Model popular berdarah Amerika-Palestin, Bella Hadid merupakan salah seorang selebriti yang kental memperjuangkan hak asisi kemanusian warga negara Palestin terutamanya dengan isu pencerobohan dan eksploitasi oleh tentera Zionis Israel.
Pada saat majoriti penduduk dunia seakan berdiam diri mengenai isu ini, model yang memiliki 51.1 juta pengikut di platform Instagram itu tidak gentar untuk memuat naik hantaran sama ada pada bahagian feed ataupun di Instagram Story bagi menyebarkan mesej kemanusiaan mengenai apa yang sedang terjadi kepada rakyat Palestin.
Terbaru, episod kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam Palestin di kawasan masjid Al-Aqsa sewaktu bulan Ramadan Al-Mubarak telah membuatkan Bella kembali terpanggil untuk memberi kesedaran kepada pengikutnya untuk tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku di sana.
Namun dakwa Bella pada Jumaat minggu lalu, hantarannya berkaitan isu di Palestin menerusi Instagram Story telahpun ditapis oleh pihak Instagram.
Catatnya, “Akaun Instagram saya telah menyekat (saya daripada memuat naik) bahagian story – sewaktu ia berkaitan dengan perihal Palestin, saya andaikan.
“Apabila saya muat naik tentang Palestin, saya serta-merta dikenakan tindakan ‘shadowbanned’ dan hampir satu juta orang dalam kalangan kamu yang tidak dapat menyaksikan story dan hantaran saya,” jelasnya. Bella turut cuba untuk memuat naik semula namun untuk tempoh dua jam, Instagram tidak membenarkannya berkongsi apa-apa hantara baharu mengenai Palestin.
Ini sama sekali tidak merencatkan semangat Bella untuk terus berdiri bersama-sama rakyat Palestin yang bergelut bagi meneruskan kehidupan hari ke hari. Terbaru, Bella berkongsi video yang menunjukkan seorang polis Israel sedang menyiksa budak lelaki kecil dan seorang lelaki.
Ads
“Seseorang, tolong beritahu saya pihak mana yang cuba mencetuskan serangan sebegini. Jika kamu cuba untuk memberi alasan (dan berpihak pada tentera Israel), kamu adalah masalahnya.
“Jika kamu ingin sekali mendiamkan saya, sama seperti kamu cuba mendiamkan wartawan atau sesiapa yang cuba memberi pencerahan mengenai keadaan di Palestin @instagram, saya akan terus ke hadapan dengan damai, tunjukkan maklumat berserta fakta mengenai tindakan IDF, kerajaan Israel dan penjajah di sana yang menyerang rakyat Palestin tanpa sebab.
“Kesemua ini melanggar hak asasi kemanusiaan dan jika kamu (Instagram) terus menapis kami, ia adalah sebentuk amalan berat sebelah tidak adil terbesar (yang boleh kamu lakukan),” catat pemilik nama penuh Isabella Khair Hadid ini tanpa berselindung.
Seperti yang dibuktikan oleh mana-mana sejarah peperangan dunia, tiada pihak yang akan menerima faedah daripada peperangan dan keganasan. Bak kata Bella, “Injustice anywhere is a threat to justice everywhere.”
Di Malaysia, ramai juga selebriti tempatan yang melaungkan sokongan terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka; seperti pelakon Mimi Lana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi kaki movie, mesti jiwa meronta-ronta tak dapat tengok wayang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula March yang lepas.
Tapi ada berita gembira untuk korang ni, baru-baru ini melalui satu hantaran Facebook yang dimuat naik oleh pawagam terkenal iaitu Golden Screen Cinemas (GSC), pihak mereka sudah mula memberi bayangan bahawa pawagam akan dibuka semula mulai Julai dengan mempromosikan filem terbaru arahan Christopher Nolan yang berjudul Tenet.
