Ingatkan lepas memasuki tahun 2018, isu berpakaian menutup aurat atau modest fashion tak lagi dipersoalkan di peringkat dunia.
Nope, tanggapan itu nyata meleset sekali apabila masih ada yang berfikiran sempit terhadap keputusan wanita menutup aurat. Pada kali ini, kritikan itu datang daripada mulut bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.
Penulis tidaklah begitu mengenali personaliti bernama Tony Abbott ini. Namun sekitar tahun 2012-2013, beliau popular di kalangan rakyat Australia kerana dasarnya yang lebih terbuka dan inginkan rakyat di sana mengenepikan perbezaan lalu menjadi 1 komuniti.
Hari ini, Tony mengambil keputusan untuk secara lantangnya menolak pembabitan beberapa orang pereka fesyen Muslimah dari Australia yang baru saja tamat mengadakan pameran fesyen Faith Fashion Fusion di Malaysia.
Kenapa cakap tak serupa bikin?
Kata beliau kepada The Australian Daily, “Kementerian Perdagangan Asing dan Industri Australia tidak patut memilih projek yang melihatkan pandangan old fashion terhadap pemakaian sopan (modest).
“Ia tak selari dengan gaya hidup dan imej Australia. Kita ingin rakyat Australia untuk menjadi terbuka (fresh and open).”
Tony juga tampil sarkastik terhadap pemilihan wanita berpurdah.
Ads
“Kita ingin mereka menunjukkan muka. Dan jika mereka nak tunjukkan sedikit bahagian lengan dan kaki dan memakai bikini, well, kita terima semua itu dan ia tak menjadi masalah,” kata beliau lagi.
Pandangan seorang yang pernah bergelar Perdana Menteri itu nyata cetek, tak berfikiran panjang dan sempit. Tahukah Tony, walaupun hanya 2.6% rakyat Australia beragama Islam, namun peratusan itu mewakili hampri 605,000 orang penduduknya.
Itu bukanlah jumlah yang sedikit.
Dan sebagai seorang yang mawakili rakyat, beliau sama sekali tidak boleh berfikiran ektremis dan melabel wanita berpakaian sopan sebagai ‘old fashion‘ dan ‘not Australian‘.
Ads
Pandangan penulis terhadap isu ini nampaknya turut disokong oleh tiga orang pereka fesyen Muslimah dari Australia yang terlibat dalam pameran ini.
Mereka adalah designer pakaian renang ‘burkini’ Aheda Zanetti, designer Ilham A Ismail dan ahli akademik Dr. Susan Carland.
Pakaian burkini rekaan Aheda Zanetti.
Aheda berkata, beliau mencipta label pakaian renang Muslimah untuk memberi kebebasan wanita bersukan tanpa perlu berkompromi tentang status sebagai seorang wanita Muslim.
Sebelum beliau memulakan label itu pada tahun 2004, mereka terlebih dahulu menguji pakaian renang ‘burkini’ dan bertanya kepada pengguna sama ada ia akan membuatkan wanita Muslim lebih yakin dan aktif bersukan.
Ads
“(Tony) hari ini mempersoalkan pakaian menutup aurat sebagai menyekat hak wanita berpakaian di tempat awam. Tetapi pernah beliau terfikir, hak kami berpakaian kami sebagai seorang Muslim? Tiada siapa yang memaksa kami berhijab dan menutup aurat. Ia ada pilihan masing-masing,” terang Aheda.
Koleksi pakaian Muslimah oleh pereka Australia, Ilham A Ismail.
Pereka fesyen, Ilham A Ismail pula mengalu-ngalukan inisiatif pameran pakaian Muslimah di Malaysia ini.
“Australia ialah sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Jika bukan kita yang mempromosikan kepelbagaian masyarakat di Australia di mata dunia, siapa lagi? kata pereka wanita Australia itu.
“Pakaian kami adalah produk Australia, direka di Australia, memberi berpuluh-puluh peluang pekerjaan kepada staf Australia dan diberikan penghargaan untuk dipamerkan di negara luar seperti Malaysia dengan membawa nama Australia.
Antara Hijabis yang menyokong gerakan Fashion Faith Fusion di Sydney Australia.
“Kita ada lebih 1.5 bilion masyarakat Muslim di seluruh dunia dan separuh daripadanya adalah perempuan. Saya fikir kita masih belum ambil peluang untuk meluaskan peluang perniagaan untuk kelompok ini.
Pameran dan acara fesyen ‘Faith, Fashion, Fusion: Muslim Women’s Style in Australia’ dimulakan oleh oleh Muzium Kesenian dan Sains kerajaan New South Wales pada tahun 2012 dan dilancarkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia Kuala Lumpur pada November 2017 lepas. Ia baru saja berakhir pada 28 Januari lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pengikut tegar drama Curi-Curi Cinta, tahniah kerana korang telah menjadikan drama tersebut trending di tangga pertama Twitter semalam!
Selama 28 episod drama arahan itu ditayangkan, ramai yang memuji lakonan para pelakonnya terutama Fauziah Nawi, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza. Cumanya, drama ini menggabungkan elemen sedih / dramatik bersama elemen komedi.
Dan apabila tiba babak komedinya, memang semua penonton akan berdekah ketawa di hadapan kaca televisyen. Jadi bagaimana sebenarnya seorang pelakon boleh tahan gelak sewaktu babak seperti itu?
