Ketika ini kecoh di media sosial mengenai berita penangkapan ejen Mossad yang merupakan sebuah agensi perisikan negara Israel. Paling mengejutkan tertuduh ditangkap yang merupakan warganegara Malaysia dipercayai direkrut oleh agensi tersebut untuk menjalankan tindakan seperti yang diarah.
Kejadian cuba menculik dua warga Palestin yang kini menetap di Malaysia menjadi titiktolak kepada terbongkarnya rangkaian ejen Mossad yang aktif di Malaysia. Namun tahukah anda, sebelum ini seorang rakyat Malaysia juga pernah ditangkap kerana menjadi ejen perisik negara asing?
Dia ialah Siddiq Mohamad Ghouse yang merupakan setiausaha politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad selama tujuh tahun ketika bekas Perdana Menteri Malaysia itu bergelar Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. Siddiq merupakan pengasas UMNO bahagian Ampang Jaya dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani.
Kes tersebut menjadi perhatian umum apabila Siddiq ditangkap pada 13 Julai 1981, tiga hari sebelum Tun Dr. Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Memetik laporan Utusan Malaysia, dia terlebih dahulu dibuang kerja beberapa hari sebelum ditangkap dan ditahan sebagai tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perisikan yang dijalankan pihak Polis Cawangan Khas mendapati ejen KGB selalu menemui Siddiq di kawasan gelap pada waktu malam, sesetengah pertemuan itu dibuat dalam kereta Siddiq sendiri.
Ads
Seiring dengan penangkapan Siddiq, semestinya isu tersebut menjadi satu perkara yang dibimbangi boleh menggangu gugat keamanan negara lantaran penglibatannya sebagai ejen perisik KGB. Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, KGB merupakan sebuah agensi perisikan yang dimiliki oleh kerajaan Soviet Union sebelum kesatuan itu berpecah menjadi beberapa buah negara pada 1991.
Menurut laporan daripada keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Julai 1981 pula, seiring dengan penangkapannya, tiga orang pegawai Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur telah diarahkan keluar negara pada hari tersebut sebelum pukul 12.30 tengahhari. Pengusiran tiga pegawai tersebut merupakan kejadian pertama seumpamanya yang berlaku di negara ini.
Ads
Namun penglibatan Siddiq sebagai ejen KGB bukanlah baru diketahui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Beliau sudah menghidu kegiatan Siddiq sejak 1979, namun beliau mengambil keputusan untuk mengekalkan Siddiq sebagai pekerjanya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan menyeluruh dan mengutip bukti-bukti terhadap Siddiq dan juga ejen-ejen Soviet.
Walau bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir ketika itu menjelaskan keselamatan negara tidak terjejas memandangkan apa yang dilakukan Siddiq tidak ada yang berguna bagi ejen-ejen Soviet. Ini kerana dia tidak dibenarkan memegang dokumen berdarjah ‘rahsia besar’ negara ketika bertugas sebagai Setiausaha Politik.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Secara rasminya guys, ‘video paling dibenci’ di YouTube dalam sejarah jatuh kepada..
YouTube Rewind 2018!
Ia kini memegang title sebagai video yang menerima jumlah dislike paling banyak di YouTube, sekaligus menewaskan klip video ‘Baby’ nyanyian Justin Bieber (9.9 juta dislikes).
Sejak setahun dua kebelakangan ini, tradisi YouTube untuk mencipta video ‘YouTube Rewind’ pada akhir tahun dikecam teruk oleh netizen dan para YouTubers.
Pada asalnya, YouTube Rewind tersebut bertujuan untuk meraikan YouTubers, video dan trend paling viral sepanjang tahun. Bermula dari tahun 2011, jumlah YouTuber yang cuba ‘disumbat’ ke dalam video berdurasi 9-10 minit ini semakin bertambah sehinggakan setiap seorang daripada mereka hanya ‘keluar skrin’ selama 5-6 saat saja.
Kesian diorang, shooting sehari suntuk. Keluar setakat sekelip mata sis.
Tambahan pula pada tahun ini, (1) terdapat beberapa orang YouTuber popular seperti PewDiePie dan Logan Paul yang tidak dijemput untuk turut serta di dalam video tersebut.
(2)Ramai YouTuber kurang dikenali yang dimasukkan. (3) Mesej ‘berbuat baik’ seperti mengatasi masalah perkauman, jantina, depresi dan sensitiviti dilihat amat dibuat-buat, malah kurang jujur pada pandangan penonton.
Lalu tercetus spekulasi terlalu banyak ‘politik’ dan favoritism di dalam dunia YouTuber.
Tak hairanlah ia kini mempunyai jumlah dislike terbanyak dalam sejarah iaitu sebanyak 12 juta dislikes.
