
Tentera rejim Zionis yang bertindak keja melancarkan serangan ke atas Gaza, Palestin mendapat kutukan daripada seluruh masyarakat Islam dunia.
Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan Israel dengan mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin termasuklah kanak-kanak.
Penuh di ruangan media sosial, masing-masing memuat naik gambar atau video yang memaparkan keganasan Israel dalam menindas umat Islam di Palestin.
Supermodel terkenal dunia, Bella Hadid juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa tidak puas hati dan mempertahankan penduduk Palestin di laman Instagramnya.
Turut sama dilihat adiknya, Gigi Hadid juga memuat naik tentang kekejaman zionis ini di Insta Storynya. Dua-beradik ini mempunyai darah Palestin kerana ayah mereka, Mohamed Hadid dilahirkan di Palestin sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.
BACA: 12 Selebriti Terkenal Dunia Beragama Islam Yang Mungkin Korang Tak Tahu


Sama-sama kita berdoa agar rakyat di Palestin dilindungi oleh Allah SWT dan sekiranya korang berkemampuan, bolehlah memberi sumbangan kepada tabung bantuan Aman Palestin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dia Hantar Bunga Mahu Berkenalan”, Wanita Kahwin Lelaki Muda Viral Di Media Sosial

Tempoh hari tular di media sosial sekeping gambar pasangan pengantin. Berita itu mula menjadi perhatian masyarakat apabila dimaklumkan usia pengantin lelaki 26 tahun sementara pasangannya 55 tahun. Memandangkan perkahwinan ini dianggap luar biasa, gambar pasangan ini mula menjadi tular dengan pelbagai komen dari netizen.
REMAJA berkesempatan menemuramah pasangan pengantin tular ini yang dikenali sebagai Tina Yusof berusia 49 tahun dan bukannya 55 tahun seperti dinyatakan di media sosial. Majlis perkahwinan mereka telah diadakan 24 November lalu di rumah pengantin perempuan di Felda Bukit Kepayang, Bera.
Ternyata jarak usia 23 tahun bukan halangan kerana jodoh ditentukan Allah Taala. Jom baca bagaimana cinta antara mereka berputik.
Ditanya bagaimana dia mula mengenali suaminya dikenali sebagai Amy, 26 tahun, jelas Tina, segala-galanya bermula kira-kira dua tahun lalu di mana Amy mula menyapanya di facebook.
“Dalam fb dia menulis ingin berkenalan dengan saya tapi saya tak pernah layan pun dalam tempoh dua tahun itu. Sehinggalah dia menghantar sejambak bunga tanda ingin serius berkenalan,” kata Tina ketika dihubungi.

Tinggal di di Felda Bukit Kepayang, Bera, jelas Tina, boleh dikatakan setiap hari suaminya menghantar mesej namun dia tidak melayannya. Hal ini berlarutan sehingga dua tahun lamanya dan hatinya mula tertarik selepas melihat Amy bersungguh-sungguh ingin menjalinkan hubungan lebih serius.
“Dua tahun saya tak layan. Saya anggap biasa saja. Lagi pun sebelum ini ada juga lelaki yang mahu berkenalan kerana saya membuka kedai makan di sini. Kedai saya memang jadi tumpuan ramai,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Ibu Tunggal Felda Bukit Kepayang, Bera ini sebelum ini.


Jelas Tina, selepas dua tahun kesungguhan Amy yang tinggal di Felda Mayam (felda bersebelahan tempat tinggalnya) sekali pun tidak dilayan masih sama dan dari situ dia melihat ada sesuatu yang istimewa tentang suaminya ini.
“Dia nampak matang berbanding usianya. Saya sendiri tak sangka usianya 26 tahun kerana wajahnya nampak matang. Saya sangkakan usianya 30-an,” katanya memaklumkan sebelum ini dia lima tahun bersendirian dan mempunyai lima orang anak.
Kata Tina, anak sulungnya berusia 30 tahun dan paling kecil 13 tahun. Kesemuanya perempuan. Tiga darinya sudah berkahwin sementara dua lagi masih sekolah.
“Anak nombor empat belajar di sebuah kolej di Petaling Jaya dan bongsu sekolah menengah di sini,” katanya ramah bercerita.

