Jujurnya, album Happier Than Ever telah penulis mainkan sejak ia dilancarkan pada hari Jumaat lalu.
Tiada siapa yang lebih ‘happy’ berbanding penyanyinya, Billie Eilish yang dapat menarik nafas lega apabila album keduanya itu rata-rata diterima baik oleh ramai pihak biarpun ia sedikit berbeza daripada album pertama yang juga Album Tahunan 2020 Grammy, When We Fall Asleep, Where Did We Go?.
Sempena pelancaran Happier Than Ever, Billie bersama-sama Spotify telah menganjurkan parti pelancaran kepada kelompok kecil individu yang rapat dengannya di Los Angelas. Dalam ramai-ramai yang hadir itu, kelibat seorang penyanyi yang dapat dilihat dalam foto Billie di Instagram menarik perhatian penulis.
Ia tidak lain tidak bukan ialah penyanyi Driver’s License, Olivia Rodrigo!
Foto tersebut menyaksikan mereka berdua saling berpelukan dan daripada reaksi kedua-duanya, penulis dapat gambarkan mereka teruja dengan momen pelancaran tersebut. Serta-merta, peminat Billie dan Olivia tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka dan bertanyakan bilakah mereka akan berkolaborasi dalam satu trek yang sama.
Menerusi hantaran Instagram yang sama, Olivia memberikan komen ringkas, “Ur an angel.”
Adakah korang rasakan duet di antara Billie dan Liv akan berlaku tidak lama lagi?
Ads
Well, Billie tidak asing dengan idea berduet dengan penyanyi lain seperti yang dilakukannya bersama Khalid menerusi lagu Lovely.
Manakala Olivia pula memilih untuk tidak menampilkan mana-mana penyanyi lain dalam album debutnya, Sour yang baru dilancarkan pertengahan tahun ini. Namun, itu tidak bermakna dia menolak cadangan untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain. Seperti yang pernah diperkatakannya dalam sesi temubual bersama rakan media yang diserta penulis beberapa bulan lalu, Olivia sengaja inginkan pendengar mengenalinya terlebih dahulu dalam album pertama ini dan dia terbuka hati untuk menampilkan penyanyi lain dalam album seterusnya.
Jadi jka korang tanyakan kami, kami rasakan idea kolaborasi di antara Billie dan Liv tidak mustahil sama sekali. Masing-masing mempunyai kuasa populariti luar biasa sekarang.
Billie di majlis pelancaran albumnya. Sumber Foto : BustleInilah pakaian yang disarungkan Olivia semasa acara pelancaran tersebut. Sumber Foto : Billboard
Anyway, bercakap mengenai Happier Than Ever, Billie berpendapat segala perasaan ‘anxious’ yang dirasainya sebelum ini terhapus selepas album ini menemui pasaran.
Dalam tembualnya dengan VEVO, Billie berkata perasaan gentar itu tidak dapat dielakkan.
“Saya selalu merasa tertekan dan merasa saya tidak melakukan yang terbaik. Atau ini tidak cukup hebat. Saya pernah merasai saya tidak cukup bagus dan berbakat. Tapi sekarang saya baru sedar betapa kami telah bekerja keras (untuk album ini). Dan saya rasakan album ini dilancarkan pada waktu yang sempurna, for me creatively,” ulasnya.
Korang boleh mendengarkan Happier Than Ever di semua platform penstriman sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas memberi hint di laman Instagram kira-kira dua bulan lepas, Justin Bieber kini telah pun melancarkan penampilan pertama daripada jenama fesyennya sendiri, Drew.
Mengetengahkan trend koleksi sweatshirt, hoodie, baju-T, aksesori dan sandal ‘rumah’ sebagai produk fesyen keluaran Justin Bieber, anak muda ini membuka satu langkah ke hadapan apabila berani untuk cuba keluar daripada bidang nyanyiannya.
Koleksi Drew House ini menampilkan logo dengan emoji smile berwarna kuning.
Siri drama Korea More Than Friends dilaporkan akan menangguhkan siaran episode akhir yang dijadualkan pada minggu hadapan kerana pelakon Kim Dong Jun telah dikuarantin.
Pelakon lelaki itu menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan dia sudah pun menjalani ujian swab dan dilaporkan negative pada 13 November lalu. Namun begitu, garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan menegaskan bahawa kontak yang terdedah dengan pesakit perlu dikuarantin dalam tempoh yang ditetapkan.
Foto: biem.co
Oleh itu, JTBC akan menangguhkan siaran dua episod terakhir dan akan hanya bersiaran pada 27 dan 28 November 2020. Langkah ini adalah untuk keselamatan bagi mencegah penularan COVID-19 dikalangan kru produksi dan untuk memastikan drama ini dapat disempurnakan sehingga episode akhir.
Drama 16 episod ini berkisarkan tentang sekumpulan pelajar sekolah, Kyung Woo Yeon (Shin Ye Eun) yang jatuh cinta pada rakannya sendiri, Lee Soo (Ong Seong Wu). Woo Yeon menyatakan perasaannya pada Lee Soo namun ditolak sehingga tiga kali.
10 tahun kemudian, Lee Soo mula jatuh cinta pada Woo Yeon, namun wanita itu sudah move on dan punya teman lelaki baru, On Joo Soo (Kim Dong Jun).
Foto: hellokpop
Ha, Kim Dong Jun la yang dikenakan kuarantin kerana menjadi kontak rapat COVID-19. Pasti penonton yang mengikuti kdrama ini dah tak sabar nak tunggu episode terakhir kan? Tapi, apa boleh buat. Kita kena tunggu sehingga 27 November nanti.
Sama-sama kita doakan agar Kim Dong Jun tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Seperti yang kita tahu YB Syed Saddiq sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Singapura dalam kursus eksekutif Polisi Awam, Sekolah Polisi Awam Lee Kuan Yew sejak September tahun lalu. Disebabkan pandemik Covid-19, pengajiannya diadakan secara atas talian sahaja.
Namun kini dia perlu ke sana untuk menghadiri kelas fizikal selama sebulan. Satu perkara yang paling menarik perhatian dalam hantarannya di Instagram adalah tentang pendiriannya mengenai gaji yang bakal diperoleh ketika tidak mampu bertugas di tanah air kerana perlu berada di luar negara untuk hal peribadi.
Ujarnya, “Saya akan berada di Singapura selama sebulan, bukan untuk bercuti sebaliknya untuk belajar. Sepanjang berada di Singapura, segala usaha yang telah dilakukan selama ini akan diteruskan oleh pasukan saya di Muar. Saya juga dengan rendah diri memulangkan wang gaji saya pada bulan Mac 2021 untuk kegunaan parlimen Muar sepanjang saya berada di Singapura.”
Sejak darurat diisytiharkan, ahli parlimen berusia 28 tahun ini dan pasukannya telah berjaya membantu 765 buah keluarga menerima bantuan komputer riba dan juga tablet, manakala 5500 buah keluarga pula menerima bantuan bank makanan dan 150 pelajar menerima bantuan Dermasiswa Harapan Muar.
Melanjutkan pelajaran dengan biasiswa penuh, Syed Saddiq berharap agar segala ilmu yang ditimba mampu diaplikasikan untuk menjadikan dirinya ahli parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Malaysia.