Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sedang dijalankan di negara kita, tetapi korang masih boleh menderma darah di pusat-pusat derma darah di Malaysia bagi membantu mereka mendapatkan bekalan yang secukupnya.
Sebelum ini, terdapat beberapa hospital yang menjelaskan bahawa bekalan darah berkurangan dengan ketara akibat kebimbangan penularan COVID-19 baru-baru ini.
Jadi, untuk korang yang masih sihat dan layak untuk menderma, tidak salah sekiranya kita bantu orang yang memerlukan.
Berikut merupakan pusat darah yang korang boleh kunjungi.
1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin-Jumaat: 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu & Ahad: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin: Tutup
Selasa-Jumaat: 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Ads
3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin-Ahad: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
4. Tabung-tabung darah berdekatan.
Untuk memudahkan perjalanan korang ke pusat kutipan darah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, korang perlu membawa:
a. Buku/kad penderma darah (untuk penderma regular)
ATAU
Ads
b. Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah dari mana-mana link berikut. (Slip ini akan dihantarkan ke email yang diberkan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah):-
c. Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara online di regdonor.bbis.moh.gov.my. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke email korang dan seterusnya perlu dicetak.
Korang boleh tunjukkan buku derma darah/slip temujanji/borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah.
So jangan risau, jika ada bukti-bukti ini korang tidak akan ditahan nanti. Tapi jangan pula ada yang ambil kesempatan nak keluar rumah dengan alasan pergi derma darah ya. Awas! Hiks..
Sebarang pertanyaan berkenaan pendermaan darah boleh menghubungi Pusat Darah Negara di talian 03-26132690 atau 03-26132699.
Banyak kisah orang gemuk menjadi kurus viral di media sosial. Rata-rata melahirkan kekaguman bagaimana berat dari 100 kg menurun kepada 60 kg mengikut ideal individu.
Mereka yang berjaya mengurangkan berat badan pasti akan berkongsi petua bagaimana diet ketat dilakukan. Ada beberapa sebab mengapa ramai cuba menurunkan berat badan.
Antaranya mahu gaya hidup lebih sihat. Ada juga yang berasa terhina, pernah dicemuh dan tak kurang juga pernah diketepikan kekasih kerana mempunyai berat badan berlebihan.
Kenapa kebanyakan orang kagum bila individu gemuk menjadi kurus? Adakah kurus dilihat cantik? Tidak lakukah yang berbadan gempal?
Risiko paling utama bila berat badan mulai kurus, payudara akan mula mengecut! Betul ke?
Kebanyakan remaja berusaha untuk menurunkan berat badan kerana ramai mengatakan kurus itu cantik. Mampu pakai baju ikut bentuk badan dan lain-lain jawapan. Malah kurus itu juga dikatakan mampu menawan hati kekasih. Tak kurang juga ada yang memilih untuk kurus kerana tak tahan dibuli rakan sekolah.
Ketika kecil, makan banyak begini masih dianggap “cute” dan comel bagi sesetengah orang tapi kalau tabiat makan ini diteruskan sehingga remaja dan dewasa ia boleh menimbulkan masalah kesihatan
Dalam dunia kesihatan, kebanyakannya menumpu kepada masalah obesiti berbanding dengan masalah kekurangan berat badan.
Kurang berat badan atau kurus lebih sinonim dengan kecantikan. Persoalannya, adakah kekurangan berat badan ini tiada berisiko kepada masalah kesihatan?
Memandangkan semua obses dengan kurus dan kecantikan, baca nasihat Pegawai Dietetik U 44, Puan Rafidah Othman dari Jabatan Dietetik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkaitan risiko jika tubuh terlalu kurus.
Pegawai Dietetik U 44, Puan Rafidah Othman dari Jabatan Dietetik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Jelas Puan Rafidah yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Dietetik berkata, kurus atau kurang berat badan memang boleh dikatakan menawan.
“Tetapi hakikatnya jika terlampau kurus boleh mengundang kepada beberapa risiko kesihatan. Antaranya malnutrisi, kekurangan vitamin atau anaemia (kekurangan darah merah).
