Baru-baru ini, momen di antara Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menyapa bekas gurunya, Raja Norshiah Raja Mohd Nor telah mencuit hati rakyat apabila baginda menyifatkan bahawa gurunya itu antara guru yang paling garang.
Pertemuan manis itu berlaku ketika baginda berangkat pulang dari Program World #QuranHour 2025 yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 25 Mac, semalam.
Dalam pada itu, Raja Norshiah yang kini berusia 79 tahun sempat ditemu bual oleh pihak media selepas pertemuan berkenaan berkongsi saat-saat indah ketika beliau mengajar baginda Tunku Azizah Aminah semasa tingkatan 3 di Sekolah Tun Fatimah, Johor.
@remaja.my Selalunya cikgu paling garang itulah yang paling senang nak ingat, betul tak? 😆 Antara momen lucu KDPB Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMarhum Sultan Iskandar Al-Haj apabila terserempak dengan cikgu yang pernah mengajar baginda 😊 #majalahremaja#remaja#remajamalaysia#remajamalaysia♬ original sound – Remaja
“Baginda seorang yang sangat suka bertanya dan memang minat masak. Jadi saya kena buat garang sewaktu mengajar”
“Selain itu, Tunku Azizah juga seorang pelajar yang sangat komited. Bila masuk kelas saya, baginda selalu nampak gembira sebab itu saya suka tegur-tegur,” katanya.
Ads
“Pada waktu yang sama, baginda juga sangat aktif dan dalam kelas kadang-kadang kawan yang dipasangkan bersamanya tak boleh nak buat apa-apa sebab baginda mahu cuba buat semuanya dan nak tahu lebih banyak lagi perkara yang sedang dipelajari,” jelasnya lagi.
Raja Norshiah Raja Mohd Nor ketika ditemui pihak media, semalam.Momen manis ketika Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyantuni bekas gurunya, Raja Norshiah Raja Mohd Nor
Wanita yang pernah mengajar mata pelajaran Sains Rumah Tangga itu turut menjelaskan bahawa sifat garang beliau dalam memberikan ilmu kepada para pelajarnya pada waktu itu adalah kerana mahu mereka belajar melakukan cara dan kaedah yang benar.
Ads
“Saya bersyukur sebab walaupun garang tetapi mereka semua sangat hormat pada saya sebagai seorang guru. Saya juga sangat terperinci dalam setiap kerja yang saya lakukan”
“Jika saya ajar potong (bahan) sepanjang itu, jadi itulah yang para pelajar saya perlu ikut,” ujarnya lagi.
Ads
Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika baginda berangkat pulang dari Program World #QuranHour 2025, semalam.
Raja Norshiah yang hadir bersama rombongan Madrasah Yamtuan Beringin Seri Menanti Kuala Pilah semalam juga menjelaskan bahawa beliau sangat gembira dapat bertemu dengan baginda dalam pertemuan singkat itu.
“Saya rasa sangat gembira dapat berjumpa Tunku Azizah semula dan terharu kerana baginda masih mengingati saya sebagai seorang guru yang paling garang,” bekas guru itu berseloroh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tokoh perniagaan terkemuka dan hartawan terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam baru-baru ini telah disahkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Khabar dukacita itu disahkan sendiri oleh syarikat pegangan pelaburannya, Usaha Tegas Sdn Bhd namun sebab kematian masih belum diumumkan.
“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024”
Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.
“Sifat filantropinya juga memberi kesan serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati,” jelas kenyataan itu lagi yang turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung pada ketika ini.
Berikut fakta mengenai Tan Sri Ananda Krishnan sepanjang hayat beliau:
Ananda atau nama penuhnya Tatparanandam Ananda Krishnan yang sering dirujuk sebagai ‘AK’ adalah antara individu terkaya di Malaysia dengan nilai bersih dianggarkan lebih AS$5 bilion.
Mendiang membina empayar yang pelbagai merangkumi telekomunikasi, media dan tenaga melalui syarikatnya, Usaha Tegas.
