Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha baru-baru ini berkongsi hantaran di laman Instagramnya berkaitan anak sulungnya.
Perkongsian tersebut menyaksikan anak perempuan kepada Dr Sheikh, Sophea Isabella, 12, berangkat ke Oxford, United Kingdom untuk Program Kepimpinan.
“Bella telah berangkat ke Universiti Oxford, United Kingdom untuk menyertai Program Kepimpinan selama seminggu hari ini.
Ads
“Dia sangat bersemangat. Saya pula yang berasa sedih. Ingatkan dengan adanya tujuh anak, akan lebih tenang untuk melepaskan seorang anak. Saya betul-betul salah,” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, majoriti warganet turut bangga dengan pencapaian si gadis lampai itu sambil mengekspresikan rasa kekaguman mereka terhadap kecantikan anak sulung angkasawan negara tersebut.
“Tahniah Bella, semoga dipermudahkan,” komen warganet.
Ads
“Bella pergi melawat kawasan tu sebab suatu hari nanti dia akan menyambung pelajaran di sana kan… She sure boleh!” komen individu lain.
“Cantiknya dah lah tinggi, boleh jadi model,” seloroh netizen lain.
Ads
Sekadar info, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos, 42, dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada yang lebih membanggakan apabila remaja Malaysia berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia!
Terbaharu, Zulhilmi bin Zuaswa yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Sukan dari Kolej Poly-Tech Bangi ini berjaya tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik Freestylers pada Kejohanan Super Ball World Open 2023 di Prague, Czech Republic.
Pelajar berusia 20 tahun itu berjaya memperbaiki rekod peribadinya sendiri sekaligus scemerlang memajukan dirinya dari tangga ke-32 ke ranking 10 terbaik selepas persembahannya pada kejohanan tersebut.
Sebelum ini, Zulhilmi merangkul kejuaraan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 pada Pertandingan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Freestyle Football Competition 2023 di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dia dijulang sebagai Juara Battle 1v1 dan memenangi Kategori “Iron Man”.
Menambah lagi portfolionya sebagai seorang atlet, Zulhilmi juga merupakan juara tiga kali berturut-turut mewakili Malaysia ke Warsaw, Poland pada tahun 2018, 2 kali Juara Indonesia Open Freestyle Football Championship tahun 2022 dan 2023 dan menduduki ranking ke-32 dunia daripada 4,000 Freestylers seluruh dunia.
Kejohanan Super Ball World Open 2023 berlangsung selama enam hari bermula 6 hingga 11 Ogos 2023, dengan menyaksikan 400 peserta dari 40 negara seluruh dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan pemain perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia untuk merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 telah membantunya memperbaiki ranking BWF dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 83,716 mata.
Menerusi kemas kini terbaru BWF, Lee Zii Jia, 26 telah naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan keenam terbaik dunia mengatasi pemain dari China, Li Shi Feng setelah acara perseorangan lelaki badminton di Paris 2024 berakhir pada malam isnin.
Dalam pada itu, ranking pertama dan kedua kekal menjadi milik Shi Yu Qi dari China dan Viktor Axelsen dari Denmark yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.
Manakala, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 iaitu Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pula meraih lonjakan ranking paling tinggi iaitu sebanyak empat anak tangga untuk kini berada di kedudukan keempat terbaik dunia.
Kejayaan Lee Zii jia dan beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik untuk maing-masing meraih pingat gangsa juga mula diiktiraf oleh beberapa pihak yang menghadiahkan habuan tambahan di atas kecemerlangan mereka di temasya sukan empat tahun sekali itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan Komanwel Bringmiham 2022 sudah pun secara rasmi membuka tirai di acara pembukaan yang berlangsung pada pukul 8 malam (3 pagi waktu Malaysia). Acara perasmian ini disambut penuh gilang-gemilang berlangsung di hadapan 30,000 penonton di Stadium Alexander, Perry Barr.
Memaparkan konsep bandar raya yang penuh dengan kepelbagaian dan sejarah, acara pertunjukan pembukaan Sukan Komanwel kali ini telah dibahagikan kepada beberapa babak iaitu ‘Call to Gather’, ‘Everything to Everybody’, ‘Hear My Voice’ dan ‘Raging Bull’ berserta dengan pertunjukan lampu yang hebat dan bunga api.
Foto: BERNAMA
Penganjur turut memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II yang meraikan Jubli Platinumnya sempena sambutan ke-70 pemerintahannya dengan berkongsi kisah keghairahan dan komitmen baginda terhadap sukan berprestij itu.
Acara yang paling ditunggu-tunggu adalah kehadiran atlet dan pegawai dari seluruh dunia mendapat tepukan gemuruh dan sorakan meriah ketika berarak di stadium. Kontinjen Malaysia diketuai oleh pemain skuasy wanita Aifa Azman dan atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin sebagai pembawa bendera. Perarakan kontinjen negara disertai oleh 38 atlet dan pegawai termasuk chef de mission (CDM) Datuk Shahrul Zaman Yahya dan timbalannya Gerard Monteiro.
Foto: BERNAMA
Atlet lelaki negara menggayakan busana Baju Melayu berbutang lima berwarna putih, manakala atlet wanit cantik menawan dengan kebaya moden pendek, menampilkan bunga kebangsaan bunga raya yang diberi nafas baharu dengan abstrak batik lukisan tangan pereka tempatan.
Foto: Olympic Council of MalaysiaFoto: Olympic Council of MalaysiaFoto: Olympic Council of Malaysia
Selamat maju jaya diucapkan kepada kesemua wakil atlet Malaysia yang akan bertanding di Sukan Komanwel kali ini. Semoga kejayaan bersama kita!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!