Pergolakan yang melanda antara Rusia dan Ukraine mendapat perhatian masyarakat dunia dan ia sekali gus memberikan impak yang besar hingga ada beberapa negara yang tidak mahu membabitkan diri dengan negara Rusia yang memulakan serangan terhadap Ukraine.
Apa yang menarik perhatian, bekas ratu cantik Miss Grand Ukraine dilapor sanggup menyertai tentera negaranya sendiri untuk menentang tentera Rusia di medan peperangan.
Anastasiia Lenna muncul juara dalam pertandingan ratu cantik kebangsaan 2015 menjadi tular selepas memuat naik gambar yang lengkap mengenakan uniform tentera.
Menerusi hantaran di Instagram, gadis itu sering memuat naik gambar dengan kapsyen patriotik sejak beberapa hari lalu.
Malah, dia turut memberi amaran kepada tentera Rusia bahawa dia tidak akan teragak-agak membunuh mereka sebaik musuhnya itu melangkah masuk ke sempadan negara.
Ads
Walau bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan daripada Kementerian Pertahanan negara itu berkenaan dengan penyertaan Anastasiia bersama tentera Ukraine atau tidak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rasa bangga pula bila netizen sedunia bercakap mengenai kehebatan Malaysia dan Nasi Lemak bunga Telang!
Tak kiralah korang makan Nasi Lemak di Malaysia, Brunei, Thailand ataupun Singapura, juadah popular untuk sarapan pagi itu (or at any times TBH) memang menjadi kegemaran semua. Malah sekiranya pelancong asing berkunjung ke negara kita pun, Nasi Lemak ialah juadah wajib yang akan dihidangkan kepada mereka.
Terbaharu, seorang remaja Malaysia yang sudah berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi pertandingan memasak berprestij. Paling menarik sekali, hidangan yang disajikan adalah nasi lemak!
Chef Ireland culinary competition 2020 ☘️🇮🇪Alhamdulillah, Gold for Nasi Lemak Bunga Telang🍛🥇🇲🇾.Thank you to Malaysian Ambassador TYT Encik Zakaria Nasir and wife Puan Junainah for your endless support ✨..Also thank you to Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa and Sir Razman for your advices and opinion. Really appreciate it!.Walaupun masih demam, Allah izin juga, Thank you Allah♥️. #Doneexam .Safura Tawil5 February 2020Cook for Malaysian Ambassador in Dublin, Ireland 🇮🇪
Posted by Safura Tawil on Wednesday, 5 February 2020
Menang kategori Asian-Indian cuisine competition class
Pertandingan memasak berprestij yang berlangsung di Dublin, Ireland pada 4 & 5 Februari ini turut disertai oleh salah seorang rakyat Malaysia bernama Siti Safura Mohd Tawil, yang kini tinggal di Ottawa, Ontario.
Apa yang membanggakan adalah Siti Safura menyertai Chef Ireland Culinary Competition 2020 yang dianjurkan oleh The Panel of Chefs of Ireland dan memenangi tempat pertama dalam kategori Asian-Indian cuisine competition class.
Menjadi ‘star’ pada hari tersebut adalah hidangan Nasi Lemak Bunga Telang. Hidangan ini dapat memikat hati juri masakan kerana mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.
Hidangan yang dilengkapi dengan nasi berwarna biru, rendang ayam, kerabu dan disertakan dengan keropok lekor rangup ini kelihatan sangat menyelerakan. Memang lain dari yang lain!
Apapun, REMAJA dan pastinya kesemua rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan Siti Safura dan juadah Nasi Lemak Bungan Telang di Ireland ini dan berharap agar lebih ramai lagi warga asing yang boleh menikmatinya.
Tahniah diucapkan kepada Siti Safura kerana mengharumkan nama negara! Caya lah….
Sumber :Safura Tawil, WorldofBuzz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saat menerima berita kematian melibatkan ahli keluarga terutama mak atau ayah yang melahir dan membesarkan kita, perasaan sedih pasti tidak dapat dibendung. Rasa kehilangan itu hanya mereka yang pernah teruji sahaja mampu berkongsi cerita.
Namun di sebalik kesedihan yang kita rasai itu, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang terutama dalam bab memandikan jenazah ibu atau bapa. Ramai di antara kita hanya menyerahkan urusan memandikan jenazah kepada pengurus jenazah kerana beranggapan mereka lebih faham dan sudah menjadi tugas mereka.
Masa yang sama, pasti timbul di fikiran kita bolehkah anak perempuan memandikan jenazah ayahnya atau anak lelaki memandikan jenazah ibunya sebagaimana yang bermain di fikiran ramai anak muda. Bagaimana dengan aurat dengan arwah, bolehkah kita sebagai anak memandikan jenazah berlainan jantina?