Perjalanannya dalam industri perniagaan bermula dengan usaha dalam perdagangan minyak, yang akhirnya berkembang menjadi pelaburan dalam teknologi dan media.
Antara pegangan kepentingannya termasuk dalam syarikat telekomunikasi Maxis, Astro Malaysia Holdings Bhd dan Bumi Armada Bhd. Mendiang juga melancarkan MEASAT, perintis industri satelit Malaysia.
Pada April lalu, Forbes menyenaraikan Ananda sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$5.1 bilion, selepas Robert Kuok dan Quek Leng Chan.
Tokoh yang dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur ini terkenal dengan sikap rendah dirinya.
Tan Sri Ananda merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari University of Melbourne.
Beliau juga pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Harvard Business School.
Mendiang komited dalam membantu kebajikan kemasyarakatan dengan melalui Yayasan Ananda Krishnan, mendiang memberi sumbangan besar kepada pendidikan, seni, sukan dan inisiatif kemanusiaan.
Beliau terkenal dengan sifat dermawan dengan memberikan biasiswa dan sokongan kepada individu yang memerlukan dan berdedikasi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Kami di Remaja mengucapkan salam takziah kepada keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular rakaman buli kejam di IKBN Miri, pelajar dihentak kemaluan pada palang besi sehingga mengundang kemarahan ramai di media sosial. Rakaman yang tersebar menunjukkan bagaimana sekumpulan pelajar lelaki memperlakukan mangsa dengan tindakan yang sangat menyakitkan dan tidak berperikemanusiaan.
Dalam video yang kini tular, tiga pelajar dilihat memegang bahagian atas badan seorang individu berbaju biru, manakala dua lagi memegang kaki kiri dan kanannya. Mereka kemudian menarik kaki mangsa hingga kemaluannya terhentak pada palang besi yang berada di celah kangkang. Meskipun mangsa menjerit kesakitan, perbuatan itu tetap dilakukan berulang kali.
Lebih mengejutkan, kejadian tersebut dirakam dari beberapa sudut berbeza oleh pelajar lain yang berada di lokasi, seolah-olah ia dijadikan hiburan. Rakaman itu kemudiannya dikongsi semula oleh selebriti dan aktivis Caprice, sekali gus membuka mata ramai pihak tentang betapa seriusnya budaya buli di institusi pengajian.
Rata-rata warganet menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan insiden tersebut. Ramai menuntut agar pihak berkuasa, pengurusan institut serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengambil tindakan tegas terhadap semua pelajar terbabit. Mereka berpendapat, selagi hukuman berat tidak dikenakan, kes buli akan terus berulang dan mengancam keselamatan pelajar lain.
Buli bukanlah perkara kecil. Ia boleh memberi kesan mendalam kepada mangsa seperti trauma, kemurungan, hilang keyakinan diri dan menjejaskan masa depan. Lebih parah, budaya merakam dan menyebarkan aksi buli di media sosial hanya menambahkan penderitaan mental kepada mangsa.
Sebagai remaja, penting untuk kita sedar bahawa buli bukanlah gurauan. Ia adalah jenayah sosial yang boleh memusnahkan hidup orang lain. Empati, rasa hormat dan belas kasihan perlu dipupuk dalam diri setiap pelajar agar institusi pengajian benar-benar menjadi tempat selamat untuk belajar dan membina masa depan.
Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pilihan hatinya, FD Idzham FD Iskandar sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz, pada malam tadi.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi Baginda di majlis tersebut.
sumber: Sinar Harian
Pada istiadat akad nikah itu, kedua-dua pasangan diraja itu sama cantik dan sama padan mengenakan berbaju Melayu dan kurung berona putih.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh keluarga Baginda berdua pula dilihat mengenakan sepersalinan berwarna kuning diraja.
Selepas selesai akad nikah, FD Idzham dibawa menunaikan solat sunat ke kamar khas disusuli dengan perarakan masuk Tengku Afzan ke mahligai pelamin.
sumber: Sinar Harian
Kemudian pengantin lelaki berarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.
Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.
Majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.