31 dipercayai membunuh ibu bapanya, Mohammad Maasai, 68, dan Zailan Zainudin, 64, di rumah mereka di Kampung Kemahang Hulu. Pahang.
Hasil siasatan polis mendapati pada mulanya suspek duduk bersama bapanya ‘berborak’ tentang hal ilmu agama dan ketuhanan.
“Kemudian suspek nampak mata bapanya bertukar menjadi ‘hitam’ dan seakan-akan hendak menyerangnya. Supek kemudian masuk ke dalam biliknya dan mengambil parang lalu menetak bapanya sehingga warga emas itu menjerit berkali-kali dengan sebutan “dah … dah … dah …” dan berlakulah pergelutan kedua beranak berkenaan.
“Ibu suspek yang nampak pergelutan itu datang untuk membantu suaminya, tetapi turut diserang dengan tetakan serta tikaman di bahagian leher dan kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Apa itu penyakit Skizofrenia
Skizofrenia merupakan gangguan jiwa yang mempengaruhi fungsi otak manusia, fungsi normal kognitif, emosional, dan tingkah laku. Pesakit gangguan skizofrenia biasanya akan kehilangan respons emosional, menarik diri dari pergaulan, dan mengalami halusinasi serta delusi.
Merupakan penyakit mental yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan satu sel kimia dalam otak (dopamine).
Ia adalah suatu gangguan psikosis fungsional berupa gangguan mental secara berulang dengan gejala-gejala psikotik seperti kemunduran fungsi sosial, fungsi kerja dan perawatan diri. Penghidap penyakit ini kemungkinan dapat melihat, mendengar dan merasa akan tetapi apa yang yang didengari,dilihat dan dirasa itu bukanlah sesuatu yang wujud di alam nyata. Ia dianggap benar oleh si penghidap sehingga ia boleh mempengaruhi tingkah laku si penghidap.
Penyakit ini wujud sejak beratus tahun namun ianya dikesan sebagai penyakit mental pada tahun 1887 oleh Dr Emelin Kreaplin.
Kesan penyakit ini akan mempengaruhi proses pemikiran pesakit. Penyakit ini diperoleh melalui perubahan persekitaran sekeliling seperti tekanan perasaan, masalah kewangan dan lain-lain.
Penyakit Mental Skizofrenia
Ada juga yang mengaitkan dengan masalah yang datang dari genetik.Ia juga bermula dari kemurungan sehingga boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Menurut Professor Bersekutu Psikiatari, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Ng Chong Guan, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit mental dan wanita adalah yang paling tinggi peratusannya mendapat penyakit ini daripada lelaki.
Penyakit ini biasanya bermula pada lewat remaja dan awal dewasa iaitu semasa fasa yang paling kritikal dalam kitaran hidup seseorang individu. Katanya, dalam masa 10 tahun, peratusan yang akan mendapat penyakit ini akan meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun.
Orang dengan gangguan skizofrenia mempunyai sekurang-kurangnya satu dari gejala-gejala berikut:
1. Halusinasi. Pesakit mendengar suara manusia atau suara lain yang sebenarnya tidak nyata, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
2. Delusi. Pesakit mempercayai sesuatu yang tidak nyata; menginterpretasikan dunia yang berbeza dengan kenyataan.
3. Tidak bersemangat.
4. Tabiat tidak merawat diri dengan baik.
Skizofrenia boleh dirawat
Skizofrenia tidak dapat dirawat dengan satu jenis rawatan sahaja. Ia memerlukan gabungan rawatan yang meliputi aspek-aspek seperti:
Psikoterapi – Rawatan psikologi bertujuan untuk memberi sokongan emosional kepada pesakit.
Farmakologi – Penggunaan ubat-ubatan bagi memulihkan ketidakseimbangan biokimia di bahagian otak serta mengurangkan gejala penyakit.
Psikososial – Penglibatan pesakit dalam pelbagai aktiviti seperti psycho-education membantu pesakit sedar bahawa rawatan dan pemulihan bukan hanya bergantung kepada ubat atau psikoterapi, tetapi persekitaran turut mempengaruhinya.
Justeru, penyakit ini adalah cabang dari penyakit mental dan ia adalah penyakit yang amat yang memerlukan perhatian ramai. Diharapkan, masyarakat dapat menerima kehadiran dan membuang stigma yang memandang serong terhadap pesakit mental.
Ha, ada yang mengalami simptom-simptom seperti ini tak? Nah, kalau ada pun korang tetap kena pergi berjumpa dengan doktor dulu untuk mengesahkannya.
Kes positif COVID-19 belum lagi menunjukkan penurunan drastik, namun negara kita sudah pun beralih ke fasa endemik, di mana masyarakat telah menjalani kehidupan seperti biasa tetapi dengan berlandaskan peraturan SOP.
Setelah hampir dua tahun bulan puasa tidak dimeriahkan dengan kewujudan bazar Ramadan, tahun ini Alhamdulillah semua peniaga boleh berniaga seperti biasa. Namun ia tidak bermakna mereka boleh melakukan sewenang-wenangnya, terdapat arahan SOP yang perlu diikuti.
Salah satu inisiatif yang telah dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ialah memperkenalkan sistem ‘headcount’ pengunjung ke bazar Ramadan menggunakan infra merah di dua lokasi bazar bagi memantau pematuhan SOP kawalan COVID-19. Sistem tersebut digunakan di tapak bazar di SS 6/1, Kelana Jaya dan Seksyen 4, Kota Damansara.