“Di samping itu, kekurangan pengambilan vitamin D dan kalsium boleh menyebabkan osteoporosis. Sistem pertahanan tubuh, pertumbuhan terutamanya kanak-kanak dan remaja serta kesuburan juga boleh terjejas selain melambatkan proses penyembuhan luka selepas menjalani pembedahan,’ katanya memberi penerangan awal risiko jika terlampau kurus.
Jelasnya lagi, tubuh manusia memerlukan keseimbangan. Dalam diet keterlaluan, tubuh akan kehilangan sesuatu.
“Sebagai contoh malnutrisi yang bermaksud kekurangan zat makanan di dalam badan. Ianya biasa terjadi kepada individu yang mempunyai kurang berat badan sama ada disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, ataupun mempunyai penyakit yang mengganggu penyerapan nutrisi daripada makanan yang dimakan.
“Malnutrisi akan menyebabkan individu mengalami anaemia dan kekurangan vitamin. Pada jangka panjang, malnutrisi akan mengakibatkan tubuh badan menjadi cepat lesu, kerap jatuh sakit, mudah mendapat jangkitan, hormon tidak seimbang yang mengganggu kitaran haid, rambut gugur dan kulit kering.
Tambahnya lagi, penurunan berat yang mendadak boleh mengecilkan saiz payudara. Ini kerana elastin dan kolagen yang memberi sokongan kepada tisu payudara mengalami tekanan yang menyebabkan ianya berkurangan. Dalam erti kata lain, payudara akan mulai kendur dalam susah untuk mendapatkan kembali tubuh yang montok.
Dalam pada itu, Puan Rafidah berkata, pemakanan yang cukup dan seimbang adalah asas yang penting bagi kesihatan individu terutamanya golongan wanita. Ini kerana wanita yang sihat mampu memelihara kesihatan anak-anak.
Anak-anak wanita yang mengalami malnutrisi berisiko mengalami masalah kognitif, kurang ketinggian, mudah mendapat jangkitan serta berisiko tinggi mendapat penyakit serta boleh mengakibatkan wanita mengalami kesukaran ketika proses bersalin.
Jelasnya lagi, remaja wanita adalah golongan yang paling berisiko tinggi mengalami masalah malnutrisi kerana mereka sedang mengalami pertumbuhan yang pesat semasa remaja. Mereka memerlukan lebih protein untuk pecutan pertumbuhan manakala zat besi dan mikronutrien lain diperlukan semasa mengalami kitaran haid.
Anda bayangkan bagaimana remaja yang memerlukan lebih tenaga dan protein tetapi sengaja mengurangkan nutrisi akibat mahu kekal kurus.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anaemia kekurangan darah merah yang penting sebagai pengangkut oksigen daripada paru-paru ke tisu badan.
Individu yang kurus perlu melakukan senaman berkala. Senaman berkala yang dilakukan akan meningkatkan selera makan serta meningkatkan otot di tubuh badan. Otot adalah lebih berat daripada tisu lemak. Tubuh badan yang berotot adalah mempunyai bentuk yang lebih cantik dan menawan.
Kurus itu cantik kalau tubuh anda cukup dan lengkap pertumbuhannya. Jangan kerana terlalu obses kita melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Biarlah tubuh tak kurus mana tapi hati mesti mahu baik. Betulkan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila bergelar seorang perempuan, ada beberapa perkara yang sering merisaukan mereka. Antaranya adalah bila haid tidak keluar pada bulan tertentu.
Kita sudah sedia maklum, perempuan akan didatangi haid setiap bulan. Jadi bila ada hari-hari yang sepatutnya sudah haid, tapi tidak muncul juga, ini yang merisaukan kaum Hawa.
Perkara pertama yang biasanya mereka fikir adalah “Adakah situasi ini normal?”
Jadi, untuk menjawab segala kekusutan, berikut merupakan 10 perkara tentang masalah lambat datang haid yang korang kena tahu menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Registrar Obsterik & Ginekologi.
