Dalam kita mengeluh dengan kerja harian kita yang kita rasakan dah cukup susah, rupanya masih ramai di luar sana yang bertungkus lumus mencari rezeki tanpa kenal erti penat dan lelah.
Dalam satu perkongsian oleh Steven Sim Chee Keong di laman facebooknya, dia telah bertemu dengan seorang penghantar Food Panda yang mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi, walaupun ketika berpuasa.
Menurut ahli parlimen Bukit Mertajam dalam hantaran di laman Facebooknya,
Hari ini Ramadan pertama.
Saya ditemukan dengan seorang rider food panda yang menginsafkan saya tentang nilai sebuah kehidupan. Adik Mohamad mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi, walaupun ketika berpuasa.
Ads
Apabila saya bertanya kepadanya, mengapa dia berbasikal dan tidak menunggang motorsikal seperti yang lain; dia jawab, dia tidak ada motorsikal.
Basikal pun dipinjam daripada kawan, itupun seat dia dan banyak yang dah rosak. Tapi demi mencari rezeki, dia redha.
Adik Mohamad berusia 22 tahun, merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk bekerja. Keluarganya tidak kaya tapi mementingkan pendidikan. Ada 10 orang adik beradik. Ayahnya seorang guru agama. Dia sendiri lulusan diploma kejuruteraan Poli, dengan keputusan cemerlang.
Ads
Tapi setakat ini gajinya hanya RM500 sebulan, nak makan pun tak cukup, sewa bilik dia tak bayar, atas ehsan kawannya. Adik Mohamad tidak merungut, malah bersyukur dengan peluang yang ada. Sebaliknya lepas kerja setiap hari, dia pinjam basikal kawan untuk jadi rider food panda. Lepas kerja, rehat satu jam, pi kayuh sampai 11 malam. Dapat RM20-30 sehari, cukup makan beberapa kali. Ada kala, makan nasi lemak tiap-tiap hari sebab nak jimat duit.
Saya tengok kedua-dua belah tangannya pun sudah terbakar dek terik matahari.
Ads
Mata masuk habuk mendengar kisah adik Mohamad.
Perkongsian ahli parlimen Bukit Mertajam ini juga mengundang rasa sedih netizen. Rata-ratanya netizen juga memuji sifat murni beliau membantu golongan muda yang gigih mencari rezeki.
Semoga Mohamad lebih bersemangat untuk menjalankan tugas selepas ini. Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Walaupun tiada kenderaan namun mereka tetap gigih demi mencari rezeki. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan dan alah bisa tegal biasa.
Selepas tujuh minggu tidak berpeluang menunaikan solat fardu Jumaat, hari ini Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam mesyuarat pagi tadi, 8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadhan 1441H, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Garis panduan ini disediakan bagi penelitian para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik MKI sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, sebagaimana amalan kebiasaan, resolusi muzakarah ini akan di bawa kepada Majlis Raja-Raja sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri. Hal ini jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak beraja.
“Buat masa ini, saya menyeru seluruh umat Islam untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang. Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah membuka mulut mengenai isu adegan panas bagi drama Perempuan Itu yang tular di media sosial sejak Jumaat malam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh TV3 lewat malam tadi menerusi akaun media sosialnya, ia memandang serius akan kontroversi yang tercetus ini dan mengambil berat akan suara serta pandangan masyarakat yang terkejut dengan klip acah (teaser) drama itu setelah ia dimuat naik oleh salah seorang pelakonnya, Zul Ariffin.
“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi.
“Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).”
Tambah mereka lagi, stesen televisyen itu juga selalu mengingatkan semua pihak meliputi produksi dan para pelakon supaya lebih peka kepada tindak-tinduk yang dilakukan.
“Mereka yang terbabit itu perlu menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya,” catat mereka.
Menerusi ruangan komen, warganet menyokong kenyataan yang dikeluarkan itu dan berharap agar tindakan serius dikenakan kepada pihak berwajib kerana telah merendahkan martabat karya seni tempatan dengan melanggar norma sensitiviti masyarakat di Malaysia.
Adakah drama Perempuan Itu masih akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini mengikut perancangan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Desas-desus tentang status halal produk makanan di FamilyMart telah pun terjawab kerana kedai tersebut kini sudah didaftarkan halal, susulan pengendali dapur pusat khusu untuk kedai serbaneka itu berpengkalan di Jepun.
QL Kitchen Sdn Bhd telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan akan meningkatkan tahap keyakinan pelanggan Islam untuk membeli makanan-makanan seperti onigiri, bento, sandwich dan produk bakeri serta soft ice cream yang dijual di kedai tersebut.
Kami pasti ramai yang menarik nafas lega apabila mendengar berita ini. Mana tidaknya, kesemua makanan yang dijual memang sangat menyelerakan dan rasanya juga tidak mengecewakan. Kalau rasa rindu nak makan snek dari Korea, FamilyMart inilah yang diserbu terlebih dahulu. Hiks!
Jadi selepas ini, tidak ada lagi rasa was-was tentang isu halal atau tak, korang boleh terus ‘membeli-belah’ di FamilyMart tanpa ragu-ragu. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!