Pihak MBPJ mewujudkan sistem ‘headcount’ dengan penggunaan fungsi infra merah bagi memastikan jumlah pengunjung terkawal, yang mana tidak lebih dua orang dibenarkan di setiap petak peniaga dalam satu masa. Jika pihak MBPJ menyediakan 30 petak di sesuatu lokasi itu, jumlah pengunjung dibenarkan masuk hanya seramai 60 orang pada satu-satu masa.
Sistem ini secara automatik akan mengira bilangan pengunjung yang masuk dan keluar secara masa-nyata dan memaparkan ia pada skrin khusus. Jadi, korang boleh melihat terlebih dahulu berapa orang yang memasuki bazar Ramadan tersebut.
Bagus juga cara ini, secara tidak langsung kita dapat tahu sama ada bazar Ramadan itu terlalu sesak atau tidak. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pernah dengar tentang SSPN -i atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional tak? Bagi korang yang nak dapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ketika mendapat tawaran belajar di Politeknik, IPTA atau IPTS antara disyaratkan ialah wajib mempunyai akaun SSPN – I dengan simpanan minimum seperti mana ditetapkan oleh PTPTN.
So kiranya, akaun ini antara perkara penting yang perlu ada sebelum korang membuat pinjaman pelajaran dengan PTPTN dan skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar.
Selain SSPN I, ada juga SSPN i Plus iaitu skim simpanan dan juga takaful yang ramai tak tahu manfaaatnya.
Perancangan menyimpan di SSPN i Plus ini boleh dilakukan ketika anak masih kecil
Baca perkongsian dari fb Natasya Syakina mengenai kisah seorang isteri yang masih punya anak kecil namun kematian suami berusia 31 tahun.
Dalam perkongsiannya Natasya atau mesra disapa Tasya berkata dia sempat menyantuni wanita ini. Namun seakan sudah sudah tertulis rezeki wanita ini apabila arwah suaminya ada membuka akaun SSPN I Plus dengan membayar hanya RM30 sebulan untuk anak-anaknya dan bila berlaku kematian tidak terduga, manfaat takaful diperoleh suaminya adalah sebanyak RM80,000 untuk dua anaknya yang masih kecil. Itulah kata orang rezeki tak terdugakan. Di sebalik kesedihan, Allah hadirkan rezeki untuk besarkan anak-anak dengan wang tersebut.
Baca perkongsian yang telah mendapat perkongsian ribuan ini di media sosial sejak semalam.
Hari nie Tasya duty kaunter. Petangi ni rasa sebak sangat. Rasa macam nak kongsi feeling sedih tu sama dan dalam masa yang sama kita kena bersyukur apa yang kita ada sekarang nie
Ya Allah, masa Tasya jaga kaunter petang tadi Tasya dapat 3 orang kes kematian suami
Sedih sangat tengok dia dengan anak anak . Ada yang sorang tu muda lagi anak 3 orang . Yang bongsu anak baru 3 bulan.
Allah! Jaga-jaga pergi belakang sat. Lap air mata sedih weh. Terbayang anak-anak hat masih kecik tu. Macam mana ibu dia nak besaqkan anak dia. Dalam kes kematian tu, ada 2 kes kematian disebabkan jantung dan satu lagi kematian disebabkan kemalangan
Cita dia macam nie. Akak nie nak mai check PTPTN dia nak bayar habis guna KWSP. Dalam masa yang sama, dia nak check hutang suami dia. Masa check tu, alhamdulilah arwah dah selesai hutang semua. Nak di jadikan cerita, akak nie dia nak tanya pasal SSPN I Plus dibuat suaminya sebelum meninggal. Katanya dulu suami dia ada cakap nak bukak akaun SSPN kat anak.
Ini manfaat diperoleh pembuka akaun SSPN i Plus yang ramai tak tahu. Bayaran ikut pakej, bermula serendah RM30 di mana RM20 untuk simpanan dan RM10 untuk takaful insuran
So dia nak datang check laa kot-kot suami ada bukak ke tak. Dia tak pasti sama ada suami dia dah buka akaun belum kat anak dia. Tengok laa ic. Dalam bagi IC, tengok muda lagi arwah baru 33. Bila semak je IC, tengok ada suami dia bukak akaun kat anak dia.
Suami dia pulak tak bagi tau kata dah buka. Cuma kata nak buka je dulu. Lepas tu, Tasya cakap laa, puan suami puan bukak ni ada insuran puan. Kematian disebabkan kemalangan sorang anak dapat RM 40,000. Dua anak dah RM 80,000
Dia pun tak sangka yang suami dia bukak akaun tu dan dapat sebanyak tu. Suami hanya bayar sorang anak pakej RM30 ringgit ja dengan RM20 masuk saving dan RM10 lagi, potion insuran.
Insuran ni, kadang kita tengok macam tak pentingkan sebab ada sesetengah mahal nak beli luar. Tapi dengan SSPN i Plus nie, dengan simpanan hanya seringgit sehari, mampu untuk anak-anak bini dia teruskan dari segi kehidupan tanpa ayah. Kalau anak esok nak masuk u ke apa.
Tuu jaa nak share sebab tak ramai yang tau pasal SSPN i Plus nie . Kalau orang yang tak mampu beli insuran mahal- mahal, bukak i Plus pun tak pa. Anak nak masuk U nanti tak payah susah-susah pinjam PTPTN.
Guna simpanan yang duk simpan tu. Sekian dari ibu qisya😢