Berapa Kerap Kena Tukar Berus Gigi? Doktor Ini Beri Penjelasan Tentang Kebersihan Mulut

Share

Berus gigi digunakan sebagai alat penjagaan kesihatan mulut dan sejak kecil lagi, kita sudah didik untuk menjaga kebersihatan gigi. Pemilihan berus gigi yang sesuai adalah penting bagi memastikan ia selesa diguna, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan.

Namun begitu, tahukah korang berus gigi kalau tidak ditukar dan tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan korang sakit seperti demam, batuk selesema, jangkitan mulut, kulat dan sebagainya?

Gambar hiasan

Berus gigi yang tidak dijaga dengan baik adalah tempat yang disukai oleh kuman. Berus gigi rosak juga boleh menyebabkan gigi tidak dicuci dengan baik dan boleh menyebabkan luka.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk kita menukar berus gigi?

Seorang doktor gigi yang dikenali sebagai @doktorgiginajib

pernah berkongsi informasi ini di laman Twitternya. Jelasnya, kita harus menukar berus gigi setiap tiga bulan sekali atau sebaik sahaja melihat berus gigi itu dah tak rupa macam berus gigi. Hiks!

Korang juga digalakkan untuk meletakkan berus gigi di tempat yang kering, dalam kedudukan menegak supaya ia terdedah dan mudah kering. Elakkan meletakkan berus gigi di tempat lembab seperti sebelah sinki dan sentiasa keringkan cawan pemegang berus gigi.

Gambar hiasan

Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan untuk korang dan selepas ini boleh amalkan menukar berus gigi bagi setiap tiga bulan. Walaupun berus gigi itu masih nampak elok dan sempurna, ikut sahaja saranan doktor gigi ini bagi memastikan kesihatan gigi korang terjamin.

Sumber: (1), (2)

IKLAN