Bukan calang-calang! Baru-baru ini, seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Fairuz Rohaliza Ejahar berjaya mencipta detik bersejarah apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Siswi Cemerlang 2025 oleh Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM), pada awal Mei lalu.
Memetik laporan Sinar Bestari, Anugerah berprestij itu bukan sahaja dinilai menerusi kecemerlangan akademik, malah turut memberi pengiktirafan terhadap elemen kepimpinan, penglibatan aktif dalam masyarakat, keperibadian terpuji, pemikiran kritis serta nilai-nilai yang menyokong pembentukan insan holistik sepertimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kredit foto: UPSIKredit foto: UPSI
Menurut Siti Fairuz, anugerah yang diterimanya pada 10 Mei lalu merupakan satu kejutan besar buat dirinya.
“Anugerah ini bukan hanya milik saya, tetapi milik semua pendidik, keluarga dan insan yang menyokong sepanjang perjalanan ini”
“Ia adalah satu tanggungjawab untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara,” katanya.
Ads
Selain daripada itu, beliau turut merangkul Anugerah Pelajaran Diraja dalam Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-26, menjadikan kejayaannya lebih bermakna.
Kredit foto: UPSI
Dalam pada itu, menerusi sebuah kenyataan rasmi, PSWM menyifatkan Siti Fairuz sebagai ikon graduan wanita unggul, seimbang dari sudut intelektual, kepimpinan serta komitmen terhadap pembangunan sosial.
Ads
“Inilah model graduan yang kita mahu tonjolkan dan yang mampu menjadi agen perubahan serta suri teladan kepada generasi akan datang,” jelas kenyataan tersebut.
Bagi yang belum mengenali figura ini, Siti Fairuz bukan sahaja menyerlah dalam bidang akademik, malah aktif dalam dunia kokurikulum dan pembangunan belia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Felo Perdana 2022 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selain terlibat dalam pembangunan modul pengantarabangsaan belia bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Ads
Kredit foto: UPSI
Sementara itu, di peringkat antarabangsa, Siti Fairuz turut mewakili Malaysia dalam Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) 2023 yang memberi fokus kepada pengukuhan jaringan kepimpinan global.
Apa yang Lebih membanggakan, beliau juga pernah memimpin penganjuran program ’36 Jam Pengucapan Awam Tanpa Henti’ yang berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records yang menjadikan satu bukti jelas terhadap kepimpinan strategik dan kebolehan Siti Fairuz dalam merancang program berskala besar.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kopi antara minuman paling popular di dunia kerana rata-rata masyarakat memilih kopi sebagai hidangan tidak kira ketika waktu pagi atau pun sewaktu berehat bersama teman-teman.
Jika tidak, masa kan terdapat banyak coffee house yang wujud di seluruh dunia dengan aneka pilihan pelbagai jenis kopi.
Foto Via Pexels
Ada yang menganggap minuman kopi boleh menyebabkan ketagihan. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tapi sebagai peminat kopi kami juga tidak menafikan yang ketagihan kopi sememangnya wujud. Hiks!
Untuk peminat tegar minuman kopi, Remaja nak kongsikan resipi kopi latte ala kampung yang korang boleh buat dan confirm ketagih nak lagi. Resipi ini telah dikongsi oleh Madihah Hamid dalam grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Bahan-bahan:
– Serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
– Susu kotak atau susu segar
– Gula melaka
– Air
Cara menyediakan:
1. Masakkan kopi sehingga menggelegak, biarkan dalam satu minit (dalam keadaan menggelegak)
Tunggu hingga menggelegak
2. Kemudian, tutup api, tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula, panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api
3. Tuangkan air kopi dan susu tadi dalam juga, tuangkan secawan untuk diminum. Selebihnya boleh disimpan dalam peti ais. Lagi lama disimpan dalam peti ais, lagi sedap. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar
Sukatan lebih kurang untuk jug 1 liter
Lihat cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan pun dah nampak sedap. Kalau nak tahu power tak power, korang cubalah sendiri okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa khabar warga Malaysia yang tinggal di selatan tanah air?
Bagaimana dengan puasa anda setakat ini?
Tahun ini pastinya meriah dengan kehadiran bazar Ramadan yang sudah pun dibenarkan beroperasi. Pastinya pelbagai juadah ditawarkan bagi memenuhi selera warga yang sudah lebih dua tahun tidak dapat merasai kemeriahan dek pandemik Covid-19.
Namun jika anda mahu mencuba kelainan, apa kata singgak ke Hotel Holiday Inn Johor Bahru City Centre untuk mencuba variasi menu buffet Ramadan yang disediakan khusus secara istimewa untuk pelanggan.
DIkenali sebagai Selera Warisan, bufet Ramadan ini sudah bermula sejak 1 April yang lalu dan akan berlanjutan sehingga 1 Mei nanti.
Untuk meraikan semangat kebersamaan, restoran ini menyajikan hidangan ala tradisional yang mewah dari 13 negeri di seluruh Malaysia seperti Kambing Golek Warisan yang disediakan menggunakan 33 jenis rempah ratus, Aneka Sup Tanjung, Oxtail Asam Pedas, Bubur Lambuk dan Ketam Bakar Percik antara lainya.
Para tetamu boleh memilih dari stesen langsung seperti Medan Bakar, Warung Malam dan Lok Lok untuk perjalanan kulinari melalui Malaysia semuanya dalam satu destinasi.
Sudah selesai menikmati hidangan utama, sudahi malam dengan hidangan manis dari kaunter pencuci mulut kami yang menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut daripada kuih-muih tradisional, karamel krim hingga pelbagai pastri.
Harga yang ditawarkan untuk buffet ini ialah RM158.00 seorang (Beli 5 + 1 Percuma), RM128.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM78.00 bersih setiap kanak-kanak (4 hingga 12 tahun).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuti sekolah sudah pun hampir dan kami pasti ramai yang ingin mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Ini adalah waktu yang sesuai untuk membawa mereka pergi bercuti dan bagi korang yang ingin merancang percutian, kami ingin kongsikan satu berita gembira.
Buat julung kalinya Sunway Theme Parks melancarkan Mega Roadshow di seluruh negara bermula dari 17 hingga 27 Februari 2022 yang akan diadakan di tiga lokasi utama iaitu Sunway Velocity Mall Kuala Lumpur, Aeon Tebrau dan Sunway Carnival Mall.
Apa yang korang boleh dapat di Mega Roadshow ini?
Mereka bakal menawarkan promosi dan pakej menarik daripada taman tema Sunway Lagoon, Sunway Lost World of Tambun dan Sunway Lost World Hotel. Sunway Theme Parks memperkenalkan ‘online platform’ iaitu STP Studios yang meliputi kandungan hangat.
Sunway LagoonAntara tarikan di Sunway Lagoon
Sudah pasti diskaun harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan rugi sekiranya korang tidak menyertai Mega Roadshow ini. Korang boleh dapatkan harga serendah RM66 untuk tiket masuk Sunway Lost Of Tambun dan RM110 untuk Sunway Lagoon.
Sunway Lost World of TambunPertunjukan api di Sunway Lost World of Tambun
Bukan itu sahaja, terdapat juga pakej-pakej penginapan menarik yang ditawarkan seperti Camp Out dengan harga RM538.
Ok guys, kalau nak harga-harga tiket yang tidak masuk akal ini jangan lupa sertai Mega Roadshow Sunway bermula 17 Februari depan okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.