Gaya Hidup

Penangan Bella Astillah! Jualan Kuih Raya ‘Sold Out’ 5 Minit, Raih RM13,000 Untuk Anak Yatim

Share

Aidilfitri bukanlah sekadar satu perayaan, tetapi ia juga merupakan peluang untuk menyemai kasih sayang, rasa keprihatinan dan memupuk semangat kemasyarakatan tanpa mengenal latar belakang.

Begitulah suasana yang dirasai di Rumah Bakti Dato’ Harun, Ampang apabila selebriti sensasi, Bella Astillah membantu untuk menjana dana sebanyak RM13,000 untuk anak-anak yatim di sana.

Dana tersebut diraih hasil inisiatif Bella bersama Anchor Butter menerusi jualan secara langsung kotak kuih raya eksklusif Anchor x Bella Astillah di platform TikTok.

Jualan Kuih Raya Dalam Sekelip Mata!

Sambil berinteraksi dengan para peminatnya dalam siaran tersebut, penonton juga dapat mengetahui jenis-jenis kuih raya yang boleh dihasilkan menggunakan mentega tulen Anchor.

“Pengalaman berinteraksi dengan peminat secara langsung, lebih-lebih lagi dalam suasana menjelang Hari Raya, amatlah istimewa bagi saya,” katanya.

Menariknya, kesemuanya habis terjual dalam tempoh kurang daripada lima minit sahaja! Begitulah penangan penyanyi Akhirnya Kamu itu yang berjaya mengumpulkan para peminatnya untuk mendapatkan item eksklusif tersebut sempena bulan Ramadan dan Syawal kali ini.

Hasilnya, jumlah jualan RM13,000 itu disalurkan kepada Rumah Bakti Dato’ Harun, sebuah rumah kebajikan yang menyediakan perlindungan, penjagaan dan pendidikan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Kempen ini sekaligus mencerminkan semangat berkongsi rezeki kepada komuniti yang memerlukan.

Inisiatif Kebajikan Yang Menyentuh Hati

Bella yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean (9) dan Ara Adreanna (6) tentunya merasakan naluri keibuan apabila beramah mesra serta membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim di sana.

“Mengetahui bahawa setiap pembelian menyumbang terus kepada Rumah Bakti Dato’ Harun menjadikan sesi ini lebih bermakna.”

“Saya berterima kasih kepada semua yang bersama-sama menyokong inisiatif ini,” ujarnya.

Pengalaman menggunakan platform digital untuk membantu golongan yang memerlukan amatlah digalakkan dalam kalangan semua pihak terutamanya generasi pempengaruh muda yang memiliki ratusan pengikut di platform seperti TikTok, Instagram dan Facebook.

Tahniah Bella Astillah dan Anchor Butter di atas inisiatif mulia ini!

FOTO: Anchor Butter via Bridges PR

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