Jika dilihat 28 tahun lalu, Datuk Nicol David iaitu bekas ratu skuasy negara merangkul kejuaraan Terbuka Junior Scotland di Universiti Heriot-Watt di Edinburgh, Scotland dan ia merupakan titik perubahan penting dalam kerjayanya, mendorongnya mencapai kejayaan besar, termasuk dominasi dunia selama 109 bulan berturut-turut dan lapan gelaran juara dunia.
Terbaru, sejarah mencatat Datuk Nicol, yang kini berusia 40 tahun, kembali ke Universiti Heriot-Watt dengan peranan baru dimana beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia pada 14 Julai lalu yang akan bertindak sebagai duta universiti.
Datuk Nicol berkata, beliau amat berterima kasih atas pelantikan ini, dan akan menyoroti komitmen universiti untuk menyediakan pendidikan inklusif dan berkualiti.
Kredit: Bernama
Beliau sekaligus bangga dapat menyokong matlamat universiti untuk membuka pintu pendidikan kepada semua orang di Malaysia, United Kingdom, Dubai, dan seluruh dunia.
Ads
“Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada tumpuan berterusan untuk memastikan pintu universiti ini sentiasa terbuka untuk semua orang, di Malaysia, United Kingdom, Dubai dan seluruh dunia”
“Saya menyedari bahawa pendekatan universiti terhadap pendidikan berasaskan matlamat ini sangat selaras dengan prinsip saya, dan ini bermakna universiti akan membolehkan pelajar-pelajarnya dilengkapi secara intelektual, emosi, budaya dan etika bagi menggerakkan matlamat mereka ke arah impak positif kepada dunia”
Dalam pada itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu juga berhasrat untuk memberi inspirasi kepada generasi masa depan, mendorong mereka untuk bercita-cita tinggi dan berusaha mencapai impian mereka.
Tambahnya, beliau berharap dapat bekerjasama dengan universiti untuk mencapai misi pendidikan dan penyelidikan yang bermanfaat bagi negara.
Ads
Menurutnya lagi, sebagai seorang penganjur kemanusiaan, beliau berharap dapat mendorong orang lain untuk berbuat baik dan berperilaku rendah hati, memaksimumkan potensi mereka.
Kredit: Bernama
“Saya adalah seorang penganjur kemanusiaan dan tujuan saya adalah menggalakkan orang lain berbuat baik dan bersikap rendah diri agar mereka mencapai potensi penuh”
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Heriot-Watt Prof Richard A. Williams, yakin bahawa pelantikan Nicol membawa dimensi baharu dalam kepimpinan komuniti universiti mereka dan akan memberi dorongan kepada pemimpin masa depan.
Ads
Prof Mushtak Al-Atabi, Provost dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Heriot-Watt Malaysia optimis bahawa pelantikan Nicol itu berupaya membuka jalan untuk mempromosikan sukan di kampus dan mungkin menawarkan biasiswa kepada atlet lelaki dan perempuan Malaysia yang melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mengaku punya sikap yang boros. Dapat saja duit gaji memang sudah ada list apa yang dihajati dan mahu dibeli. Duit memang tak lekat di tangan.
Jadi sempena kita akan memasuki tahun baru 2024, jom kita tanamkan azam untuk menabung duit. Mungkin boleh mempraktikkan cara yang dilakukan oleh Ana Sofiana ini.
Ujar wanita ini dia memang ada sikap boros, ada saja duit memang habis dibelanjakan namun dengan cara ini dia berjaya menyimpan setiap bulan antara RM435 hingga RM496.
Caranya adalah dengan menabung kuantiti RM ikut hari bulan. Untuk lebih jelas boleh baca perkongsian beliau ini.
Cara menabung untuk orang boros, setahun boleh simpan RM5,767
Ada saja duit, memang habis dibelanjakan dan tak lekat di tangan. Beli! Yaa! Saya lah tu, boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula.
Jadi di sini Anaa nak share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?
Menyimpan ikut tarikh/hari bulan
1 hb RM1
2 hb RM2
3 hb RM3
4 hb RM4
Begitulah seterusnya untuk hari-hari lah sampai lah hujung bulan
30 hb RM30
31 hb RM31
Dan ulang benda yg sama untuk bulan bulan seterusnya. Yang penting simpan duit ikut tarikh Hari Bulan yaa!
2. Untuk lebih mudah dan keep on track buat jadual macam ini. Tick setiap hari.
Jadi kalau genap 12 bulan atau setahun, kita akan dapat total RM5,767.
Cara ni sangat berkesan pada orang yg boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ini sebab waktu PKP, tapi total ada lah juga dapat RM4310.
