Baru Lancar Single “Tolonglah” 4 Hari, Cik B ‘Trending’ No.1 Tewaskan Siti Nurhaliza Di YouTube

Share

Boleh dikatakan apa saja yang dilakukan oleh anak perempuan kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B pasti menjadi bualan netizen.

Tidak mengambil masa yang panjang,Nur Edlynn Zamilleen,15, Instafamous dan juga kini dilaporkan sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan terbaru 4 hari lepas melancarkan debut single berjudul Tolonglah di bawah terbitan Seventeen 11 Music.

Ditulis Dengan DSV! Lihat 5 Lirik Menarik Dari Single Baru Cik B, ‘Tolonglah’

Biarpun baru sahaja melancarkan single baharu berjudul Tolonglah, Cik B telah mencipta kejutan yang tersendiri.

 

Sejak video muzik lagu berkenaan dimuat naik di YouTube pada 1 Disember lalu, ia telah ditonton sebanyak 1,233,926 views sehingga menjadi trending no 1.

Menariknya, lagu berkenaan menewaskan sebuah lagi lagu iaitu Kuasa Cintamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sudah ditonton sebanyak 649,129 views dan kedua-dua lagu berkenaan dilancarkan pada hari yang sama.

Wahhh…hebatnya Cik B!

 

Dalam pada itu, rata-rata warganet mendengar lagu Tolonglah itu turut memberi pujian kepada Cik B

Malah, ramai juga yang beranggapan anak kepada Datuk Seri Vida itu sangat berbakat dalam bidang nyanyian.

Sumber Gambar : Twitter Cik B

 

Amacam, hebat tak penangan Cik B ni.…tak sabar nak tunggu next single dari Cik B lagi.

IKLAN