Mereka berdua pernah bermain untuk kelab Paris Saint Germain di Perancis sebelum masing-masing meninggalkannya.
Namun, itu tak bermakna mereka tidak boleh berseteru, terutamanya apabila melibatkan pasukan bola sepak negara kesayangan.
Sempena perlawanan suku akhir ketiga Piala Dunia FIFA di antara England dan Sweden malam ini, pemain bola sepak popular dunia iaitu Zlatan Ibrahimovic dan David Beckham turut tak terkecuali mengikutinya. Iyalah, masing-masing pernah mewakili negara Sweden dan England ke acara terbesar sukan bola sepak ini.
Ads
Namun nampaknya, Ibrahimovic dan Beckham ingin menjadikan ia lebih menarik apabila bersetuju untuk bertaruh pasukan mana yang akan menang.
Menerusi posting di Instagram, jika Sweden menang malam ini Bechkam perlu membelanja rakannya itu makan malam IKEA di Sweden.
Ads
Taruhan ‘cheeky’ di antara Ibrahimovic & Beckham.
Bagaimanapun jika England menang, Ibrahimovic perlu menonton perlawanan England di Stadium Wembley, London, memakai jersi England dan memakan Fish & Chip semasa masa rehat pertengahan.
How English and cheeky is that!
Ads
Ramalan peminat bola sepak nyata seimbang di antara dua pasukan ini. Namun rata-rata ingin melihat England mara ke peringkat separuh akhir.
Apa pendapat korang, selamat ‘bertaruh’ untuk pasukan Sweden atau England?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini bukan kisah dongeng atau gosip liar tidak berasas. Perkhabaran ini benar belaka. Ya, kursus yang dinamakan Taylor Swift Course ini sudah ditawarkan sebagai salah satu pilihan kepada pelajar di Clive Davis Institute yang merupakan salah satu institut di bawah pengurusan New York University.
Kursus ini telah pun dilancarkan bermula 26 Januari 2022 yang lalu dan akan berterusan sehingga 9 Mac yang akan datang. Penyanyi itu sendiri, Taylor Swift turut dijemput untuk bercakap di dalam salah satu kelas, namun institut tersebut masih lagi menunggu respon darinya.
Kursus itu akan merangkumi evolusi Taylor Swift sebagai usahawan muzik kreatif, warisan penulis lagu pop dan country, wacana belia dan kanak-kanak perempuan dan politik perkauman dalam muzik popular kontemporari.
Menurut sumber dari Institut tersebut, kursus yang diajar oleh penulis Rolling Stone, Brittany Spanos ini sudah menerima senarai menunggu yang panjang.
Terdapat lima objektif mengapa kursus ini diadakan.
Pelajar akan membina pemahaman dan penghargaan untuk Taylor Swift sebagai usahawan muzik kreatif. Sekaligus akan belajar untuk menyahkonstruk cara kreativiti dan penulisan lagu yang telah menjadikan taylor mampu bertahan dalam industri muzik yang berkembang pesat.
Pelajar akan mempelajari tentang warisan pencipta lagu pop dan country yang telah mempengaruhi Swift serta wacana mengenai “prodigies” dalam sejarah muzik pop.
Pelajar akan mendapat pemahaman tentang bagaimana wacana belia dan zaman kanak-kanak sering dieksploitasi dalam industri media dan muzik.
Pelajar akan belajar tentang politik kaum dalam muzik popular kontemporari, dan untuk menyoal siasat isu ‘whiteness’ yang berkaitan dengan politik, penulisan lagu, pandangan dunia dan interaksi Taylor Swift dengan dunia budaya yang lebih luas di sekelilingnya.
Pelajar akan mengembangkan nilai sofistikated yang lebih besar dalam penghayatan artistik, pemikiran kritis, penyelidikan dan kemahiran menulis mereka.
Terdahulu, Clive Davis Institute New York University pernah menawarkan kelas tentang artis muzik lain pada masa lalu. Sementara itu, universiti lain juga telah menjadi tajuk utama kerana menawarkan kursus yang berteraskan figura muzik seperti Beyoncé dan Miley Cyrus.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiada niat mahu bermegah dan jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk dengan apa yang beliau lakukan, itu pengakuan pelakon terkenal, Azhan Rani berhubung niatnya menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan.
