Beckham & Ibrahimovic Bertaruh Benda Ini Sempena Match England – Sweden

Share

 

Mereka berdua pernah bermain untuk kelab Paris Saint Germain di Perancis sebelum masing-masing meninggalkannya.

 

Namun, itu tak bermakna mereka tidak boleh berseteru, terutamanya apabila melibatkan pasukan bola sepak negara kesayangan.

Sempena perlawanan suku akhir ketiga Piala Dunia FIFA di antara England dan Sweden malam ini, pemain bola sepak popular dunia iaitu Zlatan Ibrahimovic dan David Beckham turut tak terkecuali mengikutinya. Iyalah, masing-masing pernah mewakili negara Sweden dan England ke acara terbesar sukan bola  sepak ini.

 

 

Namun nampaknya, Ibrahimovic dan Beckham ingin menjadikan ia lebih menarik apabila bersetuju untuk bertaruh pasukan mana yang akan menang.

Menerusi posting di Instagram, jika Sweden menang malam ini Bechkam perlu membelanja rakannya itu makan malam IKEA di Sweden.

 

Taruhan ‘cheeky’ di antara Ibrahimovic & Beckham.

 

Bagaimanapun jika England menang, Ibrahimovic perlu menonton perlawanan England di Stadium Wembley, London, memakai jersi England dan memakan Fish & Chip semasa masa rehat pertengahan.

How English and cheeky is that!

Ramalan peminat bola sepak nyata seimbang di antara dua pasukan ini. Namun rata-rata ingin melihat England mara ke peringkat separuh akhir.

 

 

Apa pendapat korang, selamat ‘bertaruh’ untuk pasukan Sweden atau England?

 

IKLAN