Ben Ali Kongsi Rasa Gembira Lihat Kejayaan Ikmal Amry

Share

Selepas lebih kurang dua tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah akhir, rezeki finalis Hero Remaja 2017 Ikmal Amry semakin mencurah-curah dengan tawaran lakonan yang diterima.

Dari sebuah drama ke satu lagi drama yang lain, Ikmal meluahkan rasa syukur kerana diberikan kepercayaan dan peluang untuk menimba lebih banyak lagi pengalaman bersama dengan individu-individu hebat yang telah lama berkecimpung dalam industri.

“Alhamdulillah, sekarang ni saya sedang menjalani shooting untuk drama Puteri Yang Ditukar sebanyak 80 episod di Astro Prima. Kalau ikutkan jadual shooting sampai bulan Oktober nanti. Jadi sekarang ni saya memang agak busy sikit. Alhamdulillah rezeki,” jelas Ikmal Amry.

Segala penat lelah dan usahanya berbaloi kerana di dalam perkongsian yang telah dibuat oleh teman rapat Ikmal, Ben Ali mengucapkan tahniah buat anak muda ini kerana akhirnya sudah mampu untuk membeli kereta atas titik peluh sendiri.

Sepertinya ia sebuah appreciation post buat Ikmal kerana Ben antara individu yang ada bersamanya sewaktu dia bukan siapa-siapa lagi.

“Ben adalah individu yang banyak menolong saya semenjak saya berpindah ke Kuala Lumpur. Dia juga orang yang memberi sokongan dan menyuruh saya untuk pergi casting Hero Remaja. Dan sekarang saya juga diuruskan oleh absolut management, yang juga dikelola oleh Ben sendiri,”

“Segala urusan dan tawaran kerja yang diperoleh, memang Ben orang yang selalu ada dengan saya. Saya bersyukur kerana mempunyai sebuah team pengurusan yang baik,”

Bercakap tentang ‘kereta baru’, Ikmal tertawa dengan soalan yang kami berikan.

“Ala beli kereta je pun. Tapi saya berterima kasih kepada semua teman-teman dan peminat yang menyokong serta ada juga yang mengucapkan tahniah kepada saya. Tak salah rasanya saya nak berkongsi berita gembira ini kepada semua yang telah menyokong kerjaya saya sebelum ini,”

Persiapan raya

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ikmal Amry akan beraya di kampung halamannya, Melaka. Kalau korang mengikutinya di Instagram, Ikmal memang seorang yang rapat dengan keluarga. Bukan hanya hari raya, dia juga kerap pulang ke kampung untuk melawat kedua ibu bapanya.

“Walaupun busy dengan shooting, tapi semua persiapan untuk keluarga di kampung Alhamdulillah saya sudah persiapkan. Tinggal nak balik kampung je ni. Hehe!”

Apa-apa pun kami juga turut ingin mengucapkan tahniah kepada Ikmal Amry kerana tahun ni balik beraya dengan kereta baru. Hiks! Semoga terus sukses dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari kami.

IKLAN