Hasrat lebih 40 pelajar untuk menduduki peperiksaan “gaokao” sebagai satu syarat kemasukan ke kolej berakhir dengan tragedi apabila bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik dalam kejadian di barat daya China. Lebih menyayat hati, 21 orang pelajar sekolah menengah maut akibat lemas di tasik tersebut.

Dalam kejadian yang berjaya dirakam CCTV itu, bas tersebut dilihat memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh pagar penghadang dan meluncur masuk ke dalam Tasik Hongshan di wilayah Guizhou.

Pasti ibu bapa pelajar yang maut sukar menerima kenyataan ini di mana perjalanan anak mereka berakhir dengan kematian.

Bagaimana pun 15 orang pelajar berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa dan hanya mengalami kecederaan lapor AFP.

IKLAN

Pihak berkuasa dalam satu laporan mengesahkan bas tersebut sudah ditarik keluar dari tasik selepas semua pelajar yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Bas Terjunam Dalam Tasik, 21 Pelajar Bakal Duduki Peperiksaan Ke Kolej Maut

Bas Terjunam Dalam Tasik, 21 Pelajar Bakal Duduki Peperiksaan Ke Kolej Maut

Difahamkan kenderaan itu membawa pelajar sekolah menengah yang akan mengambil peperiksaan “gaokao”.

IKLAN

Jumlah kematian masih belum dapat disahkan secara rasmi berikutan jumlah mangsa yang masih belum ditemukan.

Media sosial di China menzahirkan rasa simpati di atas insiden menimpa pelajar di dalam bas tersebut.

IKLAN

“Saya harap jumlah kematian tidak meningkat.

"2020 benar-benar merupakan tahun penuh bencana dan kesukaran,” kata seorang pengguna media sosial.

Lebih 200 penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa termasuk 55 penyelam profesional. Sumber : Astro Awani

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI