
Untuk yang baru nak menjinakkan diri ke gymnasium, ada baiknya jika korang tahu tentang beberapa perkara terlebih dahulu.
Nak mula bersenam bukan boleh main buat je, lagi-lagi untuk mereka yang baru pertama kali nak ke gym.
Jadi, untuk newbie yang baru nak pergi sym, apa kata korang ikut 7 tip yang telah dikongsi oleh top 10 finalis Hero Remaja 2018, Ezmir Sadriq yang hobinya memang hari-hari masuk gym. Hiks!
1. Know your goal

Pertama sekali, korang kena tahu tujuan utama ke gym adalah sama ada untuk kuruskan badan atau nak build muscle. Ini kerana ia memerlukan workout yang berbeza untuk setiap tujuan tersebut.
2. Pakaian yang sesuai

Ini bertujuan untuk memberi keselesaan semasa bersenam. Pakaian yang tidak sesuai juga boleh mengganggu konsentrasi korang di gym.
3. Warming up

Paling penting, sebelum start workout kena warm up dulu untuk mengelakkan kekejangan otot dan mengurangkan kesakitan selepas bersenam.
4. Start slow

Untuk mengelakkan kecederaan, so start dengan kelengkapan alatan gym yang ringan-ringan atau mudah saja seperti mengangkat dumbell seberat 2kg dan menggunakan peralatan basic seperti treadmill.
5. Getting a spotter

Kalau tak nak berlaku kecederaan adalah lebih sekiranya korang mempunyai ‘pemerhati’ yang boleh guide menggunakan peralatan dengan betul.
6. Proper meal

Nak buat badan ni, 70% diet dan 30% gym. Tapi walaupun korang ada masalah berat badan berlebihan, tak bermaksud korang kena puasa makan. That is totally wrong. Kena makan juga tapi pastikan eat clean.
7. Cukup tidur
Muscle needs rest dan masa rehat tu la yang akan menjadikan muscle jadi besar dan kuat. Oleh itu, dapatkan tidur di antara 6-8 jam sehari.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Tak Mahu Peminat Sedih” Heechul Super Junior Dedah Status OKU Akibat Kemalangan Teruk

Penyanyi dan pengacara terkenal, Heechul Super Junior baru-baru ini membicarakan secara terbuka mengenai kesan akibat kemalangan lalu lintas yang pernah menimpa dirinya sebelum ini.
Menerusi sebuah rancangan ‘Mom’s Diary’, Heechul atau Kim Heechul (42) sempat mendedahkan bahawa dirinya dikategorikan sebagai orang kurang upaya selepas kemalangan tersebut.
“Sebenarnya, ketika saya buat medical check-up, saya termasuk dalam kategori OKU tetapi saya teragak-agak nak beritahu sebab takut peminat akan sedih,” kata Heechul.

Menurut Heechul, dia dan pengurusnya juga ada menerima pelekat khas OKU untuk kenderaan mereka , namun memilih untuk tidak menggunakannya.
“Apabila saya dapat pelekat itu, saya fikir macam ini ‘saya sangat aktif jadi saya tidak perlu sticker ini’. Saya juga memutuskan untuk tidak pernah menampal di kenderaan saya,” jelasnya.
Heechul yang merupakan pengacara rancangan ‘Knowing Bro’s’ itu juga meluahkan perasaan bagaimana pada awalnya dia sukar untuk menerima kenyataan tersebut.
“Pada mulanya saya tak nak mengaku ada yang salah dengan tubuh saya. Selepas 10 tahun baru saya boleh terima keadaan ini. Saya sengaja tidak menceritakan hal ini kerana takut peminat akan sedih kalau ada orang ejek mereka dengan berkata ‘itu, idol kamu cacat’,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, menurut ibu Heechul yang turut berada dalam rancangan tersebut, kemalangan itu terjadi ketika Heechul sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pengebumian ayah Donghae Super Junior.
“Waktu itu, doktor dah cakap bahawa Heechul tak akan pernah boleh menari lagi dan dia sangat menderita waktu itu,” kata ibu Heechul.


Menurut laporan, Heechul mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan dia terpaksa dibedah selama 10 jam untuk memasukkan logam besi ke kakinya akibat tulang yang hancur dan tulang peha yang terkehel. Heechul juga perlu berehat selama 12 minggu dan menghentikan semua aktiviti bersama Super Junior selama tiga bulan pada tahun 2006.
Tidak hanya itu, pada 2011, Heechul sekali lagi terlibat dalam satu kemalangan di Singapura ketika dirinya sedang cuba mengelak dari peminat yang mengejarnya selepas habis konsert.
Walaupun khabar mengenai kemalangan Heechul sudah tidak menjadi rahsia umum oleh kalangan peminat, namun pengakuan dan fakta bahawa penyanyi lagu ‘Sorry Sorry’ termasuk dalam golongan OKU baru sahaja diketahui kebelakangan ini.

