Baru Berusia 8 Tahun, Putera Sulung Bella Astillah Curi Perhatian Sertai Triatlon Antarabangsa

Share

Biarpun baru berusia lapan tahun, Ayden Adrean, anak lelaki kepada pelakon dan penyanyi terkenal Bella Astillah, berjaya mencuri perhatian ramai apabila menyertai acara triatlon sempena perlumbaan International Multisport Coastal Fest di Desaru, semalam.

Keberanian Ayden menjadi sorotan selepas dia terpaksa berdepan detik cemas sewaktu perlumbaan, apabila pelampung keselamatannya hilang ketika berenang sejauh 300 meter dalam kategori

Super Sprint.

BACA: Bella Astillah Mohon Maaf Jika Ada Yang Kurang Senang Lihat Kemesraan Bersama YB Syed Saddiq -“Semuanya Komitmen Kerja”

Menurut laporan media tempatan, Ayden terpaksa kembali ke pantai sebelum dibenarkan menyambung perlumbaan oleh pihak penganjur.

Walaupun diuji dengan cabaran tersebut, Ayden tetap berjaya menamatkan perlumbaan basikal sejauh 10km dengan catatan masa 47 minit 36 saat serta larian 2km dalam masa 17 minit 7 saat.

“Saya sangat penat masa berbasikal, tetapi saya tak pernah putus asa. Ini pertandingan terbaik pernah saya cuba,” katanya kepada media.

Menariknya, ini bukan kali pertama Ayden menyertai acara seperti ini. Terdahulu, dia pernah menyempurnakan renangan 400 meter air terbuka di Langkawi meskipun hanya menjalani latihan selama seminggu sahaja.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berjaya menamatkan cabaran kategori 113 Triathlon yang melibatkan renangan sejauh 2.25km, berbasikal 90km dan larian 21km. Beliau mencatat masa keseluruhan 6 jam 14 minit 27 saat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Berita Harian

Published by
Fath