Zahirah Macwilson yang membawakan watak Intan semalam sempat berkongsi pengalamannya merekod babak Aiman Hakim menyanyi lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) di dalam kereta dalam episod 27 yang telah menjadi viral di media sosial.
“Sebenarnya untuk penggambaran Curi-Curi Cinta ini, produksi menggunakan 1 kamera. Jadi selepas mereka merekod babak Aiman, barulah babak Ira.
“Semasa babak Danial (watak Aiman Hakim) menyanyi, kru telah merekod bahagian Ira terlebih dahulu. Jadi Ira tidak tahu yang Aiman akan menyanyi sebegitu rupa. Abang prop master yang memandu kereta itu semasa babak Ira, bukannya Aiman. Tetapi semasa babak Aiman pula, Ira perlu ada di dalam kereta kerana perlu feed line kepada Aiman.
“So yea, itulah rahsia bagaimana Ira tidak gelak semasa babak itu. Tapi jujurnya, semua orang tak sangka dia akan menyanyi seperti itu,” jelasnya lagi sebelum episod akhir drama Curi-Curi Cinta ditayangkan semalam di Astro Ria.
“Kadangkala kami tidak berada di satu tempat semasa babak itu berlangsung. Kami sebagai pelakon perlu bayangkan saja mengikut skrip.”
Ouhh..
Anyway, korang puas hati tak dengan ending Curi-Curi Cinta semalam?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai penjualan tiket seawal 7 pagi untuk tayangan filem Avengers: Endgame di pawagam GSC dan TGV Malaysia.
Berita tersebut sedikit sebanyak telah mengejutkan netizen yang tidak percaya ketaksuban penonton di Malaysia yang ingin merebut tiket filem tersebut pada minggu pertama tayangannya, sehinggakan pawagam perlu membuat slot tayangan ekstra.
Nampaknya, peminat siri Marvel di Indonesia juga mengalami simptom yang sama. Tetapi mereka advance sedikit, Avengers: Endgame di sana akan mula ditayangkan bermula jam 5 pagi.
Sebelum waktu solat Subuh tu!
Info tular ini pada awalnya dikongsikan di akaun Facebook ‘Fans Filem Box Office’. Tertera di posting tersebut yang 12 pawagam Cinemaxx terpilih di Indonesia akan mula menayangkan filem tersebut seawal jam 5 pagi pada 24 April ini.
Ia akan terus ditayangkan sekerap mungkin hingga jam 5 pagi pada 25 April agar seramai mungkin peminat Avengers boleh menonton pada hari pertama tayangan.
Hebatkan?
Harapnya, penonton di Indonesia tidak memuat naik apa-apa spoilers lah pada hari itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walapun berstatus penyanyi lagenda 60-an, nama kumpulan The Beatles tetap dikenali oleh segenap masyarakat dunia. Mana kan tidak, lagu-lagu ‘berhantu’ daripada band pop ini sering dimainkan di corong-corong radio.
Mengambil nama dari salah sebuah judul lagu The Beatles, filem Yesterday bakal menemui penonton di seluruh Malaysia bermula 27 Jun ini.
Bukan berkisarkan tentang biografi bintang pop ini, Yesterday menampilkan kelainan dengan kisah seorang lelaki, Jack Malik yang menyimpan impian untuk beraksi di konsert-konsert besar. Walaupun hanya mendapat tawaran menyanyi di tempat ‘biasa-biasa’ dan tiada siapa yang mengendahkan bakatnya, namun Jack tetap tidak berputus asa kerana dia sering mendapat sokongan daripada teman baiknya, Ellie yang juga merupakan pengurus penyanyi jalanan tersebut.
Nasib lelaki itu berubah apabila satu kejadian aneh berlaku, dimana Jack ditimpa kemalangan dan apabila sedar, dia mendapati tiada seorang pun yang mengenali The Beatles kecuali dirinya.
Penampilan istimewa Ed Sheeran
Sudah biasa mendengar lantunan suara Ed Sheeran dalam lagu-lagu hitnya, ramai yang excited bila melihat kemunculan penyanyi popular tersebut sebagai cameo dalam filem ini.
Agak janggal bila melihat Ed berlakon, tapi kehadirannya dilihat sangat membantu jalan cerita untuk jadi lebih menarik.
Kami merasakan seperti menonton sebuah konsert kerana setiap scene persembahan Ed Sheeran dan Jack Malik seolah-olah nampak real ditambah pula dengan bait-bait lirik daripada koleksi lagu The Beatles termasuklah Yesterday, Hey Jude, Let It Be dan banyak lagi.
Apa yang boleh kami katakan, secara keseluruhannya filem ini mempunyai jalan cerita yang sangat straight forward. Sesuai untuk korang yang nak menonton dengan santai tanpa perlu banyak berfikir.
Cuma apa yang boleh kami komen sikit, bab cinta antara Jack Malik dan Ellie tu macam potong sikit la. Dalam keterujaan melihat kejayaan Jack Malik yang tiba-tiba jadi superstar, agak frust juga bila di akhir filem kelihatan lebih fokus pada cinta.
Tapi, biasalah kan scene cinta ni memang wajib ada! Haha..
Nah, apa-apa pun itu hanya pendapat peribadi kami. Apa kata korang tonton sendiri di pawagam untuk merasai ‘kehadiran’ semula kumpulan pop lagenda dunia The Beatles. Sedikit-sebanyak dalam menggamit memori ‘orang-orang lama’.
Enjoice!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.