Dalam ujian kesihatan di Korea Selatan, keupayaan seseorang untuk bergerak dikategorikan kepada enam tahap, tahap 1 adalah kecacatan yang paling teruk dan tahap 6 adalah yang paling ringan.
Heechul diketahui berada pada level 4 yang menunjukkan kesulitan untuk bergerak dalam aktiviti seharian. Kategori ini termasuk mereka yang mengalami amputasi, gangguan sendi, atau kesukaran menggerakkan tangan dan kaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mayat Berkafan Balik Rumah, Kita Dipesan Jangan Bersih Lokasi Berdarah Dengan Limau

Malam itu agak gelap. Langsung tidak kelihatan bulan dicelah awan tebal.
Dua sahabat baik, Aishah dan Lina baru pulang dari mengaji. Mereka sudah bersahabat baik dari kecil lagi kerana rumah agak berdekatan. Dalam santai menuju ke rumah, secara spontan Aishah mengajukan soalan.
“Kalau aku jadi pocong, kau takut tak,” tanya Aishah ketika mereka santai-santai balik dari kelas mengaji di rumah Ustazah Juwita malam itu.
“Apa kau merepek nie. Takkanlah kau nak jadi pocong. Mana boleh jadi hantu,” kata Lina sambil mencubit lengan kawan baiknya itu.
“Kalau aku jadi pocong kau takut ke tak. Aku betul-betul nie,” tanya Aishah lagi., tanyanya seolah sedikit mendesak. Memikirkan soalan itu tidak sesuai, Lina mengabaikannya sahaja. Tetapi selama tiga hari itu jugalah mulutnya tidak pernah lekang bertanya soalan yang sama hingga Lina malas melayannya.

Namun ternyata pertanyaan Aishah ada maksud di sebaliknya. Masuk hari ke empat, dalam keduanya pulang kerana baru habis mengaji, sewaktu lalu di sebatang pokok besar, secara tiba-tiba dahan besar menimpa kepala Aishah sehingga mengakibatkan dirinya mengalami kecederaan parah.
Di saat tubuhnya berlumuran darah itulah, mulutnya tidak henti-henti mengatakan pedih, sakit berulang kali di hadapan Lina yang terlalu panik sehingga suaranya akhirnya terhenti sendiri. Sewaktu ambulan datang, paramedik mengesahkan Aishah sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Sedih di hati Lina bukan kepalang kerana dia menyaksikan sahabat baiknya maut di depan mata.
Jenazahnya segera dibawa ke hospital. Seluruh ahli keluarganya menangisi pemergian secara tiba-tiba itu. Memandangkan diri arwah tiada sebarang sakit,maka satu post mortem dilakukan oleh pihak hospital sebelum boleh dibawa balik. Hasil pemeriksaan, arwah meninggal akibat kecederaan parah di kepala selain organ dalamannya pecah. Sebelah pagi itu, barulah jenazahnya boleh dibawa keluar sebelum dimandi, dikafan dan disembahyangkan di surau kampung. Jenazah Aishah akhirnya selamat dikebumikan sekitar jam 2.00 petang.
Malam itu keluarganya mengadakan kenduri tahlil dan Lina tidak terkecuali hadir.
Kenduri itu selesai jam 10 malam. Memandangkan dia dan arwah Aishah berjiran, tiada apa ditakutkannya. Namun menjelang tengah malam, matanya seakan tidak boleh tidur. Waktu semakin menginjak ke jam 1 pagi. Ketika itu dia terdengar suara yang menyebut “pedihhhhh, sakitttt berulang kali.


Tersentak diri Lina ketika itu. Suara didengarinya sama seperti suara arwah Aishah yang meminta tolong ketika dahan pokok besar itu menimpanya. Namun tidak mahu berburuk sangka, dia pura-pura tidur biarpun hatinya terlalu takut.
Suara itu kemudiannya berlalu begitu sahaja.
Malam kedua, dari hanya sahutan suara berbunyi pedih dan sakit, kali ini Lina betul-betul mahu pengsan. Ini kerana sekitar jam 2 pagi dia terdengar satu suara berbunyi, “Lina…kalau aku jadi pocong kau takut takkkkkkkk…berulang-ulang suara itu berbunyi dari luar dan Lina sendiri pengsan kerana itulah pertanyaan Aishah kepadanya sebelum tragedi itu berlaku.
Esoknya heboh sekampung yang mana mereka mendengar suara pedihh, sakittt dan berbagai bunyi lagi. Sejak itu heboh kononnya hantu Aishah balik menuntut bela.
Trauma dan ketakutan penduduk amat berasas kerana hampir seminggu juga mereka mengalami gangguan ini. Ada melihat pocong melompat-lompat keliling kampung sehingga pernah ada anak muda kemalangan kerana terlalu takut. Ketika itu kecoh bahawa Aishah sudah menjelma menjadi pocong.
Hati keluarga arwah terlalu sedih. Mereka bukan keluarga bomoh atau mengamalkan ajaran songsang sehingga roh anak jadi begitu. Mereka kemudiannya memanggil seorang Ustaz yang juga pengamal perubatan untuk memulihkan kampung dari gangguan yang terjadi.
Malangnya, biar Ustaz Hambali sudah hadir, suara dan bayangan pocong tetap juga kembali menakut-nakutkan penduduk.
Bingung selain rasa ingin tahu, Ustaz Hambali berniat mahu bertemu keluarga Aishah. Ini kerana semasa dia menziarahi kubur remaja berkenaan, keadaan kuburnya elok dan tidak berlubang di kepala seperti yang biasa berlaku ke atas mayat yang diambil untuk tujuan ilmu hitam. Masa yang sama, ramai menyampaikan mereka selalu mendengar suara menyebut, pedihhhh, sakitttt…