Menurut pemilik nama sebenar, Azhan Abdul Rani yang kini berusia 48 tahun, beliau kini telah menjadi penderma darah plasma untuk kali ke-100 pada 27 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terbabit dalam memberikan penghargaan kepadanya.
Kredit: Instagram Azhan Rani
“Hari ni lepas derma darah ada lain sikit. Doktor-doktor di Pusat Darah Negara dah tunggu di luar. Lepas itu, saya rasa macam konvokesyen pun ada, rasa macam dapat anugerah ABPBH pun ada, macam award the best agent insurance pun ya juga, siap ada sijil bagai”
“Alhamdulillah… sihat ini sebaik-baik anugerah yang Allah SWT dah pinjamkan. InsyaAllah semampu mungkin akan saya kongsikan selagi ada izinNya. 100 beg pada hari ni 27 disember 2024 akan jadi penutup manis untuk tahun ini,” katanya.
“Semoga Allah masih pinjamkan lagi kesihatan ini dan panjangkan umur. ada izinNya nak tutup mata nanti dengan sekurang-kurangnya 200 beg darah dari tubuh ini untuk mereka yang memerlukan,” jelas beliau lagi.
Azhan Rani juga turut berterima kasih kepada Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr Mohammad Masrin yang menjadi wakil dalam menyampaikan penghargaan kepadanya serta bersyukur di atas layanan baik dan mesra warga kerja PDN kepada para penderma darah selama ini.
“Apa pun kemegahan bukanlah pada bilangan beg darah yang disumbangkan mahupun sijil tapi pada nyawa-nyawa yang dapat dibantu selain meningkatkan kesihatan diri sendiri. Semoga kekal pada nawaitu. InsyaAllah ,” ujarnya lagi.
Semoga lebih ramai yang melakukan kebaikan dan mengikut jejak langkah murni Azhan Rani. Dalam pada itu, jom kita lihat beberapa kelebihan yang penderma darah dapat apabila anda menderma darah:
Kesihatan
Mengurangkan risiko serangan jantung.
Mengurangkan risiko kanser.
Meningkatkan peredaran dan pengaliran darah.
Membakar kalori.
Mengurangkan tekanan.
Meningkatkan kesejahteraan emosi.
Manfaatkan kesihatan fizikal.
Membantu mengurangkan emosi negatif.
Memberi rasa tujuan dan menggalakkan interaksi sosial.
Hospitaliti (bergantung berapa kali derma)
Percuma rawatan pesakit luar.
Percuma rawatan pergigian.
Percuma rawatan perubatan di wad kelas satu atau dua.
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyakit Bell’s Palsy selalunya bersifat sementara namun dalam beberapa kes, gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih bahkan ada yang kekal selama-lamanya.
Baru-baru ini, pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon disahkan menghidap Bell’s Palsy yang menyebabkan bahagian sebelah kiri mukanya lumpuh.
Perkara tersebut disahkan selepas pemain berusia 31 tahun itu berkongsi sebuah video yang menerangkan sambil menunjukkan bahagian sebelah mukanya itu berasa kebas.
A post shared by 陈炳顺Chan Peng Soon (@pschan88) on Dec 13, 2019 at 5:30am PST
Rakaman video itu juga kelihatan dia tidak dapat menutup mata dengan sepenuhnya serta bahagian mulut yang agak senget selain mengakui selain boleh menjejaskan misinya bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
“Saya tak pasti sekiranya anda pernah mendengar penyakit ini (lumpuh muka). Saya menghadapi penyakit ini sekarang,” tulisnya.
Rata-rata rakyat Malaysia mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat buat Peng Soon agar cepat sembuh dan membawa nama Malaysia ke persada dunia.
Mari ambil tahu mengenai “bells palsy” ini?
Palsi Bell (Inggeris: Bell’s Palsy) merupakan penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini
Sesiapa yang didiagnoskan Bell’s Palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Selain daripada itu, aktiviti harian mereka juga turut terjejas antaranya seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain lagi.
Berbeza dengan kelumpuhan muka disebabkan penyakit seperti strok dan penyakit Lyme, sehingga kini penyakit Bell’s Palsy masih tidak diketahui punca sebenarnya tetapi ramai pengkaji perubatan percaya Bell’s Palsy dirangsang dengan jangkitan virus.
So kalau korang ada tanda-tanda di atas, berjumpa dengan doktor.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.