Berita pemergian penyanyi lagu Farhana itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad.
“Ya betul, suami meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.
Ads
“Bagaimanapun saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami,” katanya.
Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan menghidap kanser hati selepas mengadu sakit perut pada Rabu lalu.
Semalam, isterinya yang juga bekas wartawan BH melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India, namun hasrat tidak kesampaian.
Ads
Buat makluman, Tia mendirikan rumah tangga dengan Suzan pada 14 tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini gempak gila! Semua tahu yang BTS sememangnya Idol yang telah berjaya merentasi Hollywood, dengan kemenangan yang tidak dijangkakan,, dan banyak lagi pencapaian hebat mereka. Malah kemunculan mereka dalam rancangan-rancangan ternama seperti The Ellen DeGeneres Show juga membuatkan Army dan seluruh kpop fandom teruja dengan pencapaian kpop di mata dunia.
Terbaru, pelakon A-list Matthew McCnaughey menzahirkan rasa gembiranya bersama keluarga ketika menghadiri konsert BTS! Hebatnya BTS ni!
Menerusi episode yang disiarkan pada 21 Januari lalu, Matthew McConaughey berkongsi pengalamannya ketika menghadiri konsert BTS di Taxes “Love Yourself” World Tour tahun lalu. Anak lalaki Matthew yang berusia 10 tahun dikatakan salah seorang Army dan ingin menonton konsert tersebut.
“Sebulan sebelum konsert diadakan, saya Nampak anak saya ni obses dengan BTS, sampai hafal setiap lagu mereka . Paling saya tak sangka dia boleh rap dalam Bahasa Korea. Dia sendiri yang minta kami bawanya menonton konsert BTS sebagai hadiah hari jadinya, maka saya dan isteri turutkan dan pergi ke konsert tersebut bersama beberapa rakannya dan kami terhibur ketika berada di konsert tersebut” katanya ketika ditemu bual oleh Ellen.
Tak tahu macam mana nak cakap dengan fenomena BTS di mata dunia ni. Bangga tak Army Malaysia? Agaknya macam mana kalau BTS datang Malaysia kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebulan selepas memutuskan pertunangan dengan pelakon popular Orlando Bloom, penyanyi pop antarabangsa Katy Perry kini dikaitkan pula dengan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan spekulasi ini mula timbul selepas mereka dilihat menikmati makan malam bersama baru-baru ini.
Menurut laporan TMZ, pelantun lagu berjudul ‘Dark Horse’ itu dilaporkan sempat singgah di Montreal sebagai sebahagian daripada konsert jelajahnya yang berlangsung di Kanada pada 28 Julai lalu dan meluangkan masa bersama Trudeau yang kini berusia 53 tahun.
Difahamkan, Katy Perry yang kini berusia 41 tahun turut dijadualkan mengadakan persembahan di lima bandar utama Kanada termasuk Ottawa sebelum meneruskan konsert jelajah ke negara lain.
Kredit foto: TMZ
Dalam pada itu, pasangan tersebut difahamkan berbual santai dengan cef restoran Le Violon sebelum menikmati hidangan udang karang dan kemudiannya menjamu wain di bahagian teres restoran tersebut.
Apa yang lebih menarik, Katy Perry dan Trudeau juga sempat memasuki bahagian dapur untuk mengucapkan terima kasih kepada staf restoran sebelum beredar pulang. Malah sepanjang waktu itu, kelibat pengawal peribadi mereka dilihat berada di kaunter bar memantau situasi.
Pada masa yang sama, hubungan antara mereka semakin menjadi buah mulut apabila kedua-duanya dilihat membawa anjing bersiar-siar di sebuah taman sebelum makan malam berlangsung.
Kredit foto: ELLE Australia
Selesai makan malam, Trudeau dilihat menghantar penyanyi itu pulang ke penginapannya di Ritz Carlton serta mereka juga sempat berbual mesra di pekarangan hotel tanpa menyembunyikan keakraban mereka.