Sesampaikan dia di rumah keluarga arwah Aishah, Ustaz Hambali berborak seketika sebelum bertanya mana baju terakhir yang dipakai oleh arwah.
“Saya dah basuh Ustaz. Elok lagi cuma penuh dengan kesan darah. Saya nak simpan buat kenangan,”kata ibu arwah dalam nada sebak.
Serentak mendengar jawapan itu, Ustaz Hambali sedikit mengelang.
“Kenapa Ustaz, kenapa dengan baju arwah, apa kena mengena,”soalnya bertalu.
Boleh saya tanya, akak basuh baju guna apa ya,”tanya Ustaz yang membuatkan keluarga arwah seakan tidak senang duduk.
“Saya basuh guna basuh la Ustaz. Apa kena mengena pula.
“Lagi akak guna apa ya…soal Ustaz bertali arus.
“Saya gunakan limau kerana mahu bersihkan darah yang melekat di bajunya. Kenapa salah ke,”aju mak arwah.
Sambil mengemaskan silaan duduknya, kata Ustaz Hambali dia sudah mendapat jawapan kerana suara berkenaan muncul sekaligus menakutkan penduduk kampung.
“Ini sedikit nasihat dari saya. Seandainya ada ahli keluarga yang mati kemalangan, mati berdarah dan sebagainya, jangan sesekali membersihkan darah arwah dengan limau. Begitu juga kalau mangsa kemalangan, sebaiknya curah saja darahnya dengan air bersih unuk mengelak roh jahat dari mendekati. Kadang kala ada sesetengah dari kita terutama pengamal ilmu hitam suka pergi ke lokasi kemalangan dan memerah limau untuk menarik roh jahat mengikut mereka. Sebaiknya guna sabun dan air sahaja. Bila kita menggunakan limau, kita menyakitkan qarinnya dan kerana itulah suara pedihhh, sakitt berulang kali disebut. Itu tandanya roh dalam keadaan tidak tenteram. Nanti saya perbetulkan,’katanya yang terus memulakan rukyah perubatannya.
Sejak itu, tiada lagi gangguan suara yang muncul dan Lina juga semakin melupakan kejadian seram dialaminya.
Kisah diatas adalah sebuah kisah benar yang menimpa seorang gadis remaja dari utara tanahair yang dimaut di hempap pokok. Kisah ini diceritakan oleh ahli keluarga mangsa untuk berkongsi.
Jangan lupa untuk menonton drama Suri Ram Episod 3, POCONG pada jam 11 malam ini di Astro Prima dan Maya HD.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 36 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/TOP-GV8.jpg)
Pertarungan pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi menyaksikan Aliff Aziz dinobat menjadi juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi.
Kemenangan ini mungkin sudah dijangka kerana melihatkan konsistensi yang dilakukan oleh penyanyi kelahiran Singapura ini, namun saingan sengit tetap diberikan oleh lima lagi finalis GV8.
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 37 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/A.jpeg)
Aliff menyampaikan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir pada persembahan solo dan bergandingan bersama Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova, seterusnya berentap dengan Aweera di pusingan battle menerusi lagu Bangun nyanyian Aman Ra.
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 38 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/b.jpeg)
Namun, disebalik tabir yang berlaku ketika berlangsungnya finale GV8 malam tadi, sebuah video yang menunjukkan Aliff Aziz mengetuai bacaan doa sebelum konsert akhir menarik perhatian ramai.
Video ini telah dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai aliffaziz_familia dan rata-ratanya memuji tentang perubahan yang dilihat pada penyanyi lelaki itu.
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 39 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/3Z8WGg6W-1.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 40 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/NYwJjdLG-2.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 41 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/dSEmVUy4-3.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 42 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/u7Nvv30s-4.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 43 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/5.png)
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Aliff Aziz dan diharap kemenangan ini menjadi titik tolak agar kariernya dalam bidang nyanyian diteruskan lagi dan semoga Aliff terus istiqamah menjadi individu yang lebih baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

