Baru-baru ini, anak sulung kepada pengacara dan personaliti televisyen, Daphne Iking mencuri perhatian selepas diumumkan sebagai penerima biasiswa The Star Education Fund.
Bukan sekadar memiliki raut wajah manis dengan tahi lalat di bawah bibir kiri, Isobel Daniella Iking juga telah membuktikan kecantikan itu seiring dengan prestasinya meraih kecemerlangan dalam bidang akademik.
Menerusi Instagram, khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh suami Daphne, Azmi Abdul Rahman yang meluahkan rasa bangga atas pencapaian puteri pertama mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Azmi atau pemilik akaun @joelebosi memuat naik beberapa keping gambar Isobel menerima biasiswa serta keputusan cemerlangnya dengan Purata Gred Nilai (GPA) sebanyak 4.0.
Ads
“Sekali lagi anak perempuan kami memperoleh markah sempurna, GPA 4.0. Inilah masa terbaik untuk seorang bapa berbangga dengan anaknya,” katanya dengan penuh bangga.
Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian lain, Daphne atau nama sebenarnya, Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, turut dilihat menemani anaknya ke Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa 2024 tersebut yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor yang diadakan baru-baru ini.
Kredit: Instagram @joelebosi
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut yang menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Isobel pada usia yang begitu muda.
Ads
Namun, yang lebih mencuri tumpuan ialah ucapan penuh makna daripada ibu tersayang menerusi Instagram anaknya.
“Tahniah Beldis (panggilan manja). Apa yang perlu mama katakan, sudah mama sampaikan. Mama sayang kamu dan sangat berbangga dengan kamu. Syabas!” tulis Daphne.
Ads
Sekadar info, Isobel Daniella sebelum ini menamatkan Program Asasi di Universiti SEGi kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di universiti sama.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja,” tambahnya.
Selain itu, Fattah turut mengirimkan doa kepada Amira yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
“Ada saya kirimkan doa kepada dia. Dia pun ke sana di waktu yang sangat terbaik, 10 malam terakhir dan doa mustajab.
Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gelagat pelakon dan penyanyi jelita, Bella Astillah yang memandu sebuah lori telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, ibu kepada sepasang cahaya mata itu dilihat sedang memandu lori yang membawa barang-barang sumbangan.
Dalam video tersebut, ahli politik terkenal, Syed Saddiq turut kelihatan berada di sebelah Bella. Difahamkan, mereka berada di Sandakan, Sabah untuk mengagihkan barang bantuan kepada individu yang memerlukan.
“Sekarang ini kita nak pergi ke Karamunting dan Batu Sapi. Dia (Saddiq) tak bercakap, diam sahaja,” ujar Bella dalam video berkenaan.
Di ruangan komen, ramai warganet yang kagum dengan kebolehan Bella, malah ada yang menyifatkannya sebagai seorang wanita yang serba boleh.
“Patutlah Allah uji dia ujian yang hebat sebab dia memang wanita hebat dan boleh laluinya. Lorri pun kau boleh bawa Bella oi!,” komen seorang pengguna.
“Berapa lah Primavalet bayar mereka kan… kena mendaki gunung, kena drive lori,” tulis juga seorang lagi.
“Bella ada lesen.. memanglah boleh bawa.. yang tak boleh itu ex nya.. tiada lesen,” seloroh seorang pengguna.
Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq juga tumpuan warganet selepas memuat naik hantaran di lokasi Panalaban atau Laban Rata, salah satu perhentian di trek pendakian Gunung Kinabalu, serta selepas mereka tiba di puncak gunung tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain daripada menghasilkan karya drama terbaik, Korea juga banyak menerbitkan filem-filem yang menarik untuk ditonton. Terbaru, filem “Seoul Vibe” yang menampilkan era tahun 80-an menjadi sebutan ramai sejak ditayangkan Netflix.
