Baru Lancar Album Kedua, Billie Eilish Sudah Rancang Duet Dengan Olivia Rodrigo?!

Share

 

Jujurnya, album Happier Than Ever telah penulis mainkan sejak ia dilancarkan pada hari Jumaat lalu.

 

Tiada siapa yang lebih ‘happy’ berbanding penyanyinya, Billie Eilish yang dapat menarik nafas lega apabila album keduanya itu rata-rata diterima baik oleh ramai pihak biarpun ia sedikit berbeza daripada album pertama yang juga Album Tahunan 2020 Grammy, When We Fall Asleep, Where Did We Go?.

Sempena pelancaran Happier Than Ever, Billie bersama-sama Spotify telah menganjurkan parti pelancaran kepada kelompok kecil individu yang rapat dengannya di Los Angelas. Dalam ramai-ramai yang hadir itu, kelibat seorang penyanyi yang dapat dilihat dalam foto Billie di Instagram menarik perhatian penulis.

Ia tidak lain tidak bukan ialah penyanyi Driver’s License, Olivia Rodrigo!

Sumber Foto : Instagram Billie Eilish

Foto tersebut menyaksikan mereka berdua saling berpelukan dan daripada reaksi kedua-duanya, penulis dapat gambarkan mereka teruja dengan momen pelancaran tersebut. Serta-merta, peminat Billie dan Olivia tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka dan bertanyakan bilakah mereka akan berkolaborasi dalam satu trek yang sama.

Menerusi hantaran Instagram yang sama, Olivia memberikan komen ringkas, “Ur an angel.

Adakah korang rasakan duet di antara Billie dan Liv akan berlaku tidak lama lagi?

Well, Billie tidak asing dengan idea berduet dengan penyanyi lain seperti yang dilakukannya bersama Khalid menerusi lagu Lovely.

Manakala Olivia pula memilih untuk tidak menampilkan mana-mana penyanyi lain dalam album debutnya, Sour yang baru dilancarkan pertengahan tahun ini. Namun, itu tidak bermakna dia menolak cadangan untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain. Seperti yang pernah diperkatakannya dalam sesi temubual bersama rakan media yang diserta penulis beberapa bulan lalu, Olivia sengaja inginkan pendengar mengenalinya terlebih dahulu dalam album pertama ini dan dia terbuka hati untuk menampilkan penyanyi lain dalam album seterusnya.

Jadi jka korang tanyakan kami, kami rasakan idea kolaborasi di antara Billie dan Liv tidak mustahil sama sekali. Masing-masing mempunyai kuasa populariti luar biasa sekarang.

Bila lagi kan?

Billie di majlis pelancaran albumnya. Sumber Foto : Bustle
Inilah pakaian yang disarungkan Olivia semasa acara pelancaran tersebut. Sumber Foto : Billboard

Anyway, bercakap mengenai Happier Than Ever, Billie berpendapat segala perasaan ‘anxious’ yang dirasainya sebelum ini terhapus selepas album ini menemui pasaran.

Dalam tembualnya dengan VEVO, Billie berkata perasaan gentar itu tidak dapat dielakkan.

“Saya selalu merasa tertekan dan merasa saya tidak melakukan yang terbaik. Atau ini tidak cukup hebat. Saya pernah merasai saya tidak cukup bagus dan berbakat. Tapi sekarang saya baru sedar betapa kami telah bekerja keras (untuk album ini). Dan saya rasakan album ini dilancarkan pada waktu yang sempurna, for me creatively,

” ulasnya.

Korang boleh mendengarkan Happier Than Ever di semua platform penstriman sekarang.

IKLAN