
Memasuki episod keempat program Dewi Remaja 2018/2019 pada malam ini, jom kita recap balik apa yang berlaku pada minggu lepas.
Salah satu aktiviti yang dilakukan oleh para finalis adalah sesi makeover yang ditunggu-tunggu! Mereka sudah dapat jangkakan ia akan berlaku di dalam pertandingan kali ini, cuma perubahan apa yang akan mereka terima?
Jom tengok foto Before & After finalis favourite korang. Mana tau, kalau korang mempunyai bentuk muka mirip atau seiras dengan salah seorang daripada mereka, korang boleh dapatkan potongan rambut baru sempena Tahun Baru nanti? Hehe..
Siapa paling onz sis?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Temui 12 Finalis Dewi Remaja 2019 Di KLIA2

Diam tak diam, Pencarian Dewi Remaja 2019 sudah pun sampai ke episod 6 pada hujung minggu ini. Lima orang peserta telah pun meninggalkan lapan finalis yang lain.
Ada tiga lagi bakal tersingkir sebelum kita memasuki pentas finale pada 14 Disember nanti.
Sebelum berentap di minggu akhir, 12 finalis Dewi Remaja 2019 bakal Takes Over KLIA2 untuk kali pertama dan inilah masanya untuk korang bertemu dengan kesemua finalis.

Jom support mereka semua pada hari Rabu ini jam 2 petang di tingkat 2 – ARRIVAL, GETAWAY @ KLIA2.
Ada sesuatu yang special untuk mereka lakukan bagi tontonan korang.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke KLIA2, saksikannya secara LIVE di Facebook & Instagram @majalahremaja pada jam 2 petang.
See you there!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ini Adalah Pencapaian Yang Besar..” – Aura & Kefasihan Bahasa Kebangsaan Kimberly Chuah Memikat!

Niat pemilik nama Kimberly Chuah Ching Li ini ke uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 hanyalah satu; untuk mengejar impian dan keinginan mendaki puncak dunia semi tanah air sebagai seorang pelakon dan pengacara.
ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Menang Sudah..”, Sumandak Sabah ‘Tapau’ Dua Gelaran, Juara Dewi Remaja Dan Dewi Favourite

Justeru, kemenangan gadis berbangsa Cina dari Kuala Lumpur ini sebagai pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2022 ibarat satu batu loncatan buatnya melebarkan lagi sayap mengikut misinya itu.
“Saya amat tidak menyangka akan menamatkam saingan di tempat ketiga. Sukar untuk gambarkan betapa bangga saya rasakan dengan pencapaian ini, it is a very a big achievement for me.
”Seperti saya pernah katakan sebelum ini, semua peserta datang dengan bakat dan pakej tersendiri. Menerusi kemenangan ini, saya berharap dapat ‘terbang’ dengan lebih jauh, dapat kejar impian saya dan berharap kejayaan ini dapat memberikan ispirasi terhadap ‘adik-adik’saya yang ingin mengikut jejak langkah yang sama,” ujar gadis berusia 22 tahun ini.

Jawapan Memukau Ratusan Hadirin
Jika dilihat pada malam tersebut, Kimberley jelas merupakan salah seorang speaker terbaik ketika menjawab soalan. Lontaran suara dan buah fikirannya diluahkan dengan cukup bernas. Apa rahsianya, Kimberly?
“Sebenarnya saya dulu rajin menyertai pertandingan perbahasan, Jadi, saya sudah didedahkan dengan cara mengupas isu-isu semasa. Syukur, malam ini urusan saya dipermudahkan dan mendapat soalan yang pernah saya bahaskan sebelum ini.
“Pada masa yang sama, poin dalam jawapan sata di atas pentas itu adalah sesuatu yang ingin saya benar-benar ingin tekankan.
”Saya memang merasakan sudah tiba masanya Malaysia menghalang penipuan di media sosial dan aktiviti buli siber dengan mewajibkan pengesahan identiti seperti sistem e-wallet. Ia adalah sesuatu yang saya rasakan kerajaan Malaysia pada masa ini perlu buat,” tegasnya.
Perancangan Kimberly
Sebagai antara peserta yang pernah menceburi dunia seni lakonan sebelum ini menerusi drama-drama tempatan, Kimberly yang mesra disapa sebagai Kim mengharapkan agar kerjayanya akan lebih meluncur laju ke hadapan selepas Dewi Remaja 2022.
“Saya berharap exposure saya menerusi Dewi Remaja akan menolak perjalanan karier saya dalam bidang lakonan dan pengacaraan lebih ke hadapan.
“Saya sangat passionate dalam bidang lakonan sejak kecil lagi. Seboleh mungkin, saya ingin lebih banyak belajar ilmu tersebut di luar sana seperti yang telah saya lakukan dalam program Dewi Remaja ini,” katanya.

