Berkahwin pada usia belasan tahun, memikul satu tanggungjawab terutama di usia muda bukan pilihan kebanyakan anak muda hari ini namun anda sudah dijodohkan, takkan ke mana.
Ramai yang masih di bangku sekolah dan baru memasuki pra universiti tetapi pasangan bahagia ini, Dhea Irdina dan Zaherofirdaus ini memilih berkahwin pada usia cukup muda. Dhea sendiri berusia 18 tahun manakala suaminya baru berusia 19 tahun.
Walaupun sebelum itu Dhea meminati Oppa Korea yang hensem tetapi bila melihat Zahero, hatinya sama sekali berubah selepas suaminya punya empat ciri ini iaitu kelakar, pandai ambil hati, pemalu dan sopan dengan orang tua. Wow, so sweetkan kalau dapat lelaki yang pandai ambil hati. Itulah ciri-ciri yang buat Dhea tertarik dengan suaminya ini dan mereka memilih untuk berkahwin pada usia cukup muda, 18 dan 19 tahun.
Malah demi mengelak fitnah dan dipandang tidak elok oleh orang sekeliling, mereka berdua mengambil keputusan berkahwin pada usia muda.
Baca catatan Dhea bagaimana dia mula tertarik dengan peribadi suaminya itu.
Ads
Ads
Dalam pada itu, ada pengguna retweet betapa bertuahnya pasangan ini. Ada yang sudah 25 pun belum ada kekasih dan masih solo. Malah masing-masing saling support each other untuk sama-sama bertemu jodoh selepas ini.
Alhamdulillah atas keputusan ini. Remaja doakan agar pasangan muda ini berbahagia di dunia dan akhirat. Tak kisahlah kahwin muda atau berapa usia, asal kita tahu tanggungjawab, insya Allah rumahtangga akan bahagia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harapnya selepas ini, tiada lagi rungutan daripada penduduk di bandar Nilai yang sering perlu ke luar kawasan mereka semata-mata untuk menonton wayang.
Panggung wayang pertama di Nilai akhirnya telah membuka pintu mereka semalam! Bertempat di MesaMall Nilai, pawagam mmCineplexes ini juga adalah cawangan ke-20 pawagam tersebut di Malaysia.
Demi penduduk Nilai, mereka telah menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan di sini. mmCineplezes mempunyai beberapa buah hall bagi memberikan kelainan untuk korang pilih.
Paling hebat tentulah Elite Hall yang mempunyai rekaan dinding Prism, tempat letak kaki yang luas dan suasana mewah bagi 44 orang penonton tempat duduk Deluxe-nya.
Selain itu, terdapat juga hall bernama The Mezzanine dan The Duplex yang mempunyai teknologi Dolby Atmos. Sesiapa yang memilih hall ini, memang korang akan terleka menonton filem kegemaran apabila kesan bunyi yang diberikan amat mengkagumkan.
Seperti kebiasaan sekarang, mmCineplezes mempraktikkan sistem pembelian tiket di kiosk layan diri untuk bukan saja membeli tiket tetapi juga untuk memesan makanan serta minuman.
*
Bagi korang yang menetap di sekitar Nilai, rebut peluang untuk memenangi tiket filem percuma dengan menyertai peraduan Sit, Pose & Win oleh mmCineplexes. Apa yang perlu korang lakukan adalah duduk di Deluxe Twin Seat yang disediakan di Ground Floor Mesamall.
Ambil foto dengan cara paling kreatif yang muat naik di media sosial dengan hashtag #mmCineplexes, #mmCineplexescontest dan #mmcMesaMallNilai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang sensasi K-Pop, V BTS baru-baru meraih perhatian peminat apabila beliau kini menyertai pasukan khas ‘Special Warrior’ dan mula berkhidmat di latihan ketenteraan sebagai seorang sarjan.
Menerusi aplikasi Weverse, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung (30) berkongsi khabar gembira itu sekaligus memberitahu tentang perkembangan kehidupannya semasa bertugas dalam ketenteraan.
“Salji turun dan saya bersihkan salji. Saya juga bermain perlawanan bola salji dan sekarang saya sudah mahir dalam perlawanan bola salji. Saya juga telah dinaikkan pangkat menjadi Sarjan kelas kedua dan tak lama lagi saya akan jadi yang pertama dalam turutan pangkat itu,” tulisnya.
V yang kini menjalani latihan militer di Korea SelatanV BTS yang berkongsi gambar lucunya di Weverse
Selain daripada itu, pelantun lagu Winter Bear dan Scenery itu juga turut mendedahkan pencapaiannya yang membanggakan.
“Saya baru-baru ini jadi askar pasukan khas. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh dan terlalu memaksa diri sampai ada satu hari itu tulang rusuk saya cedera. Tapi sekarang saya dah sihat!” katanya lagi.