Selain itu, memetik laporan The Star, tiga filem antarabangsa yang paling ditunggu-tunggu seperti The Purge 5, Tenet dan Mulan sudah mendapat tarikh tayangannya iaitu pada Julai ini.
Korang dah ready nak serbu pawagam lagi? Berikut kami senaraikan antara filem best yang dijangka menemui korang di pangung wayang pada pertengahan tahun 2020
Tenet – 16 Julai
Mulan – 23 Julai
Wonder Woman 1984 – 13 Ogos
A Quiet Place 2 – 3 September
The Conjuring: The Devil Made Me Do It – 10 September
The King’s Man – 17 September
Death On The Nile – 8 October
G.I. Joe Snake Eyes – 22 Oktober
Black Widow – 5 November
Godzilla Vs Kong – 19 November
Soul – 19 November
No Time To Die – 26 November
Free Guy – 10 Disember
Dune – 17 Disember
Top Gun Maverick – 24 Disember
Namun kaki wayang juga harus bersedia dengan norma gaya hidup baru dan diharapkan pihak pawagam mengikuti langkah-langkah pencegahan COVID-19 seperti mengamalkan penjarakan sosial antara penonton dan sebagainya.
Wah bestnya, lama tak tengok wayang dengan kawan-kawan.
Tular gambar dan video rakyat Afghanistan bersesak di ‘airport’ bagi melarikan diri ke negara-negara jirannyang berdekatan. Ketakutan mula menyelubungi mereka dan sebahagian daripada mereka sudah mula melarikan diri ke negara-negara jiran.
Sebelum ini, Presiden Ashraf Ghani dikatakan terbang keluar melarikan diri dari Afghanistan setelah kekuasaannya dirampas Taliban yang sampai di pusat bandar Kabul, 10 hari lalu.
Latest pictures from Kabul Airport. People are on their own now while the world watches in silence. Only sane advise to Afghan people…RUN pic.twitter.com/RQGw28jFYx
Terbaharu, dengan beberapa siri penaklukan dan larinya Ashraf Ghani dari negara tersebut, jurucakap urusan politik Taliban Mohammad Naeem memberitahu media antarabangsa bahawa perang di Afghanistan telah berakhir setelah kumpulan itu berjaya menakluk ibu kota, Kabul.
Kerajaan pimpinan Ghani jatuh sepenuhnya selepas tembok pertahanan anti-Taliban di bahagian utara Mazar-i-Sharif dan timur kota Jalalabad berjaya ditumpaskan.
Dalam tempoh masa seminggu, Taliban melancarkan serangan terhadap Afghanistan, di mana serangan-serangan tersebut tidak dapat ditepis tanpa bantuan tentera Amerika Syarikat.
Rampasan kuasa ini memicu pihak pertahanan kerajaan sebelumnya untuk menyerah dan berundur.
Menurut AFP, video tentera bersenjata Taliban yang mengibarkan bendera putih dan beramah mesra dengan warga setempat, turut beredar di laman sosial.
Sumber: AFP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi pembunuhan seorang remaja berusia 19 tahun di hadapan ibunya sendiri yang menderita kanser otak semalam mencetuskan simpati banyak pihak. Awalnya ia disangka kejadian samun dan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis.
Hari ini, hasil dari siasatan pihak berkuasa, mereka menemui bukti untuk mendakwa seorang pelajar tingkatan enam iaitu suspek bagi kes bunuh tersebut.
Laporan Harian Metro menyebut, polis menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, suspek berusia 19 tahun yang juga kenalan mangsa ditahan selepas diserahkan oleh ibunya pada 8.15 pagi tadi.
Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.
"Suspek datang ke Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
"Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek sebelum ditahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu, di sini, hari ini.
Menurutnya, susulan penahanan itu, polis menjalankan siasatan di rumah suspek sebelum menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa.
Katanya, sebelum kejadian, suspek dikatakan pergi ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal.
"Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada suspek sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan.
"Suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus," katanya. Menurutnya, suspek yang masih belajar di tingkatan enam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, esok untuk permohonan reman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!