1. Perlu tahu corak haid
Setiap perempuan mempunyai corak haid yang berlainan. Kalau nak tahu apa yang normal untuk korang, catat hari datang haid pada calendar dan juga tarikh bila haid berhenti. Kenal pasti corak haid korang, berapa hari haid dan juga pendarahan yang berlaku ditengah-tengaj bulan sementara menunggu haid yang berikutnya.
2. Jangan malu bertanya pada doktor
Jika mengalami perubahan yang dirasakan tidak normal untuk kitaran haid pada bulan tersebut, korang boleh terus tanya kepada doktor. Haid tidak teratur mungkin menandakan tanda-tanda mencapai umur menopos (bagi wanita berusia) atau ada sesuatu yang tidak kena pada perubahan hormon.
3. Hamil- sebab biasa haid tidak datang
Bagi korang yang dah berkahwin, sebab ini mungkin tidak memeranjatkan. Pada awal kehamilan, sesetengah perempuan mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan kekeliruan sama ada ianya haid atau tidak.
4. Penyusuan badan
Sekiranya korang sudah bergelar sebagai ibu dan menyusukan anak, hormone di dalam badan korang lebih menyediakan badan untuk menghasilkan susu. Ada juga sesetengah ibu menyusu yang langsung tidak datang haid sehingga setahun atau dua tahun.
5. Masalah kesihatan yang berkaitan
Masalah seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, kencing manis yang tidak terkawal merupakan antara gejala yang perlu mendapatkan doktor untuk memastikan korang tidak mengalami masalah kesihatan.
Obesiti juga boleh menyebaban ketidakseimbangan hormone estrogen di dalam badan wanita dan seterusnya menyebabkan gangguan pada kitaran haid.
6. Tekanan emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. Kalau korang melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan seperti over exercise, kehilangan berat badan yang banyak atau menghadapi masalah pemakanan turut menjadi sebab kepada masalah ini.
7. Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat yang korang ambil boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan dan pil-pil hormon boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.
Korang kena tahu, jamu-jamu tradisional atau ubat kurus juga boleh menyebabkan gangguan kitaran haid ini.
8. Korang tetap subur walaupun haid tidak teratur
Mesti ada yang risau dan tertanya-tanya kalau mempunyai masalah haid tidak teratur, adakah bermaksud korang tidak subur atau tidak boleh mengandung?
Nah, doktor telah menjelaskan walaupun tidak datang haid, tidak bermakna korang tidak subur. Dapatkan nasihat doktor untuk penjelasan ini.
9. Mungkin juga sukar untuk hamil
Walaupun doktor telah menjelaskan bahawa tak datang haid tidak bermakna korang tidak subur, tapi kejayaan untuk hamil kadang-kadang agak sukar. Rawatan tetap ada untuk yang menghadapi masalah seperti ini. Jangan risau, dapatkan saja nasihat daripada doktor.
10. Menopos
Putus haid atau menopos adalah keadaan dimana seorang wanita itu tidak lagi datang haid. Purata umur mencecah 50 tahun dan untuk korang tak perlulah nak risau tentang ini. Namun begitu, ia tetap juga penting sebagai panduan untuk korang kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di saat saintis di kebanyakan dunia masih tercari-cari penawar tepat untuk membasmi kuman corona virus, ada beberapa percubaan telah dilakukan dan mula menunjukkan hasil yang baik di mana penggunaan beberapa jenis ubat dan antibiotik mampu mengurangkan pengurangan / pelupusan beban virus dalam pesakit COVID-19.
Seorang Prof Johari Salim dalam fbnya berkongsi artikel mengenai kesan dua ubat yang boleh mengurangkan bebas virus dalam pesakit COVID-19 iaitu ubat yang sebelum ini digunakan untuk anti malaria dan antibiotic.
Bacalah artikelnya, mana tahu iya adalah “penawar” terbaik untuk negara kita.