ARTIKEL LAIN : 4 Sebab Kenapa Gadis 18 Tahun Ini Pilih Lelaki Muda Sebagai Suaminya, So Sweet
ARTIKEL LAIN : Cinta Gigolo, Perkahwinan Jadi Tular Kerana Lelaki Ini Sanggup Terima Wanita Tua Demi Kereta Ferrari
Anak-anak restu atau tak perkahwinan ini?
Secara jujurnya kerana faktor perbezaan usia ini kata Tina, anak-anak membantah pada awalnya. Kata mereka semuanya kerana faktor usia.
“Tapi niat kita baik dan semuanya Allah permudahkan. Alhamdulilah, akhirnya anak-anak faham tentang jodoh yang sudah ditentukan oleh Allah taala ini,’ katanya memaklumkan suaminya Amy bekerja sebagai pemandu lori dan bekerja kampung.
Malah sepanjang mereka berkenalan, tidak pernah sekali pun Amy datang makan ke kedainya.
“Kata orang dah jodoh. Amy nampak berbeza. Dia matang dalam pemikirannya. Ditambah wajahnya juga nampak tidak seperti usia 26 tahun. Awalnya saya sendiri terkejut bila tahu usianya begitu tapi Allah sudah mengatur segalanya,”katanya lagi.


Apa perasaan bila perkahwinan ini tular di media sosial?
Jelas Tina, dia sama sekali tidak menyangka perkahwinannya ini menjadi tular. Dia akui tidak biasa dengan semua ini namun bersangka baik dengan semua pandangan masyarakat terhadap dirinya dan suami.
Sementara itu abang sulung Tina yang juga menjadi wali menikahkan adiknya, Sohaili Yusof, 57 berkata, pasangan pengantin ini dinikahkan dengan sekali lafaz di Masjid Felda Bukit Kepayang.
“Ramai yang bertanya saya tentang jodoh mereka ini. Saya katakan sudah ketentuan Illahi dan Nabi Muhammad dahulu pun menikahi Siti Khadijah yang usianya juga lanjut. Saya anggap ini jodoh adik,” katanya memaklumkan hantaran bagi adiknya adalah sebanyak RM3000 (atau barangkali RM5000 kerana kata Sohaili dia tidak pasti tentang jumlah hantaran ini). Malah dirinya turut memaklumkan adiknya itu sudah mempunyai cucu seramai 4 orang di mana paling tua berusia 9 tahun.
Apa pun, jom doa yang baik-baik untuk pasangan pengantin baru ini. Moga perkahwinan mereka kekal hingga jannah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lee Min Ho Sah Tamat Latihan Ketenteraan Esok, Ramai Peminat Excited Nak Tengok Oppa

Mesti ramai dah ternanti-nanti kepulangan idola Kpop mereka pulang daripada latihan ketenteraan, yang mana menjadi kewajipan kepada semua lelaki di Korea untuk menyertai sesi latihan ini.
Ada lebih kurang 18 selebriti dijangka tamat latihan pada tahun ini dan pelakon terkenal, Lee Min Ho juga bakal menamatkan perkhidmatan ketenteraannya sebagai pekerja perkhidmatan awam pada hari esok (25 April).
Min Ho memulakan khidmatnya sebelum membuat laporan kepada Pusat Latihan Nonsan pada Mac tahun lepas untuk latihan asas ketenteraan selama 4 minggu.
Berita ini disahkan oleh agensinya, MYM Entertainment menerusi kenyataan rasminya semalam.
“Min Ho bakal menamatkan latihan ketenteraan secara biasa sahaja tanpa sebarang majlis istimewa.”
Jelas sekali ramai peminat pelakon Kpop ini berasa excited menantikan kepulangan idola mereka.