Dalam pada itu, anggota BTS itu juga berkongsi tentang rutin hariannya yang semakin cergas dilakukan.
“Saya tengah diet sekarang dan berat saya 70 kilogram. Saya juga banyak membaca buku dan saya sangat berterima kasih kepada kenalan saya itu. Dia beri saya terlalu banyak buku tapi saya belum boleh baca semuanya lagi,” ujarnya lagi.
V turut menyentuh mengenai jadual tidurnya yang semakin baik dan memberitahu tahu para peminat bahawa dirinya juga tidak mengalami insomnia sepanjang berada di kem latihan.
“Sebaik sahaja saya baring, saya terus pengsan (tidur). Cuma nak bangun pada waktu pagi itu saja yang masih sukar,” selorohnya.
Sekadar info, V BTS telah mendaftar untuk perkhidmatan tentera pada Disember 2023. Kini, beliau dan beberapa anggota BTS iaitu SUGA, RM, Jimin dan Jungkook dijangka bakal menamatkan latihan pada Jun 2025 ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Nabila Razali dan perancangan gimik setiap kali ingin meluncurkan lagu baharu sememang tidak dapat dipisahkan.
Setelah berjaya ‘memperdayakan’ seluruh Malaysia menerusi klip acah (teaser) Pematah Hati pada tahun 2017 di mana Nabila tampil dalam tangisan air mata setelah ‘ditipu’ oleh bekas kekasihnya, Nabila seakan selesa untuk mengutarakan jalan cerita tertentu setiap kali tampil dengan naskah baharu.
Nabila kembali mendaki carta populariti menerusi Peluang Kedua pada tahun 2020 yang menjadi siulan ramai sepanjang tahun itu sehingga menempah tempat di pentas Anugerah Juara Lagu.
Single Putus yang menceritakan mengenai kisah ditinggalkan kekasih tanpa khabar berita pada tahun 2021 meneruskan elemen episod cinta tragis sebagai elemen penting dalam gubahan lagu Nabila Razali.
Justeru apabila Nabila tampil dengan single Aku Terluka ciptaan Amylea Azizan dan MFMF pada minggu ini, peminat dan pemerhati muzik tempatan seakan sudah boleh membaca gimik yang dirancang Nabila.
Kesemua foto-foto lama di akaun Instagram-nya dipadamkan dan hanya foto acah ‘majlis perkahwinan di tepi pantai’ yang menghiasi ruangan akaun.
Namun kata Nabila, foto perkahwinan bersama MK K-Clique yang dipaparkan dalam video muzik tersebut bukanlah sekadar gimik kosong yang dilihat sudah menjadi rencah promosi karya Nabila Razali. Sebaliknya, ia adalah iklan acah untuk lagu tersebut dan dia tidak berniat untuk mencipta gimik.
“Bagi saya, apa yang saya muat naik di Instagram hanyalah teaser untuk lagu baru saya. Semua foto itu memang ada dalam video muzik itu.
“Tindakan membuang foto-foto lain di Instagram (adalah) supaya follower fokus dan sedar saya akan mempromosi sesuatu produk.
“Tiada niatpun untuk melakukan gimik. Saya cuma mahu orang berteka-teki dengan kemunculan lagu-lagu baru saya,” ulas penyanyi berusia 30 tahun itu.
Tambah Nabila sewaktu ditemui di sidang media tersebut lagi, Aku Terluka merupakan kesinambungan jalan cerita daripada single Peluang Kedua. Malah disebabkan itu jugalah, MK dikekalkan sebagai pasangannya dalam video muzik Aku Terluka.
“Saya sekali lagi mengajak MK untuk terlibat sama bagi menutup ‘percintaan’ kami dalam lagi Aku Terluka.
“Dalam video muzik ini, apa yang perlu dijelaskan daripada kisah lalu semuanya ada di dalamnya,” kata Nabila.
Menghampir 40 jam selepas video muzik ini menemui peminat di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment, ia sudahpun mencatatkan jumlah tontonan sekerap 167,000 kali serta 950 komen.
Tinjauan REMAJA pada ruang komen rata-rata menemui respon balas positif daripada peminatnya yang memuji kualiti lagu, teknik nyanyian serta nilai estetika video muzik Aku Terluka.
“Cantiknya music video ni. Nabila pun cantik juga dalam ni woi..”
“Apasal aku nangis tengok MV ni. Best la Kak Nabb!”
“Mula-mula nampak biasa je lagu ni. Tapi kalau dengar ulang-ulang baru dapat tangkap feel tu.. best okay!”
“I am falling in love dengan gandingan diorang berdua ini. Memang mantap memang padu.”
Tahniah Nabila! Sekali lagi, penantian peminat selama setahun bagi menunggu lagu terbaru daripadanya nyata berbaloi memandangkan Nabila dan pasukannya memilih untuk merancang segalanya dengan teliti hingga mencapai kualiti sebegini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.