Twitter
Sebagai komen balas, YouTube melalui akaun Twitter-nya telah berkata,
“Terima kasih kepada YouTuber yang mengambil bahagian untuk Rewind, dan komuniti yang memberi respon balas. Kami terima pendapat kamu dan akan buat lebih baik pada tahun depan. Watch this space!”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
First time pakai kasut baru mesti akan rasa cuak sikit sebab confirm kaki akan melecet. Tapi, kalau tak pakai pula memang sampai ke sudah la kasut tu tak terusik.
Jangan risau, kami akan kongsi kan beberapa trik yang boleh korang cuba untuk mengelakkan kaki melecet pada hari pertama menggunakan kasut baru.
Kalau siapa yang tengah cari kasut baru tu, cuba gunakan kod promo ini untuk dapat harga yang menarik.
Nah, jom semak tip berikut.
1. Plaster
Rasanya ramai juga yang dah selalu gunakan trik ini. Lekatkan plaster pada bahagian belakang tumit kaki kalau tak mahu melecet teruk.
2. Bedak
Salah satu cara terbaik mengurangkan kaki melecet adalah dengan menggunakan bedak. Gesekan akan berkurangan kerana permukaan menjadi lebih lembut. Kalau nak lebih berkesan, sarungkan stokin yang dah diletakkan bedak sebelum memakai kasut.
3. Stoking & hair dryer
Pakai stoking tebal dan ambil hair dryer, kemudian halakan di bahagian kasut yang ketat untuk beberapa minit. Ulang beberapa kali jika perlu dan cara ini juga dapat membantu melonggarkan bahagian belakang kasut.
4. Deodoran
Gunakan deodoran roll on untuk licinkan permukaan bahagian belakang kaki.
5. Silikon
Paling mudah, beli saja silikon kasut yang ada dijual di pasaran.
6. Tampal tape
Jangan pelik, cuba korang tampal tape pada jari kaki ketiga dan keempat yang selalu menjadi spot terbaik untuk melecet.
7. Plastik beg berisi air
Plastik beg yang telah diisikan air diletakkan dalam kasut dan dibiarkan semalaman dalam peti ais. Ia bertujuan untuk mengembangkan pada bahagian kasut yang ketat.
Sudah tahu trik elak kaki melecet, jangan lupa gunakan kod promo ini untuk dapatkan harga istemewa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lu Kaigang, 20 tahun berasal dari China dan remaja lelaki ini digelar sebagai supermodel di kampung tersebut kerana kreativiti dan skilnya untuk berjalan ibarat supermodel hebat!
“Saya gemar menonton fashion show sejak kecil. Saya rasakan model yang berjalan di pentas kelihatan cool dan saya ingin menjadi seorang model apabila dewasa
“Saya perhatikan cara model Victoria’s Secret seperti Karolina Kurkova dan Karlie Kloss berjalan. Kemudian saya akan meniru pergerakan dan mimik muka mereka sehingga mirip,” katanya kepada media di South China Post.
Perkara yang membuatkan Kaigang hebat berbanding vlogger atau YouTuber lain yang meminati fesyen adalah kepakarannya untuk menukar barang-barang terpakai serta harian kepada busana fesyen yang mengikut trend.
Malah penulis rasakan ada di antara busana tersebut yang kelihatan seakan sama (atau lebih baik, oppps!) dengan koleksi yang dipertontonkan oleh pereka fesyen di minggu Kuala Lumpur Fashion Week RTW 2019 yang baru melabuhkan tirainya, semalam.
Contoh ciptaan Kaigang adalah seperti:
Tarpaulin > Trench Dress
Karpet Berbulu > Caped Dress & Skirt
Kain Langsir + Tali Pinggang > Dress Eksklusif
Tong Sampah > Aksesori Beg
Wow!
“Apabila saya mencari bahan mencipta pakaian baru, saya akan mula mendapat idea pakaian bagaimana yang menarik dan di mana untuk merekod video.
“Ketika sedang merekod video pula, saya akan fikirkan koreografi dan lagu. Semua idea datang secara natural. Oleh kerana setiap penggambaran video akan mengambil masa selama seharian, saya betul-betul ingin lakukannya dengan sempurna.”
Seperkara lagi, Kaigang boleh menjadikan mana-mana spot di kampungnya itu sebagai pentas fashion show. Sama ada di ladang, di tepi kolam atau di belakang rumah, he – will – rock – it.
Penulis rasakan jika remaja ini diberi peluang sama ada sebagai pereka fesyen ataupun model, dia akan menjadi nama besar di China.
Tanpa memerlukan bimbingan kelas dan hanya berfikiran kreatif, Kaigang memang berbakat! Tak percaya?
Cer tonton video di bawah.
This Chinese ‘village supermodel’ can turn anything into fashionable wear, and strut his stuff anywhere. pic.twitter.com/OQTGpC3eNE