Siapa tidak kenal dengan usahawan dan jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan. Salah seorang figura yang berjaya dalam dunia perniagaan dan sentiasa menjadi penyuntik semangat mereka di luar sana untuk turut cemerlang sama seperti dirinya.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sifatnya sentiasa menunduk ke bumi dan tidak pernah mendongak ke langit walau sudah mencapai keselesaan dalam hidupnya.
Baru-baru ini, pelakon dan peserta Hero Remaja 2017/18, Harris Annuar berpeluang bertemu empat mata sendiri bersama ahli perniagaan ternama itu ketika merasai sendiri pengalaman menaiki yatch milik beliau.
Ads
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Harris, dia sempat bertanya soalan mengenai kerjaya sepanjang kehidupan yang telah beliau kecapi.
“Tan Sri, I love your yatch! What do you do for living?” tanya anak lelaki kepada usahawan popular, Zaiton Hassan atau Kak Ton.
Kongsi ringkas Vincent Tan, beliau menitipkan nasihat buat golongan muda agar belajar dengan tekun dan bekerja dengan rajin.
Ads
Selain itu, beliau turut berkata bersedekahlah semampu yang ada, bukan hanya menunggu kekayaan tiba baru mahu bersedekah.
“Kerjalah, saya kerja. Saya nak menitipkan nasihat buat orang muda, belajar rajin-rajin. Selepas belajar, kalau kerja itu mahulah kerja rajin juga,”
Ads
“Selepas dapat gaji dan berapa gaji pun tidak apalah, sedekahlah. Sedekah sedikit pun tidak mengapa.
“Bersedekah sikit-sikit walau belum kaya. Tidak perlu tunggu kaya untuk bersedekah. Okey?” Jawab beliau dengan penuh rendah diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ekoran negara telah memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Pengumuman ini paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia dan ia secara tidak langsung akan merancakkan semula ekonomi negara khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah perlu kita menjalani kuarantin sebaik tiba di Malaysia selepas melancong? Nah, berita gembira untuk si kaki travel, korang tidak lagi perlu menjalani kuarantin setibanya pulang ke Malaysia.
Hal ini turut dikongsi oleh syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang sudah mula menawarkan penerbangan pergi balik ke negara-negara tersebut bermula 1 April ini.
Berikut antara senarai negara-negara yang korang boleh lawati tanpa perlu kuarantin.
Ha, mesti korang dah tak sabar nak ke luar negara kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebuah kedai kopi di China menarik perhatian orang ramai kerana mencampurkan cili goreng dan serbuk lada ke dalam minuman baharu mereka, lapor portal berita South China Morning Post.
Jiangshi Coffee yang terletak di Gangzhou, wilayah Jiangxi melancarkan kopi berperisa latte pedas pada Disember tahun lalu.
Sebuah klip video memaparkan pekerja kedai itu meletakkan hirisan lada ke dalam secawan kopi latte sebelum menuang serbuk lada pedas dan menghidangkannya kepada pelanggan.
Kopi berharga kira-kira 20 yuan (RM13.40) itu dipanggil Jiangxi Spicy Latte.
“Saya pikir ia sangat pedas. Sebaliknya, rasanya sedap. Kopi ini tidaklah sepelik yang disangka orang,” kata seorang pekerja di kedai tersebut.
Sebelum ini, syarikat yang sama telah menghasilkan latte berperisa alkohol.
Tambahnya, kebanyakan pelanggan memberi maklum balas positif mengenai produk tersebut.
“Ia kreatif. Tetapi saya tidak berani mencubanya kerana bimbang ia boleh mengganggu perut saya,” kata seorang netizen.
Haaaa…kalian berani tak nak cuba minuman unik ini?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo, Weibo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umur bukan penghalang untuk terus menimba ilmu, itu yang dibuktikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris apabila beliau berjaya menamatkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
Apa yang lebih bermakna, beliau turut berkongsi pentas konvokesyen bersama dua orang anaknya iaitu Mohd Alinur Haqqim dan Nur Aisyah Hanim yang menerima ijazah dalam bidang sama pada Majlis Konvokesyen ke-101 UiTM semalam.
Berkongsi detik membanggakan itu, Razali berkata beliau memulakan pengajian MBA pada tahun 2021 ketika masih bergelar Senator di Dewan Negara.
“Walaupun ketika itu, jadual saya sangat sibuk dengan pelbagai tugas rasmi, namun dengan izin Allah SWT, saya berjaya tamatkan pengajian ini.
“Saya juga sempat menangguh satu semester untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri pada Ogos 2023, di mana saya bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).
Sebagai Exco Pelancongan dan Wakil Rakyat Kijal, beliau berharap ilmu yang diperoleh dapat memberi impak positif kepada pembangunan negeri, khususnya dalam sektor pelancongan.
“Saya berharap ilmu yang saya peroleh dapat digunakan untuk membantu menguruskan negeri dan memberi manfaat kepada masyarakat.
“Saya berharap golongan muda agar tidak berputus asa mengejar ilmu walaupun mungkin menghadapi cabaran di awal perjalanan mereka,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, kegagalan awal tidak bermakna gagal selama-lamanya. Apa yang penting adalah semangat untuk terus mencuba dan berusaha mencapai kejayaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.