Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, 100, mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur pada 6.53 pagi tadi.
Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.
IKLAN
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini selepas waktu Asar.
Mohd Zafir berkata tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah adalah selama satu hari iaitu pada hari ini.
IKLAN
“Selepas sahaja pengumuman ini, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan pada hari ini sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah dalam tempoh perkabungan.
IKLAN
Mohd Zafir juga mendoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat. – BERNAMA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi yang pernah mengalami penyakit ‘misteri’, mungkin memahami betapa derita dialami pengidap. Seluruh sendi badan sakit dan jika tidak berjaya diubati akan berakhir dengan kematian.
Ternyata pengalaman dikongsi oleh penceramah terkenal dan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias (DUKE) berhubung penyakit yang dialami pasti membuatkan kita tahu bahawa ‘penyakit’ begini wujud.
Tampil mendedahkan mengenai penyakit misteri yang dialaminya sejak sekian lama. Perkara tersebut dikongsikan beliau menerusi satu coretan panjang di Facebook miliknya. Menurut Kazim, selama lapan bulan dia menyimpan dan cuba pelbagai rawatan .
Namun, dia akui sudah tidak mampu menyembunyikan penyakit yang dihidapinya dari orang ramai.
“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan ini, saya rasa tidak boleh lagi sembunyi dari orang ramai.
“Ini keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul dikhalayak. Bukan hanya di muka malah seluruh badan.
“la boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena. Saya tidak boleh siarkan keadaan yang lain kerana malu, saya rasa rendah diri sangat-sangat,” dedahnya.
Mengulas lanjut, pendakwah itu turut memberitahu dirinya mengalami simptom seperti gatal, pedih serta gangguan emosi sehingga mengganggu rutin tidurnya sejak beberapa bulan lalu.
“Sebab itu saya siarkan lengan petang tadi (semalam) sebagai kiasan pada badan saya. Saya perlukan pertolongan untuk sesiapa baik doktor atau daripada perubatan alternatif untuk merawat saya.
“Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tidak boleh lagi sorok. Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan yg lepas.
“Bimbang dengan keadaan ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya. Walaupun sakit tetapi tetap saya terima semua jemputan ceramah dan paradigma,” ujarnya lagi.
Selain itu, dia turut menguatkan hati, meskipun dituduh sombong kerana tidak menyantuni pendengar seperti dahulu.
Katanya dia menyedari semua tidak semua yang mengetahui tentang penyakit yang dialaminya.
“Kadang kala saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.
“Walau kadang kala juga dilabel sombong kerana tidak beramah mesa dengan pendengar seperti dahulu,
tetapi tetap saya tabahkan hati kerana tahu orang ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.
“Terima kasih pada yang menawarkan bantuan dan nasihat kesihatan kepada saya. Saya sudah berusaha berubat di banyak tempat tetapi belum diberi keizinan oleh Allah,” ujarnya.
Semoga kita mengambil iktibar di atas setiap cerita ini. Moga DUKE diberikan kesembuhan seperti sedia kala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Platform popular, TikTok akan mengacarakan TikTok Awards yang julung kali dianjurkan di Malaysia pada 27 Ogos 2023, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Bakal menjadi acara tahunan untuk menghimpunkan yang terbaik dalam arena penciptaan konten, TikTok Awards meraikan dan memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat yang berani mencabar batasan kreatif, menjadi sumber inspirasi kepada komuniti, dan mencorak industri penciptaan kandungan.
Justeru, majlis anugerah yang bakal berlangsung pada bulan kebangsaan juga tampak bersesuaian bagi meraikan bakat-bakat tempatan berserta konten mereka yang merangkap nadi Malaysia untuk dinikmati oleh para penonton di serata dunia.
“Kami teruja untuk membawakan TikTok Awards kepada warga Malaysia! Temasya yang berprestij ini akan meraikan pencapaian dan usaha luar biasa yang dipamerkan oleh warga pencipta kita, yang merupakan tulang belakang platform ini.
“Sebagai acara yang terulung buat golongan pencipta pada tahun ini, kami berbesar hati untuk menerima penglibatan jenama-jenama di dalam dan di luar talian kerana ia juga dapat membantu anugerah ini menjadi batu loncatan untuk para pencipta mendapatkan banyak lagi pendedahan, yakni melalui kerjasama dengan jenama-jenama yang terkemuka.
“Tema ‘Yang Gah di Skrin Kecil’ mendemonstrasikan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta kita menggandakan dan mempersembahkan kejayaan mereka di atas pentas besar, seperti yang bakal kita saksikan pada 27 Ogos ini!” ujar Yin Yin Hooi, Ketua Pemasaran dan Operasi, TikTok Malaysia.
Untuk info, anugerah tersebut akan dibahagikan kepada Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice).
Bagi Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif yang membariskan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof; artis prolifik, Hael Husaini; serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.
Para calon dalam enam kategori (Kecantikan & Fesyen, Pendidikan, Hiburan, Sukan, Permainan, dan Makanan) telah diumumkan di sidang akhbar TikTok Awards yang diadakan sebelum ini.
Untuk Pilihan Popular pula, TikTok akan membuka undian untuk orang awam, dan para peminat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengundi pencipta kegemaran mereka. Undian umum bagi tujuh kategori (Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year and TikTok Shop Creator of the Year) bermula dari 15 Ogos, 10 malam hingga 26 Ogos 2023, 11.59 malam, selain undian boleh dibuat di https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/.
Tidak lengkaplah sebuah majlis anugerah tanpa aspek fesyen yang bakal menyerikan lagi acara ini. Dengan itu, TikTok juga akan menyampaikan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards) kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dari sudut gaya dan originaliti. Setelah disenarai pendek oleh panel juri, orang awam berpeluang untuk memilih peserta dengan busana terbaik bagi malam tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukan calang-calang atlet boleh meraih sembilan pingat emas, namun perkara itu tidak mustahil apabila dibuktikan oleh Muhammad Fakhrullah bin Mohd Rumaize yang merupakan atlet kanu mewakili negeri Johor Darul Takzim.
Selain mendapat sembilan pingat emas, remaja berusia 21 tahun ini turut mencipta sejarah apabila berjaya mencatat dua rekod kebangsaan yang baharu.
Pingat emas yang diraih oleh Fakhrullah adalah menerusi acara K2 500m (rekod kebangsaan), K2 1,000m (rekod kebangsaan), K1 200m, K2 200m, TBR 1,000m, TBR 500m, TBR 500m campuran, TBR 200m dan TBR 200m campuran.
Ulasnya kepada pihak media mengenai pencapaian cemerlang yang diperolehinya, “Selama saya berlatih memang tak ada terfikir untuk dapat anugerah ini. Saya hanya fokus untuk berikan yang terbaik saja dan inilah hasil usaha saya selama tujuh ke lapan tahun. Alhamdulillah saya berjaya dapatkan sembilan pingat emas untuk Johor.”
Mendedahkan rahsia kecemerlangannya selain giat berlatih sekian lama, Fakhrullah berkongsi bahawa dia dan rakan sepasukan dilatih di luar negara. “Saya berlatih dengan jurulatih profesional yang merupakan juara dunia dari Hungary.”
Pada majlis penyampaian anugerah Olahragawan SUKMA 2022, Fakhrullah telah menerima piala daripada jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Selain bergelar seorang atlet Fakhrullah juga merupakan seorang pelajar di Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.