HYDROXYCHLOROQUINE & AZITHROMYCIN
Hydroxychloroquine adalah ubat anti Malaria dan Azithromycin adalah antibiotic.
Hasilnya yang menjanjikan telah nampak kepada pesakit COVID-19 di Cina dan France dan clinical trial kini sedang dibuat di 50 hospital di Australia. Di Australia hasilnya patut diketahui by June atau lebih awal.
Kedua dua ubat ini sebenarnya bukan untuk virus. Malaria disebabkan oleh parasite Protozoa yang menyerang sel darah merah. Azithromycin adalah anti bacterial.
Walaubagaimanapun untuk hasil optima kedua dua ubat ini mesti diberi serentak dalam bentuk kombinasi.
Hydroxychloroquine adalah ubat anti MalariaAzithromycin adalah antibiotic.
Hydroxychloroquine kini adalah generic dalam berbagai nama antaranya “Plaquenil” sebagai nama komersilnya .
Azithromycin kini juga generic dalam berbagai nama komersil antara nya adalah “Zithromax”.
Marilah kita mendoakan kejayaan ubat ini.
Saya juga mengesyurkan KKM mencuba ubat ini seperti di Cina, France dan kini dalam clinical trial di Australia.
Ini adalah abstract daripada; Gautret et al. (2020) Hydroxychloroquine and azithromycin as a treatment of COVID‐19: results of an open‐label non‐randomized clinical trial. International Journal of Antimicrobial Agents – In Press 17 March 2020 – DOI : 10.1016/j.ijantimicag.2020.105949
“Abstract
Chloroquine dan hydroxychloroquine didapati berkesan pada SARS-CoV-2, dan dilaporkan berkesan dalam pesakit COV-19 Cina. Kami menilai peranan hydroxychloroquine pada beban virus pernafasan.
Pesakit dan kaedah
Pesakit COVID-19 Perancis yang telah disahkan jangkitannya dimasukkan dalam satu protokol “single arm” dari awal
Mac hingga 16 Mac, untuk menerima 600mg Hydroxychloroquine setiap hari dan beban virus mereka dalam swab nasopharyngeal telah diuji setiap hari dalam setting hospital. Bergantung pada keadaan klinikal mereka, azithromycin telah ditambah kepada rawatan. Pesakit yang tidak mendapat rawatan yang sama dari pusat lain dan kes yang menolak protokol dimasukkan sebagai kawalan negatif. Kehadiran dan ketiadaan virus pada kemasukan Hari6 pasca dianggap sebagai titik akhir.
Keputusan
Enam pesakit adalah tanpa gejala, 22 mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan atas dan lapan mempunyai simptom jangkitan saluran pernafasan bawah.
Dua puluh kes telah dirawat dalam kajian ini dan menunjukkan pengurangan yang signifikan dalam pengangkutan virus pada kemasukan D6-post berbanding dengan pesakit kawalan, dan tempoh pembawaan purata yang lebih rendah berbanding dengan lapuran dari pesakit yang tidak dirawat dalam skop kaji selidik. Azithromycin ditambah kepada hydroxychloroquine adalah lebih berkesan untuk penghapusan virus.
Kesimpulan
Walaupun saiz sampelnya kecil, kaji selidik kami menunjukkan bahawa rawatan Hydroxychloroquine banyak dikaitkan dengan pengurangan / pelupusan beban virus dalam pesakit COVID-19 dan kesannya diperkuat oleh azithromycin.”
Ini adalah link kepada research article yang disiarkan didalam International Journal of Antimicrobial Agents pada 17/3/2020.
Dalam suasana kritikal begini kita mesti mencubanya, malah walaupun sample pesakit kecil sahaja tetapi TERBUKTI significant.
Saya tidak ada kepentingan dengan Sanofi dari France tetapi saya dengar mereka boleh keluarkan Plaquenil untuk 300,000 pesakit. Zithromax dibuat oleh Pfizer.
KKM boleh dapatkan dari sumber mana yang difikirkan sesuai.
Quick action saves life. In war operation tidak ada istilah “wait and see”. Just do it!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!