Bukan saja di Malaysia, negara jiran kita juga Indonesia turut ‘gila’ dengan Lee Min Ho. Lihat saja reaksi mereka. Hiks!
View this post on Instagram
Hari terakhir Tugas ?? . . Video kedua video babang pagi ini yee ? . . #LeeMinHo
A post shared by Indokdrama (@indokdrama) on



Okay lepas ni, korang semua bolehlah lepas rindu melihat semula kemunculan Lee Min Ho di kaca TV. Tak sabar nak tunggu projek terbaru Min Ho.
Semoga Min Ho lebih berjaya dalam kariernya kelak!
Sumber: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenali Calon Beauty With Brain, Jo-Anna Sue Henley Rampas Yang Bertanding Pada PRU14

Tidak sampai seminggu lagi negara kita akan menjalani satu lagi proses pilihan raya bagi menentukan hala tuju masa depan negara. Demam pilihan raya kini bukanlah boleh dirasakan tetapi bahangnya semakin panas. Pelbagai idea kreatif dari parti-parti yang bertanding dipersembahkan dalam bentuk sepanduk, papan tanda, bendera dan juga jelajah bertemu dengan penduduk setempat.
Antara perkara yang paling menarik perhatian ramai pada PRU14 kali ini sudah tentunya calon-calon muda yang bertanding. Sebeum ini Remaja pernah memaparkan 6 calon muda dari pelbagai parti yang menarik perhatian ramai. Pada pilihanraya kali ini juga kita dapat menyaksikan semakin ramai calon-calon muda dipertaruhkan oleh kesemua parti bagi memberikan sebuah wadah dan nafas baru kepimpinan generasi muda.

Salah seorang calon yang dikatakan paling mendapat perhatian ramai ialah Jo-Anna Henley Rampas, calon daripada Parti Warisan Sabah. Ramai mungkin tertanya-tanya siapakah gerangannya gadis baru berusia 28 tahun yang diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan Parti Warisan Sabah untuk menjadi calon di N11 Kiulu, Sabah.
First of all, Remaja ingin tekankan bahawa Jo-Anna bukanlah sekadar figura yang mempunyai rupa paras yang cantik. She is the definition of beauty with brain! Dengan latar belakang pendidikan dan berkelulusan jurusan undang-undang dari University of London, Jo-Anna memiliki kredibiliti yang tidak perlu dipertikaikan.

Gadis berketurunan kacukan Dusun dan British ini juga pernah menjadi Naib Juara Bintang RTM 2009 yang pada ketika itu dimenangi oleh Ernie Zakri. Dan sebelum menyertai program nyayian popular tersebut, Jo-Ann juga pernah diangkat sebagai pemenang Unduk Ngadau (pertandingan ratu cantik Kadazan Dusun yang diadakan pada perayaan Pesta Keamatan) ketika berusia 17 tahun.
Jo Anna dibesarkan oleh keluarganya di Kota Kinabalu, Kiuli dan Patagas. Pendedahannya dalam dunia politik bermula dengan penglibatan bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas yang merupakan bekas ADUN Kiulu. Ibunya juga pernah menjadi calon bagi Parti AKAR pada tahun 1994.

ARTIKEL BERKAITAN: 11 Perkara Do’s & Don’t Yang Korang Kena Tahu Bila Nak Mengundi
Menurut sumber, Jo Anna mula mengenali Parti Warisan Sabah daripada pekerja yang membaiki bumbung rumahnya. Dan dari situ Jo Anna mula berjinak-jinak ke dalam bidang politik sesuai dengan latar bekalangnya yang mempunyai cukup pendidikan dan aspirasi tinggi.
Dilihat sebagai ikon muda yang membawa nafas baru dalam Parti Warisan Sabah, Jo-Anna ingin membawa generasi muda agar bertanggungjawab untuk negeri tercinta, Sabah dan Malaysia secara amnya.

Remaja ucapkan selamat maju jaya buat Jo-Anna. Jika ditakdirkan menang pada PRU14, Remaja berharap agar Jo-Anna akan terus menjadi suara generasi muda dan merealisasikan impian pengundi yang memilihnya.
Buat korang semua, Remaja ingin menyeru agar meraikan perbezaan pandangan politik dengan lebih matang. Remaja percaya kira merupakan generasi yang bakal mewarisi negara pada masa akan datang boleh menjadi generasi yang bijak berpolitik.
All the best!
Foto: Jo-Anna Sue Henley Rampas & MySabah.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