Sementara itu, Katy Perry yang baru sahaja berpisah dengan Bloom pada Jun lalu selepas hampir sedekad bersama, sebelum ini mengakui sedang menikmati kehidupan solonya. Trudeau pula berstatus duda selepas perkahwinannya dengan bekas pengacara televisyen, Sophie Grégoire berakhir pada 2023 selepas 18 tahun bersama dan mereka mempunyai tiga cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa yang lebih merisaukan jika anak-anak hilang dari rumah. Kesedihan, kebimbangan ibu bapa serta rasa tertanya-tanya adakah anak selamat di jalanan, ke mana hala tujuan dan pelbagai pertanyaan pasti wujud.
Sebagai masyarakat yang prihatin, banyak kejadian kanak-kanak hilang ditularkan ke media sosial terutama kes-kes penculikan sehingga kanak-kanak itu ditemui semula.
Namun bukan semuanya bernasib baik untuk dijumpai semula. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Polis Diraja Malaysia dari tahun 2014- 2018, seramai 732 orang kanak-kanak dan remaja dilaporkan hilang dan sehingga kini tidak ditemui.
Mengikut statistik yang pernah dikeluarkan oleh PDRM, purata 4 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilaporkan setiap hari. Apa yang menakutkan ada yang sudah bertahun-tahun hilang dan senyap tanpa ada sebarang khabar berita. Tidak tahu adakah mereka masih hidup, mati atau menjadi mangsa sindiket meminta sedekah, pelacuran dan sebagainya yang pernah tular sebelum ini.
No. Laporan Polis : PUDU/005639/15 Nama : JENIFER A/P ANTHONYSAMY Umur : 11 Tarikh Hilang : 19/06/2015 Lokasi Terakhir : PINTU PAGAR SEK KEBANGSAAN TAMIL, KAMPUNG PANDAN
Francais Uyong Anak Tenaj, 12 Tahun. Dilaporkan hilang pada 11/3/2018
Muhamamd Fauzwan Nizam, 10 tahun, dilaporkan hilang pada 1/2/2028Nur Alisya Balqis Mohamad Saiful Nizam, 12 tahun, dilaporkan hilang pada 19 Mac 2018
Penemuan statistik mendapati lebih daripada separuh kes kehilangan melibatkan remaja adalah dalam mengejar kebebasan, yang mengakibatkan remaja-remaja yang memberontak itu melarikan diri dari rumah, terdiri dari remaja perempuan berusia di antara 13 dan 15 tahun. Apa yang dibimbangi, di sebalik kehilangan ini, kebanyakan remaja berusia di atas adalah mereka yang berisiko sangat berbahaya kerana terdedah untuk menjadi mangsa rogol.
Kebanyakan remaja biasanya akan berubah keperibadian apabila memasuki sekolah menengah, berlaku perubahan hormon dan keinginan untuk mencuba dan ambil tahu. Malah pada usia ini juga, remaja merasakan mereka mahu mempunyai identiti dan pendapat sendiri.
Ayuh, bersikap prihatin dengan isu kehilangan kanak-kanak dan remaja ini. Mungkin bukan kena pada keluarga kita hari ini tetapi kepada keluarga lain dan tidak salah untuk kita membantu.Jika menemui kanak-kanak merayau seorang diri, dilihat keliru dengan dirinya, hantar ke balai polis berdekatan.
Malah Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang dengan kerjasama NUR ELERT Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga Dan Masyarakat juga dilihat banyak membantu dalam isu menyebarkan maklumat sepantas 24 jam bagi kanak-kanak yang dilaporkan hilang.
Berikut adalah statistik dan pecahan mengikut negeri jumlah kehilangan kanak-kanak dan remaja. Bagi yang mempunyai maklumat tentang mereka, boleh hubungi terus di talian 03-22666313 bahagian D11, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur