Berita

Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Kahwin Lepas Raya? Netizen Dah ‘Hidu’ Tarikh!

Share

Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media sosial.

Isyarat demi isyarat yang muncul daripada rakan selebriti seolah-olah membuka tirai rahsia, sekali gus mencetuskan tanda tanya dan debaran dalam kalangan peminat yang teruja menantikan berita gembira itu.

Komen ‘Hint’ Rakan Artis Cetus Spekulasi

Antara yang mencuri perhatian ialah pelakon

Ben Ali apabila meninggalkan komen di hantaran Instagram Bella berbunyi.

“Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya.”

Komen ringkas itu terus mencetuskan spekulasi bahawa sesuatu yang besar bakal berlaku dan ramai percaya ia ada kaitan dengan hari bahagia pasangan ini.

PMX Pun ‘Usik’ Soal Jemputan?

Lebih menarik, ketika menghadiri Absolut Bazaar di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri sempat bertanyakan kepada Bella mengenai jemputan yang dikatakan masih belum diterima.

Namun, Bella hanya membalas ringkas.

“Insya-Allah.”

Jawapan pendek itu secara tidak langsung menambahkan lagi misteri!

Tarikh 28 Mac Jadi Teka-Teki?

Spekulasi terus ‘panas’ apabila segelintir netizen mendakwa abang kepada Syed Saddiq, dikenali sebagai

Space Dollah, dilihat membuat persiapan pakaian berwarna kuning untuk satu acara penting.

Acara tersebut dikatakan bakal berlangsung pada 28 Mac ini, sekaligus menguatkan lagi andaian bahawa tarikh tersebut mungkin hari istimewa pasangan berkenaan.

Masih Kunci Mulut Soal Hubungan

Sebelum ini, Bella sering mengelak daripada memberikan sebarang jawapan mengenai status hubungannya dengan Syed Saddiq, termasuk dakwaan bakal bernikah, setiap kali ditemu bual pihak media.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum disahkan bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Apa pun, selagi tiada pengesahan rasmi, semuanya masih spekulasi. Tapi kalau betul… memang ramai yang dah ready nak ucap tahniah!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath