Tindakan pelakon Ben Amir memuat naik gambar di Instagram bersama seekor anjing telah mendapat perhatian warganet, baru-baru ini. Malah, gambar turut memegang anjing menjadi titipan kurang senang daripada warga maya.

Terbaharu, Ben memberi respon kepada semua pihak sekiranya ada yang tersinggung dengan tindakannya memegang anjing itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BenAmirr (@benamirr)

Ben Amir yang kini sedang dalam pengembaraan mendaki ke Everest Base Camp di Nepal menjelaskan bahawa anjing itu sebenarnya haiwan ‘penjaga’ yang menemaninya sepanjang perjalanan.

Ads

“Di sini ada snow leopard (harimau bintang) tahu tak? Aku sayang dia sebab jaga kami tetapi kau (netizen) sibuk nak haramkan macam tiada otak.” ujar beliau

Ujar pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin,34, ini lagi, anjing tersebut menjaga mereka daripada binatang buas seperti harimau kumbang.

Ads

“Anjing ini menemani kami sejak hari pertama. Melindungi dan bantu bagi memastikan setiap laluan selamat daripada haiwan pemangsa. Kalau anda tak suka anjing kita tidak boleh berkawan.” tambahnya lagi.

Terdahulu, Ben pada Isnin lalu memberitahu dia bakal mendaki ke Everest Base Camp yang pernah ditawan beberapa selebriti lain seperti Azhan Rani dan Neves Pretty Ugly

Ads

Mujur Ben terangkan kepada netizen, ini bukan kali pertama, binatang peliharaan seperti anjing menimbulkan isu sensitif di kalangan masyarakat negara majoriti Islam seperti Malaysia.

BACA LAGI : 4 Selebriti Indonesia Terus Bela Anjing, Tak Peduli Cercaan Warganet

SUMBER : Instagram

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI