Sememangnya penantian yang telah ditunggu lama oleh para peminat filem genre seram tanah air, Lembayung kini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara selepas meraih sambutan hangat di Indonesia.
Karya ini merupakan debut pertama arahan Baim Wong sebagai pengarah dan menariknya, Lembayung kini disenaraikan sebagai salah satu filem lokal terlaris Indonesia pada tahun 2024.
Meh kami kongsikan dengan anda beberapa fakta menarik mengenai filem Lembayung!
PENAMPILAN MEMUASKAN SETIAP WATAK
Teraju utama filem ini, Anna Jobling sememangnya layak untuk diberikan tepukan gemuruh. Bekas Dewi Remaja 2018/2019 itu turut mendapat pujian kerana mampu memerankan watak hantu dengan baik sehingga membuatkan ramai penonton ngeri dengan setiap babak yang ditunjukkan.
Selain itu, bintang utama yang turut membarisi seperti Yasamin Jasem sebagai Arum dan Taskya Namya sebagai Pica juga berjaya membuatkan karakter mereka sangat hidup di layar panggung. Terutamanya Yasamin dalam menunjukkan kemampuan lakonannya dalam menyampaikan ketegangan dan ketakutan yang dialami Arum sebagai mangsa gangguan seksual.
Tidak lupa juga, peranan Arya Saloka berhasil membawakan segala ‘plot-twist’ menerusi Lembayung dan menghadirkan sisi psikopat walaupun ini merupakan pertama kali beliau mendapat watak dalam filem seram.
Ads
ADAPTASI KISAH NYATA
Menurut Baim Wong, filem Lembayung sebenarnya diadaptasi dari kisah benar tau tapi nama klinik dirahsiakan bagi menjaga privasi.
Kisah ini juga tular media sosial dan ia mengisahkan tentang kisah mistik yang dialami oleh dua orang pelajar fakulti perubatan, semasa menjalani praktikal di sebuah klinik yang bernama Lembayung.
Semenjak kehadiran pesakit wanita yang mengerikan, mereka berdua sering diganggu hingga salah seorang dari mereka dirasuk secara brutal.
Ads
“Saya ada berjumpa pencerita sebenar yang alami kejadian ini dan untuk filem ada dalam 50-60% cerita asal dimasukkan,” ujar Baim Wong.
‘GANTUNG’ 8 JAM
Anna Jobling juga sempat berkongsi bagaimana proses dan ‘moment’ semasa di set penggambaran, dimana ketika dirinya melakukan babak ‘tergantung’ hampir selama 8 jam. Menurut Anna, dia amat bersyukur ketika diberikan peluang untuk menerajui salah satu filem seram Indonesia dan hanya melakukan yang terbaik.
“Untuk babak merangkak itu, sebelum mula penggambaran saya cuba practice banyak kali dan rekod untuk lihat jadi ke tidak macam hantu. Saya tak nak kalau merangkak itu nampak ala kadar dan tak seram,” jelasnya.
Ads
ISU GANGGUAN SEKSUAL
Antara kritikan utama terhadap filem ini adalah gambaran isu gangguan seksual yang dipertonton tanpa memberi sebarang trigger warning. Walau bagaimanapun, terdapat mesej moral yang mesej moral yang ingin disampaikan, kerana isu ini juga penting untuk menyedari bahawa kesedaran mengenai kes-kes gangguan seksual sangat relevan pada masa kini.
Nah! Itu dia beberapa fakta menarik mengenai Lembayung. Bagi anda penggemar filem bergenre seram, memang sesuai sangat ajak kawan-kawan lain untuk tonton sebab ia bakal mengerikan seluruh pawagam bermula 5 Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa, kerajaan pula sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.
Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua, kuat kuasa undang-undang lebih tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah memberitahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan kompaun RM1,000 kepada mereka yang ingkar mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324).
Bermula hari ini, kompaun berkenaan akan dikeluarkan kepada pesalah PKP mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan. Sekiranya pesalah enggan membayar kompaun berkenaan mereka boleh meminta untuk dibicarakan.
25 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PKP yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac lalu dilanjutkan sehingga 14 April ini bagi memastikan jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia dapat diputuskan.
Merangkumi enam perkara iaitu:
Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara.
Sekatan menyeluruh semua perjalananrakyat Malaysia ke luar negara.
Sekatan kemasukan semua pelancongdan pelawat asing ke dalam negara.
Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.
Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT).
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services).
Tempoh perintah ini hanya akan tamat apabila kerajaan percaya jangkitan COVID-19 sudah dapat diputuskan daripada menular di Malaysia, dan selagi tahap peratusan kepatuhan rakyat masih rendah maka tidak mustahil ini akan dilanjutkan sehingga ke satu masa lagi, yang mana akan ditentukan pada Jumaat (10 April) ini.
Ha kalau degil sangat pergi la langgar PKP. Tapi nanti kena kompaun jangan menyesal pula.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial sekali lagi apabila berkongsi komitmennya dalam menyiapkan rakaman video resipi bersempena bulan Ramadan akan datang, meskipun kini sibuk menguruskan perniagaan restorannya, Rembayung.
Perkongsian yang baru sahaja dimuat naik menerusi platform Threads oleh Khairul Aming atau pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, sekaligus menjawab persoalan netizen yang tertanya-tanya mengenai kelangsungan siri video ‘30 hari 30 resipi’ yang sinonim dengan beliau setiap kali menjelang Ramadan.
Kredit foto: Threads Khairul Aming
View on Threads
Menerusi hantaran berkenaan, beliau memaklumkan proses rakaman video tersebut mengambil masa yang panjang dan memerlukan komitmen tinggi daripada dirinya serta pasukan produksi.
“Dari 2 petang sampai 4 pagi shooting video puasa. 14 jam baru settle. Banyak lauk lebih ni. Siapa nak sahur jemput datang,” tulis jejaka yang kini berusia 34 tahun itu.
Menurut beliau, sesi penggambaran yang bermula seawal jam dua petang itu hanya selesai pada jam empat pagi keesokan harinya, menjadikan tempoh rakaman hampir 14 jam tanpa henti.
Walaupun berdepan jadual padat sebagai pengusaha restoran, Khairul Aming bagaimanapun tetap memastikan kandungan video Ramadan dapat dihasilkan seperti kebiasaan, demi memenuhi jangkaan pengikut setianya.
Sementara itu, perkongsian tersebut nyata menerima reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya memuji dedikasi serta disiplin beliau dalam mengekalkan kualiti kandungan sepanjang bulan puasa.
Untuk rekod, Khairul Aming dikenali sebagai antara pencipta kandungan tempatan yang konsisten menghasilkan video resipi sepanjang Ramadan, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan berjaya dan figura berpengaruh dalam dunia digital.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.