Untuk info, “Seoul Vibe” membawa kisah Dong-wook (Yoo Ah-in) yang membentuk satu pasukan dengan rakan hipsternya untuk menyiasat satu penipuan dana oleh bekas presiden ketika Sukan Olimpik Seoul 1988 dan mencapai impian kehidupan Amerika yang sekian lama diimpikan.
Ini fakta dan perkongsian menarik dari para pelakon utama “Seoul Vibe” iaitu Yoo Ah-in, Moon So-ri, Park Ju-hyun, Lee Kyu-hyung, Go Kyung-pyo, Ong Seong-woo dan pengarah Moon Hyun-sung mengenai filem ini menerusi sebuah sidang media anjuran Netflix.
1. Sisi Bersinar Dan Kegelapan Tahun 80-an
Semestinya ramai yang tertanya-tanya mengapakan zaman 80-an yang dipilih oleh pengarah Moon Hyun-sung.
Bagi Korea, 1988 ialah era di mana sisi bersinar dan kegelapan muncul dalam waktu yang sama. Saya mahu mereka cerita yang berlaku pada waktu yang menarik.
Disebabkan filem ini berlatarbelakangkan Seoul pada tahun 1988, pengarah ini memastikan bahawa muziknya sesuai dengan suasana ketika itu.
“Dari lagu hip hop yang popular di Amerika Syarikat sebelum 1988 hingga ke lagu yang terkenal di Korea pada separuh kedua filem itu, kami bekerja keras untuk menghasilkan mixtape berwarna-warni. Song Min-ho (Mino WINNER) dan Gaeko memberikan banyak nasihat buat saya bagi membantu dalam projek ini.” ulasnya.
Pengarah tersebut mengatakan bahawa Song Mi-no merupakan calon terbaik bagi watak Galchi kerana dapat menyampaikan konsep itu dengan hebat.
Tambah Yoo Ah-in pula mengenai lakonan lelaki itu,
Saya terkejut. Dia mempunyai jiwa yang bebas dan sangat ghairah. Terdapat bakat yang mentah pada dia yang saya tak nampak dalam pelakon lain. Dan saya rasakan kementahan itu sesuai dengan filem ini selain membawa sesuatu yang segar.
Malah Yoo Ah-in menjelaskan bahawa Song Mi-no sebenarnya merasai pelbagai bebanan kerana dia merupakan seorang pemuzik dan ini ialah projek lakonan pertamanya.
Dia melakukan dengan baik, jadi saya terkejut dan gembira bahkan saya juga berasa untuk melakukan lebih baik lagi.
Adrenalin penonton pastinya turun naik ketika menonton “Seoul Vibe” memandangkan babak kejar-mengejar yang diselitkan di dalamnya. Malah Yoo Ah-in sendiri mempelajari pelbagai perkara bagi menjiwai watak Dong-wook, ketua pasukan Supreme Sanggye-dong,
Saya sebenarnya tak tahu banyak mengenai kereta sebelum menyertai penggambaran ini. Saya banyak meluangkan masa di litar lumba dan di dalam kereta bagi menyesuaikan diri dengan watak itu.
Filem ini menggabungkan trend pasa masa lalu iaitu ‘newtro’, gabungan ‘baru’ dan ‘retro’ dalam tafsiran yang baru.
Kata Moon So-ri yang membawa watak antagonis, Pengerusi Kang,
Daripada mencuba baju lama dari pada masa lalu, saya menggunakan pakaian retro yang popular dalam dunia fesyen kini dan melakukan sedikit perubahan kepadanya. Kami mengubah beberapa butang dan menambah riben dan pad bau padanya. Saya juga menggandingkannya dengan sarung tangan berenda.
Go Kyung-pyo yang melakonkan watak DJ Woo-sam turut menambah,
Filem ini mengambil cabaran dan memaparkan sisi dinamik dengan menggabungkan trend masa kini dan masa lalu. Pastinya mengujakan, filem ini dipenuhi dengan pelbagai lagak perlumbaan kereta selain dipenuhi dengan elemen hip hop lama dan pop Korea 80-an.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!