Anak-anak diharuskan bersama-sama membantu pengurus jenazah dalam memandikan jenazah ibu bapa kerana itu bakti akhir. Ustaz Hamdan
REMAJA menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Ikhlasiah, Bukit C2 Pantai Dalam, Kuala Lumpur Ustaz Hamdan Haji Yusof yang sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan jenazah.
Boleh ke anak perempuan mandikan jenazah ayahnya? Menurut Ustaz Hamdan, tiada masalah untuk anak perempuan memandikan jenazah ayahnya kerana itulah bakti akhir seorang anak terhadap ayah yang menjaganya dari lahir hingga besar. Masa yang sama, ayah dan ibu adalah muhrim kepada anak-anaknya. Dalam Islam digalakkan untuk membantu menguruskan jenazah ibu dan ayahnya sendiri berbanding dilakukan orang luar dari ahli keluarga itu sendiri.
“Hal ini diharuskan kerana adalah lebih afdal anak-anak memandikan jenazah ibu atau bapa mereka. Masa yang sama anak-anak boleh menyimpan rahsia “cela” pada arwah andai ada kerana sebagai anak, tak mungkin kita membuka aib orang yang menjaga dan membesarkan kita,” katanya lagi.
Bagaimana dengan aurat? Menurut Ustaz Hamdan, dalam pengurusan memandikan jenazah, aib sentiasa dijaga kerana ia dituntut.
“Ada kain yang menutupi bahagian kemaluan jenazah ayah atau ibu kita. Peranan kita sebagai anak hanyalah membantu pengurus jenazah seperti menggosok tubuh, lengan, kaki dan sebagainya. Tapi dalam bahagian istinjak, biasanya dilakukan oleh pengurus jenazah itu sendiri. Rugi sebenarnya kalau kita sebagai anak membiarkan orang lain melakukan itu semua kerana itulah bakti akhir kita kepada orang yang melahir dan membesarkan kita di dunia ini.
Ramai anak-anak perempuan beranggapan mereka tidak boleh memandikan jenazah bapa kerana soal aurat sedangkan dalam pengurusan jenazah, aurat di mati begitu dijaga. Gambar hiasan
Berdasarkan pengalaman, anak lelaki atau anak perempuan yang selalu memandikan jenazah berlainan jantina ini? Jelas Ustaz Hamdan, sepanjang penglibatannya dalam bab pengurusan jenazah, dirinya melihat lebih ramai anak lelaki menguruskan jenazah ibu mereka berbanding anak perempuan melakukannya kepada arwah bapa. Mungkin anak-anak perempuan lebih takut dan tidak ada keberanian memandikan jenazah. Mungkin juga terfikir tentang aurat dan sebagainya.
“Kita kena ambil peluang ini kerana rugi sebenarnya jika tak berbuat demikian. Tidak timbul soal aurat kerana sebagai pengurus jenazah pun saya sendiri tidak melihat aurat si mati. Kita ada kain menutup jenazah kerana walau si mati sudah meninggal dunia, aibnya masih perlu kita pelihara baik-baik. Saya sarankan anak-anak muda bersama-samalah kita memberi bakti akhir pada ibu bapa kerana peluang ini hanya hadir seumur hidup sahaja,” katanya memaklumkan, suami atau isteri juga diharuskan bersama-sama memandikan jenazah pasangan masing-masing kerana ianya lebih afdal.
“Bila ahli keluarga sendiri yang terlibat, kita boleh tutup aib jenazah kalau ada. Tapi itu juga bakti akhir kita untuk orang yang kita sayang semasa di dunia ini,” katanya yang mengajak anak-anak belajar ilmu pengurusan jenazah ini kerana ia bukan saja berguna untuk ahli keluarga tetapi juga kepada masyarakat suatu hari kelak.
Tonton video di bawah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Jung Joon Young, ditahan pihak polis berkaitan isu rakaman video seksual secara haram.
Jung Young yang tiba di Seoul Central District Court pada 21 Mac 9.30 pagi semalam, telah disiasat untuk memastikan kesahihan waran tangkap yang dipohon oleh pihak polis.
Waran tangkap dikeluarkan setelah Joon Young hadir ke mahkamah untuk mendengar kesnya dimana kemudiannya dia meminta maaf kepada para mangsa diatas kesalahannya itu. Dia merupakan artis pertama yang ditanggap sepanjang kes Burning Sun berlaku.
“Saya minta maaf, saya mengaku bersalah di atas semua kesalahan itu.
“Saya tidak akan melawan kesemua tuduhan itu dan akan menerima semua keputusan mahkamah.