Pelbagai cabaran telah diberikan kepada finalis untuk mengasah kemampuan setiap seorang daripada pelbagai aspek berbeza sepanjang tujuh minggu ia ditayangkan di saluran Astro Ria.
Pencarian Dewi Remaja 2022 telah disokong dengan kehadiran penaja bersama, Kinohimitsu Malaysia dan WonderDewi by WonderLab. Pentas akhir Dewi Remaja 2022 anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama rakan penyiar Astro ini telah dihoskan oleh Fikry Ibrahim.
Juaranya, Tracie Sinidol yang berasal dari Sabah akhirnya dipilih sebagai penerus legasi gelaran juara Dewi Remaja yang telah melahirkan ramai selebriti wanita berbakat antaranya Tengku Anis, Aleeza Kassim, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Scha Alyahya, Neelofa, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan ramai lagi.
BACA : Tracie Sinidol Dinobatkan Sebagai Dewi Remaja 2022
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah Kena Tempias Netizen Selepas Menang, Shaza Bae Pesan Ini Kepada Dewi Baharu

Pencarian Dewi Remaja sentiasa dinanti-nantikan dan pada tahun 2022, ramai mencuba nasib mereka menerusi uji bakat Mac lalu sehinggalah episod mula ditayangkan di saluran Astro Ria serta aplikasi Astro Go.
Cuma yang tidak sedapnya apabila para finalis baru-baru ini telah menjadi mangsa kecaman di media sosial Majalah Remaja. Kesemua warga maya mempunyai pandangan sendiri namun hampir kesemuanya bersifat kritikan di mana sebahagian warga maya mempersoalkan kecantikan para finalis.
ARTIKEL BERKAITAN : “Kecam Sebab Balik Rumah Kena Jumpa Jennifer Londeh..” Caprice Komen Isu Kecantikan Dewi Remaja 2022
![]()
Justeru, REMAJA telah berhubung dengan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae bagi mendapatkan pendapatnya mengenai perkara ini.
Sebagai seseorang yang pernah menempatkan diri dalam pencarian Dewi Remaja dan tidak terlepas daripada menjadi bahan kecaman masyarakat di Malaysia, Shaza berkata perkara tersebut telah menjadi lumrah dan malangnya menjadi ‘nanah’ dalam masyarakat kita.
“Dunia media sosial sekarang membuka ruang untuk sesiapa sahaja mengkritik sesuka hati. Tentunya ‘tukang kritik’ akan merasakan mereka sentiasa betul.
“Sebagai orang baru, ambil ini sebagai titik permulaan sebelum terjun ke dunia hiburan. Jangan jadikan ia satu alasan atau halangan untuk mengecapi impian.
”Jika impian anda sememangnya untuk bergelar Dewi Remaja dan anak seni, perkukuhkanlah niat itu dengan usaha, keinginan dan hati yang terbuka untuk belajar selok-belok dunia penuh pancaroba ini.”

“Sekali kagi saya ingatkan, ini hanya permulaan. Perjuangan sebenar bukan dalam program Dewi Remaja tetapi di dunia luar nanti,” kata Shaza.
Tambah Shaza, dia sendiri pernah menjadi mangsa body shaming dan face shaming sebelum ini.
“Ada yang menggelar saya sebagai Dewi Remaja paling buruk dalam sejarah ketika saya dinobatkan sebagai juara. Tipulah kata kalau saya tidak sedih pada waktu itu tetapi saya cuba berfikiran positif tanpa melatah. Belajar dan cuba jadi lebih baik dari apa yang mereka katakan.
“Saya mula memberi lebih penekanan pada penjagaan badan, pertuturan, pergaulan dan sentiasa berfikiran positif.”

“Pada saya, kalau orang nak body shaming kita, kita maafkan sahaja tapi kita perlu buktikan kita lebih baik dari apa yang mereka katakan.
“Üntuk adik-adik Dewi Remaja 2022, anggap sahaja netizen sentiasa betul. Kalau muka cantik sahaja yang jadi keutamaan, nanti ada pula suara-suara mempertikaikan bakat. Mereka akan cakap muka saja cantik tapi bakat tiada. Jadi, kita memang tidak boleh ‘menang’ dengan mereka.
“To all my girls; boost your energy, kreativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Be better dan lebih baik dari sebelumnya,” akhiri hos HLive ini.
Untuk pembaca REMAJA, jangan lupa saksikan rancangan realiti DEWI REMAJA 2022 setiap Sabtu, jam 9 malam hanya di Astro Ria. Untuk update terkini jangan lupa follow our digital platform!
BACA : “Hampir 2023 Pun, Hentikan Negativiti..” Shatirah Amanda Berang Malaysia Masih Stereotaip ‘Cantik’
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