3. Hasilnya
Duit yang disimpan ini bolehlah;
Buat deposit beli kereta atau beli barang kesukaan diri
Untuk wang hantaran atau majlis kahwin
Nak lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
Boleh guna untuk ubah suai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain
Untuk reward diri beli untuk apa yg dihajati.
Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2024 nanti. Jom menabung!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kami Anti-Buli” — KPM mewajibkan semua pelajar di seluruh negara melaungkan slogan ini setiap pagi dan petang sebagai usaha membendung gejala buli di sekolah.
Langkah ini diumumkan susulan kes tragis melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Allahyarham Zara Qairina, yang menggemparkan seluruh negara. Peristiwa menyayat hati itu bukan sahaja mencetuskan rasa sedih, malah menimbulkan kesedaran bahawa isu buli perlu ditangani segera dan secara menyeluruh.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, memaklumkan bahawa pelaksanaan laungan “Kami Anti-Buli” akan dilakukan dua kali sehari—sebelum sesi pembelajaran bermula dan selepas tamat waktu sekolah. Menurut beliau, inisiatif ini bukan sekadar ritual harian, tetapi simbol komitmen seluruh warga sekolah untuk saling melindungi dan memastikan persekitaran pembelajaran selamat.
KPM yakin bahawa pengulangan slogan ini setiap hari dapat membentuk kesedaran kolektif pelajar tentang kesan buruk buli. Ia juga menjadi peringatan bahawa sebarang bentuk buli—fizikal, emosi, verbal atau siber—tidak akan diterima dalam budaya sekolah di Malaysia.
Dr. Mohd. Azam Ahmad bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Penting untuk difahami, buli bukan hanya berlaku melalui keganasan fizikal. Tindakan mengejek, mengusik secara melampau, atau memalukan rakan di media sosial juga adalah bentuk buli yang boleh meninggalkan kesan psikologi mendalam. Mangsa mungkin membawa trauma tersebut bertahun-tahun lamanya.
Bagi memastikan mesej ini lebih berkesan, KPM turut menggalakkan pihak sekolah menganjurkan program sokongan seperti ceramah motivasi, bengkel empati, kempen kesedaran dan aktiviti berpasukan. Semua ini bertujuan membina sikap saling menghormati, mengawal emosi dan menyelesaikan konflik dengan cara yang sihat.
Sebagai pelajar, peranan kita bukan hanya mengelak daripada membuli, tetapi juga menjadi penyokong kepada rakan yang menjadi mangsa. Jangan sekadar memerhati apabila melihat kejadian buli berlaku. Berdirilah sebagai pembela, kerana perubahan besar bermula dengan keberanian individu untuk mengatakan “Tidak” kepada buli.
Dengan inisiatif “Kami Anti-Buli” ini, KPM berharap mesej penolakan buli akan sebati dalam hati pelajar dan menjadi budaya yang terus hidup di sekolah seluruh negara.
Jika sebelum ini Neelofa dan Mizz Nina melancarkan aplikasi Islamik yang dikenali sebagai “The Noor” dan “Qalby App”. Terbaru penyanyi rap dan penceramah motivasi, Caprice atau nama penuhnya Ariz Ramli pula bakal melancarkan satu lagi aplikasi berguna untuk semua muslimin dan muslimah.
Aplikasi terbaru yang sedang dibangunkan oleh penyanyi berusia 33 tahun itu bernama Jomsolat.com. Perkhabaran tersebut dikongsi oleh Caprice sendiri menerusi satu video di laman sosial Instagram miliknya.
Alhamdulillah, berita gembira untuk umat Islam di Malaysia! Tidak lama lagi penceramah motivasi, Caprice atau nama penuhnua Ariz Ramli bakal melancarkan satu lagi aplikasi berguna untuk kita semua.
Aplikasi terbaru yang sedang dibangunkan oleh penyanyi berusia 33 tahun itu bernama Jomsolat.com. Perkhabaran tersebut dikongsi oleh Caprice sendiri menerusi satu video di laman sosial Instagram miliknya.
Menerusi video itu, kelihatan Ustaz Elyas Ismail bersama pelantun lagu Baby Sayang terbabit dan difahamkan lagi Ustaz Elyas turut menyumbangkan suara dalam aplikasi berkenaan.
Terdahulu, rakyat Malaysia pernah fobia dengan satu aplikasi islamik terkemuka apabila kononnya pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah membeli data semua penguna aplikasi mobile tersebut.
Jadi lepas ini lebih banyak la pilihan untuk korang memilih aplikasi islamik yang terbaik. Lagi bagus kalau korang install je semua aplikasi ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!